Monday 21 September 2015

CARA PANTAU JAUNDIS PALING MUDAH

Mengikut Centers for Disease Control and Prevention, Fact about Jaundice and Kernicterus,
cara untuk mengesan jaundis/kuning pada bayi jika tidak melalui pengambilan sampel darah bayi adalah seperti berikut :

#1 Kulit bayi bertukar kekuning-kuningan atau oren setelah 2 - 3 hari dilahirkan
     (kulit akan bertukar warna bermula dari kepala hingga ke kaki)

#2 Kerap tidur dan sukar untuk kejut bangun bagi memberikan susu kepadanya ATAU susah untuk   
     tidur, sentiasa berjaga sahaja.

#3 Tidak mahu menyusu dengan baik sama ada menyusu badan atau botol

#4 Bayi kelihatan kurang selesa

#5 Tidak membuang air kecil dan besar yang banyak

#6 Najis bayi berwarna agak cerah kuning berbanding kuning pekat jika dia kuat menyusu.

#7 Mata putih bayi bewarna kuning

Segera berjumpa doktor anda jika berlaku kecemasan seperti :

 #1 Bayi menangis tanpa sebab dengan "pitch" suara yang keras dan tinggi

#2 Badan bayi membentuk seperti melengkung (kepala atau tengkuk dan kaki kebelakang, badan ke
     hadapan).

#3 Badan bayi seakan-akan terkulai layu ATAU badan bayi kejang atau keras

#4 Pergerakan mata bayi yang pelik

Bertindaklah segera ke pusat rawatan berhampiran untuk tindakan yang menyelamatkan nyawa bayi.


#KPHCheras
#homeopathy
#jaundice

Sunday 20 September 2015

TANDA-TANDA AKIBAT JEREBU


● Terasa gatal- gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk

● Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas

● Mata terasa pedih dan berair

● Hidung berair dan kerap bersin

● Kulit badan terasa gatal-gatal

● Terasa sakit dada.

Homeopathy tidak terkecuali di dalam menyediakan rawatan kepada pesakit jika gejala-gejala di atas terjadi. Ia selamat dan efektif. Hubungi kami di talian 03 9081 3825 untuk rawatan dan dapatkan PERCUMA penutup mulut di pusat rawatan kami

#KPHCheras
#homeopathy

Sunday 6 September 2015

KEBAIKAN MEMAKAN DAGING KAMBING

Sempena menyambut kedatangan aidiladha tidak berapa lama lagi ingin kami kongsikan tentang kebaikan makan daging kambing, sejenis daging yang memiliki nilai nutrisi tinggi.

Ada yang berkata daging hamis, berbau, dan bermacam-macam lagi. Tetapi tuan-tuan dan puan-puan, jika tukang masak pandai menggayakannya, insyaAllah daging kambing sedap dimakan dan sangat banyak manfaat yang kita boleh perolehi.

Mengikut laman web, .naturalfoodbenefits.com, mereka menjelaskan beberapa keistimewaan daging kambing ini diantaranya adalah;

#1. Merupakan sumber protein berkualiti tinggi.

#2. Sumber paling ideal untuk zat besi. Kandungan zat besi dari sumber daging ini senang diserap oleh tubuh badan manusia. Badan manusia memerlukan zat besi ini di dalam pembentukan sel darah merah yang sihat.

#3. Daging kambing menyediakan 45% zink untuk keperluan harian badan. Zink berfungsi sebagai salah satu sumber untuk pertumbuhan dan pembahagian sel sihat, penyembuhan penyakit dan sistem imuniti badan yang sihat.  Seperti zat besi, zink dari sumber daging ini senang diserap oleh tubuh manusia.

#4. Daging ini merupakan sumber vitamin B paling bagus. Vitamin B diperlukan badan di dalam reaksi metabolisme badan. Ia menyediakan 100% keperluan harian yang lengkap untuk vitamin B12 dan juga thiamine, ia juga baik untuk otak. (sumber naturalhealthprotocol.com)

#5. Daging ini diperkaya dengan mineral lain yang diperlukan badan seperti tembaga (copper), manganese dan selenium. Sumber ini diperlukan badan di dalam mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan diabetes.

#6. Separuh dari lemak daging kambing adalah lemak tidak tepu (unsaturated fat). Kebanyakkan lemak jenis ini di dapati di dalam penyediaan makanan sihat stail Mediterranean.

Nilai nutrisi tinggi yang ada di dalam bahagian daging kambing adalah sangat bermanfaat bagi mereka yang selalu mengamalkan diet pemakanan sihat.


Wednesday 2 September 2015

18 TANDA YANG ANDA MUNGKIN MENGHIDAPI MIGRAIN

Mengikut rujukan dari laman web health.com oleh Karen Pallarito, hampir 30 juta penduduk Amerika menghidap penyakit ini, menariknya statistik mendapati bahwa wanita adalah tiga kali ganda berbanding lelaki. Jika tanda-tanda ini anda pernah alami, dapatkan rawatan lanjut sebelum menjadi lebih serius dan menganggu urusan kehidupan sehari-hari anda.

1) Aura
Sesetengah dari penghidap merasai pengalaman aura. Kebiasaan mereka mengalami aura dari segi visual. Kadang-kadang terlihat seperti ada garisan cahaya berkedip-kedip , garisan cahaya terputus-putus,  Biasanya ianya berlaku di antara 5 minit ke satu jam sebelum kepala mula sakit. Kadang-kadang pesakit hanya mengalami aura sahaja tanpa mengalami sakit kepala atau migrain.

2) Perubahan "mood" , (kemurungan, kerengsaan, keseronokan melampau)

Pesakit tiba-tiba merasa sangat tertekan dan rasa sedih yang tidak tahu apa puncanya. Dan kadang-kadang ada yang rasa terlalu gembira secara tiba-tiba, seorang pengkaji berketuruan Belanda melaporkan kebarangkalian ini mempunyai pertalian genetik di antara migrain dan kemurungan.

3) Kurang tidur yang nyenyak

Semua orang tidur, tetapi kebanyakkan mereke memilik tahap tidur yang kurang berkualiti. Dr. Edmund Messina, doktor perubatan Allopathy, pengarah perubatan dari Michigan Headache Clinic, East Linsing berkata "Apabila migrain menyerang, sangat susah untuk tidur malam. Ramai orang akan insomnia akibat dari migrain. Kurangnya tidur yang merehatkan di dalam beberapa kitaran tidur harian kita boleh mengakibatkan anda mengalami migrain."

4) Hidung tersumbat dan mata berair.

Sering mengalami rutin hidung tersumbat, berair disertai dengan mata berair. Satu kajian kes terbesar mendapati mereka yang mengadu tentang sakit kepala sinus, hampir 90% dari mereka itu mengalami migrain. (Dana kajian ini dibiayai oleh GlaxoSmithKline, pembuat ubat migrain)

5) Keinginan yang tinggi terhadap satu-satu makanan 

Sebelum migrain menyerang, penghidap migrain mempunyai keinginan yang sangat tinggi terhadap sesetengah makanan.

"Coklat adalah pilihan makanan tertinggi yang mereka inginkan", jawab Dr.Messina.

6) Sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala atau kedua-duanya.

Ini adalah tanda klasik migrain. Satu tinjaun alam maya terhadap penghidap migrain oleh National Headache Foundation mendapati 50% kerap mengalami pengalaman sakit berdenyut-denyut disebelah bahagian kepala, manakala 34% mengatakan beberapa kali mengalami sakit yang sama.

7) Sakit mata

Mereka sering mengadu mengalami ketegangan mata. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku di bahagian belakang mata. Langkah selanjutnya mereka pun membuat pemeriksaan mata, di mana ia tidak membawa kepada penyelesaian yang baik, terang Dr. Messina lagi.

8) Sakit leher/tengkuk

"Tengkuk saya tegang dan saya ada migrain". Kebanyakan orang sering mengadu tengkuk sakit dan tegang. Ini boleh dikatakan tanda-tanda awal migrain.

Kajian oleh National Headache Foundation mendapati 38% pesakit migrain kerap mengalami sakit tengkuk/leher dan 31% pesakit pula beberapa kali mengalami sakit tengkuk sebelum migrain menyerang.

9) Kerap membuang air kencing

Jika kekerapan membuang air kecil itu tinggi, sebentar lagi migrain akan datang. Tanda awal boleh datang secepat 1 jam sebelum atau 2 hari sebelum serangan migrain berlaku.

10) Menguap

Berhati-hati mungkin migrain akan menyerang setelah beberapa kali anda menguap tanpa henti. Ini bukan tanda biasa bagi keletihan atau mengantuk kerana jika anda letih atau mengantuk, anda hanya menguap beberapa kali sahaja.

Pada 2006, kajian didokumenkan di dalam jurnal Cephalalgia, seramai 36% pesakit migrain menyatakan "menguap" adalah salah satu tanda bahawa migrain akan menyerang tidak lama lagi.

11) Kebas dan rasa semut-semut (mencucuk-cucuk tajam)

Sesetengah penghidap migrain mengalami rasa rangsangan aura (sensory aura) ini.

12) Rasa mual dan muntah

Berdasarkan data dari American Migrain Study II, tinjaun melalui surat ke atas lebih 3,700 orang yang menghidap migrain, 73% mengalami mual dan 29% dari mereka itu muntah-muntah. (Dana kajian ini dibiayai oleh pengilang ubat).

13) Cahaya, bunyi bising atau bau

Apa ada pada bau? Bau yang kuat, cahaya yang terang atau bunyi yang bising meningkatkan kadar serangan migrain kepada individu. Sebab itu, mereka ini lebih gemar dengan suasana yang gelap dan sunyi.

14) Aktiviti mencetuskan migrain atau menambakan kesakitan

Jika mereka perasan, ada aktiviti apabila mereka lakukan menyebabkan sakit ini bertambah - tambah sakit atau mencetuskan rasa sakit migrain ini.  Contohnya berjalan kaki, menaiki tangga, berlari, angkat berat atau aktiviti seksual.

15) Masalah dalam bercakap

Tiba-tiba anda seperti susah ingin mengeluarkan kata-kata, kemungkinan migrain akan menyerang sebentar lagi.

"Kebanyakan mereka merasa seperti memalukan apabila tidak dapat bertutur dengan baik seperti hari-hari biasa", jika anda mengalami pengalaman pertama tidak dapat mengeluarkan kata-kata dengan sempurna pada suatu hari itu, dapatkan rujukan dari perawat berpengalaman supaya isu ini tidak melarat seperti terkena strok, kata Dr. Messina lagi.

16) Lemah sebelah bahagian badan

Apabila tiba-tiba salah satu tangan anda rasa lemah yang tidak tahu puncanya, ini mungkin tanda migrain. Dapatkan nasihat doktor segera.

17) Vertigo atau pandangan bertindan (double vision)

Ada sejenis migrain yang menyebabkan anda mengalami perasaan terapung di udara (kegayatan/melayang-layang), iaitu basilar-type migraine.

Terdapat kajian terbaru oleh Dr. Calhoun dan rakan kerjanya mendapati ada perhubungan di antara migrain, kegayatan, pandangan bertindan dan vertigo. Semakin tinggi tahap migrain, semakin tinggi rasa gayat, rasa melayang dan bertindan-tindan pandangan mereka.

18) Episod setelah migrain

Setelah episod diserang migrain, kebiasaanya badan akan lesu dan letih yang teramat sangat. Kajian yang dilakukan baru-baru ini, pengkaji menemuramah pesakit migrain bahawa mereka mengalami simptom-simptom letih yang melampau, susah untuk fokus, lemah, rasa seperti melayang-layang dan rasa kehilangan tenaga.

"Ini sangat meletihkan bagi mereka", balas Dr. Messina.

#KPHCheras
#Homeopathy
#HomeopathyMalaysia