Sunday 6 September 2015

KEBAIKAN MEMAKAN DAGING KAMBING

Sempena menyambut kedatangan aidiladha tidak berapa lama lagi ingin kami kongsikan tentang kebaikan makan daging kambing, sejenis daging yang memiliki nilai nutrisi tinggi.

Ada yang berkata daging hamis, berbau, dan bermacam-macam lagi. Tetapi tuan-tuan dan puan-puan, jika tukang masak pandai menggayakannya, insyaAllah daging kambing sedap dimakan dan sangat banyak manfaat yang kita boleh perolehi.

Mengikut laman web, .naturalfoodbenefits.com, mereka menjelaskan beberapa keistimewaan daging kambing ini diantaranya adalah;

#1. Merupakan sumber protein berkualiti tinggi.

#2. Sumber paling ideal untuk zat besi. Kandungan zat besi dari sumber daging ini senang diserap oleh tubuh badan manusia. Badan manusia memerlukan zat besi ini di dalam pembentukan sel darah merah yang sihat.

#3. Daging kambing menyediakan 45% zink untuk keperluan harian badan. Zink berfungsi sebagai salah satu sumber untuk pertumbuhan dan pembahagian sel sihat, penyembuhan penyakit dan sistem imuniti badan yang sihat.  Seperti zat besi, zink dari sumber daging ini senang diserap oleh tubuh manusia.

#4. Daging ini merupakan sumber vitamin B paling bagus. Vitamin B diperlukan badan di dalam reaksi metabolisme badan. Ia menyediakan 100% keperluan harian yang lengkap untuk vitamin B12 dan juga thiamine, ia juga baik untuk otak. (sumber naturalhealthprotocol.com)

#5. Daging ini diperkaya dengan mineral lain yang diperlukan badan seperti tembaga (copper), manganese dan selenium. Sumber ini diperlukan badan di dalam mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan diabetes.

#6. Separuh dari lemak daging kambing adalah lemak tidak tepu (unsaturated fat). Kebanyakkan lemak jenis ini di dapati di dalam penyediaan makanan sihat stail Mediterranean.

Nilai nutrisi tinggi yang ada di dalam bahagian daging kambing adalah sangat bermanfaat bagi mereka yang selalu mengamalkan diet pemakanan sihat.


No comments:

Post a Comment