Wednesday 8 June 2016

WAKTU OPERASI RAMADHAN 1437H : 10 PAGI - 6.30 PETANG

Assalamualaikum semua, Ramadhan Kareem.

Alhamdulillah kita dipertemukan dengan Ramadhan yang mulia, bulan penuh seribu keajaiban dan keindahan. Tetamu yang ditunggu hampir setahun lamanya, sudah bertandang di rumah kita selama sebulan, bahagia rasanya. Jika kita ada tetamu datang, masuk hari yang ketiga, dalam fikiran, eh tak ingat balik ke orang ni, duduk lama-lama. Tetapi, Ramadhan bukan orang, ianya bulan ciptaan Allah yang sangat diingini bertandang di hati orang-orang beriman. Lihatlah, kedatangannya menyebabkan kita berhati-hati memilih siaran televisyen untuk dilihat, bimbang jika melihat maksiat di kaca televisyen, rasa macam puasa itu rugi sahaja siang tadi. Kita juga menjaga pendengaran supaya bunyi yang masuk ke dalam telinga betul-betul bunyi yang Allah redha, bimbang jika terdengar sesuatu yang berbunyi fitnah, cerca, bualan kosong akan mengakibatkan pahala berkurangan sehingga 0. Sungguh Ramadhan membuatkan hati-hati terasa ingin berubah dan sayu dengan kealpaan selama ini, rasa seperti mahu 24 jam duduk di tikar sejadah dan tidak mahu bercakap dengan orang.

Pasti hati orang-orang beriman sangat merindui detik bersama Ramadhan kerana setiap kali bersamanya, usia kita berbeza dan setiap kali itu amalan kita juga berbeza. Adakah lebih baik dari tahun sebelumnya? Masih ada waktu untuk kita bersama-sama beramal memperbaiki amalan Ramadhan tahun 1437 Hijrah ini. Kami doakan anda semua tabah dan kuat menjalani ibadah puasa dengan sempurna, puasa itu sendiri, puasa mata, puasa mulut, puasa telinga dan puasa anggota badan yang lain. 

Sepanjang bulan Ramadhan ini, pusat rawatan Homeopathy kami meneruskan waktu operasi seperti biasa dari jam 10 pagi sehingga 6.30 petang, sebenarnya waktu sehingga 7 petang. Demi memberi ruang para petugas pusat rawatan kami membuat persiapan berbuka, kami tutup 30 minit lebih awal. Walaubagaimanapun, jika anda mahu mengambil rawatan atau ubat sekitar 6.30 petang sehingga 7 petang, tidak menjadi halangan kepada kami, cuma anda perlu maklumkan awal kepada petugas yang berkhidmat di bahagian khidmat pelanggan. Anda, sangat kami hargai, kami mahu anda sihat sepanjang bulan Ramadhan ini, oleh yang demikian, patuhi jadual makan ubat dan jadual rawatan susulan. 
Untuk cawangan-cawangan lain Klinikal Perunding (HOM) Sg, Rengit Sdn Bhd di Johor, waktu operasi mereka adalah dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. Untuk lanjutan masa, anda perlu mendapatkan persetujuan pihak cawangan tersebut. Kami akan maklumkan tarikh pusat rawatan ini bercuti Hari Raya insyaAllah dalam masa 2 minggu sebelum bercuti, maka mudahlah anda untuk menyusun jadual rawatan susulan.
Untuk makluman pesakit-pesakit, jadual makan ubat semasa Ramadhan ini,  ada sedikit perubahan. Jika sebelum ini, jadual makan pesakit setiap 6 jam , 4 kali sehari, ianya akan dijadualkan kepada 3 kali sehari sahaja, iaitu makan ubat selepas berbuka, tengah malam dan waktu sahur. Anda tidak perlu makan ubat pada waktu siang, tetapi jika anda pesakit yang  di dalam keadaan kritikal, maka anda boleh untuk tidak berpuasa kerana jika anda puasa ia akan memudaratkan kesihatan. Kami harap anda faham dengan penjadualan makan ubat.


Tip khatam Al Quran di bulan Ramadhan ini, 
*UNTUK SATU KALI KHATAM* :

1. Shalat Subuh 4 halaman
2. Shalat Zhuhur 4 halaman
3. Shalat 'Ashar 4 halaman
4. Shalat Maghrib 4 halaman
5. Shalat 'Isya 4 halaman

*UNTUK DUA KALI KHATAM* :

1. Shalat Subuh 8 halaman
2. Shalat Zhuhur 8 halaman
3. Shalat 'Ashar 8 halaman
4. Shalat Maghrib 8 halaman
5. Shalat 'Isya 8 halaman

*UNTUK TIGA KALI KHATAM* :

1. Shalat Subuh 12 halaman
2. Shalat Zhuhur 12 halaman
3. Shalat 'Ashar 12 halaman
4. Shalat Maghrib 12 halaman
5. Shalat 'Isya 12 halaman

Tuesday 31 May 2016

HARI TEMBAKAU SEDUNIA, 31 MEI 2016

Tahukah anda bahawa hari ini adalah hari tembakau sedunia bagi memberi peringatan kepada manusia di dunia bahawa tembakau yang menjadi sumber ketagihan kepada perokok dan mengundang banyak isu kesihatan yang tidak sudah-sudah. Setiap tahun pada tarikh yang sama, dunia akan mengecam tindakan menghisap rokok yang membawa padah kepada kehidupan. 
WHO menjalankan pelbagai kempem bagi mengatasi gejala menghidap rokok ini supaya kehidupan kita semakin sihat, kehidupan dunia semakin sihat. Dan WHO juga mengajurkan beberapa inisiatif bagi kempen anti merokok. Terdapat pengiktirafan kepada sumbangan beberapa negara terhadap kempen anti merokok, negara Timor Leste telah memenangi anugerah bagi "WHO Director-General's Special Recognition certificates" untuk bahagian South-East Asia Region, iaitu Perdana Menteri Republik Demokratik Timor Leste, His Excellency Dr Rui Maria de Araújo.

Kempen bagi anti merokok tahun ini adalah -

"World No Tobacco Day 2016: get ready for plain packaging."

Untuk tahun ini, sekretariat Kerangka Konvensyen WHO untuk Pengawalan Tembakau mengajak setiap negara untuk bersedia dengan kempen plain packaging untuk produk tembakau. Bermakna jika pihak pengeluar yang berbisnes rokok ini, mereka digalakkan menukar rekaan label pada kotak-kotak rokok dengan rekaan yang kosong (plain) . Apa dia plain packaging yang diwar-warkan oleh pihak WHO dan sekretariat ini? Ia adalah merujuk kepada penggunaan logo, warna, jenama imej, maklumat pemasaran. Untuk mendapat maklumat lanjut, anda boleh memuat turun secara percuma di Get ready for plain packaging.

Fakta rasmi berkenaan plain packaging :

+ Pada tahun 2012, negara Australia adalah negara pertama menjalankan kempen plain packaging.

+ Tahun 2015 menyaksikan negara Ireland, United Kingdom of Great Britain, Utara Ireland, Perancis mendapat kelulusan perundangan negara masing-masing dari Mei 2016 untuk menjalankan kempen ini.

+Beberapa negara lagi sedang di dalam proses mengaplikasikan kempen ini di dalam perundangan negara mereka

Fakta berkaitan tembakau
===================
+ Tembakau membunuh separuh dari penggunanya

+ Tembakau telah mengakibatkan 6 juta kematian setiap tahun. Lebih dari 5 juta mati akibat dari penggunaan tembakau secara terus manakala 600 000 kematian akibat dari secondary smoker.

+ Hampir 80%, 1 billion penghisap rokok adalah mereka yang tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
===================

Bagaimana pandangan Homeopathy dengan isu merokok. Sudah pastinya Homeopathy menpromosikan gaya hidup sihat. Untuk hidup sihat berhenti merokok adalah satu yang perlu dilakukan agar diri kita dan orang sekeliling dapat menikmati kehidupan tanpa perlu menghidu asap rokok. Mencegah itu lebih baik tetapi jika sudah lama menjadi perokok tegar, bagaimana? Homeopathy ada jalan penyelesaiannya dengan mengambil rawatan secara intensif bagi mengatasi masalah perokok tegar. Jadual pemakanan dan displin memakan ubat Homeopathy yang sesuai untuk individu pesakit sangat dititikberatkan. Ubat di dalam rawatan Homeopathy bersifat individu, jadi pesakit haruslah mengikuti program rawatan Homeopathy secara intensif dan bersemangat. 

Mahu berhenti merokok? Jadikan ia azam menyambut Ramadhan 1437H ini. Kami doakan perokok-perokok di luar sana supaya bersemangat kental dan cekal menghadapi dilema berhenti merokok. Amin.

#HomeopathyWorkedForMe

Monday 30 May 2016

TEKNOLOGI KEPINTARAN BUATAN BANTU KESIHATAN ANDA MELALUI DATA SAHAJA

Di dalam dunia ini, pengumpulan data yang sistematik dan teratur boleh menghasilkan sebuah solusi kesihatan yang sangat bermanfaat kepada manusia, khususnya pesakit. Berdasarkan sumber healthcareitnews.com, data-data yang lengkap boleh membantu perjalananan sesebuah organisasi penjagaan kesihatan mencapai tahap yang optimum dan membantu di dalam proses membuat keputusan untuk organisasi itu dan juga para pengamal perubatan. 

Pengurusan data yang baik dan efisien boleh menghasilkan kepintaran buatan yang baik untuk penggunaan sektor kesihatan dan perniagaan seharian.Mari kita lihat keperluan-keperluan ini di dalam pelbagai segmen perkhidmatan penjagaan kesihatan.

1) Pengurusan katil pesakit 

Bagi pusat penjagaan kesihatan yang menyediakan khidmat pesakit dalam, sudah semestinya penggunanaan katil pesakit yang efisien dapat membantu penjanaan pendapatan kepada organisasi tersebut. Malah pesakit-pesakit dapat diurus dengan baik mengikut keperluan katil mereka. 

2) Kepintaran buatan  untuk bisnes (Business Intelligence)

Data-data perlu disimpan dengan efisien untuk kegunaan pembuatan keputusan bisnes dan kesihatan. Data-data ini perlu dihidupkan dengan menghasilkan pembelajaran mesin bagi alat-alat kesihatan. Terdapat kepintaran di mana, bacaan tekanan darah diambil secara automotik mengikut jadual yang ditetapkan , dan di naikmuatkan secara automatik juga kedalam pengkalan data untuk dikumpulkan dan di analisa mesin serta digunakan di hospital atau klinik yang pesakit kunjungi.

3) Pengurusan sumber yang efisien

Proses menjadualkan syif jururawat -jururawat dapat dilakukan dengan lancar dengan mengambil kira putaran jam kerja, cuti, faktor kesihatan mereka dan sebagainya.
Pengaliran inventori dari segi stok ubat, alatan perubatan dan sebagainya dapat di urus dengan penuh berhemah untuk mengimbangi penggunaan dengan keperluan dan keuntungan syarikat penjagaan kesihatan.
Penjadualan temujanji pesakit dan perawat dapat disusun dengan kemas, apabila pihak perawat dapat memberikan respon tentang keberadaan mereka di pusat rawatan bertugas. 

4) Model perniagaan

Pemantaun berkenaan insuran dan bil pesakit dapat dihubungkan dengan efisien sekali. Menjadi kayu ukur persembahan pendapatan dan perbelanjaan syarikat. Mengkaji statistik kedatangan pesakit dari pelbagai sudut, sama ada jantina, masyarakat, kaum, agama, pekerjaan, umur, pekerjaan, faktor persekitaran di tempat kerja, sejarah keluarga pesakit, status pembayaran bil pesakit dan sebagainya.

5) Pemantaun jangkitan penyakit

Merekod jika ada sejarah alergi pesakit, sejarah penyakit berjangkit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit beserta keputusan kesembuhan penyakit akibat jangkitan. Para perawat boleh memberikan keputusan ubat apa yang sesuai jika terdapat analisa berguna berkenaan jangkitan yang dihadapi pesakit pada masa hadapan.

Terdapat banyak lagi manfaat jika data-data ini disimpan dan diurus dengan baik untuk digunakan sebagai alat pembuat keputusan bijak menggunakan teknologi kepintaran buatan. Dunia perubatan Homeopathy juga dapat menggunakan teknologi kepintaran buatan di dalam mekanisme perkhidmatan mereka supaya ia dapat melonjakkan prestasi pemantaun pesakit selain pendapatan pusat rawatan mereka. Teknologi-teknologi ini adalah sistem sokongan yang membantu menjalankan perawatan kepada pesakit dan perawat, malah komuniti juga mendapat manfaat juga. Dunia berteknologi begitu sinonim dengan perubatan konvensional, padahal dunia teknologi kepintaran buatan ini juga boleh diaplikasikan secara optimum di dalam dunia perubatan Homeopathy. Membangun bersama dengan keperluan berteknologi akan membuatkan diri pengamal-pengamal perubatan Homeopathy khususnya di Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan dunia perubatan konvensional.

Saturday 28 May 2016

SELAMAT BERCUTI ADIK-ADIK

Orang yang paling gembira ketika cuti ini, pastinya anak-anak kecil. Cuti selama dua minggu bermula Sabtu, 28 Mei 2016 sehingga 12 Jun 2016 (Wilayah Persekutuan dan negeri Selangor). Terasa bebas, senyum lebar, puas dapat bermain sepenuhnya. Kami doakan agar anak-anak kita menjadi insan berguna untuk agama dan negara. Habiskan waktu cuti sekolah dengan sebaiknya, rancanglah aktiviti mereka dengan semaksima mungkin agar dia lebih mengenal tuhan semesta alam. Ibu bapa yang bijak adalah sentiasa memastikan anak-anak mereka dapat mempelajari nilai kehidupan bersulamkan islam. Bila bercakap berkenaan aktiviti bermain, Islam menjadi ukurannya. Bila berbicara mengenai menonton cerita di televisyen, Islam menjadi penanda aras patuh syariahnya. Apabila berbicara berkenaan, fesyen pakaian, Islam jugalah menjadi kayu ukur untuk pakaian yang diterima syariat. Pucuk pangkal, segala aktiviti yang ingin kita lakukan sememangnya ada kaitannya dengan Islam. Biarkan Islam itu sebati di dalam kehidupan anak-anak kita. Oleh itu, mari kita sama-sama jadualkan aktiviti anak-anak mengikut panduan Islam.

Aspek lain yang perlu diambil kira adalah isu keselamatan dan kesihatan anak-anak. Isu kesihatan telah kami sentuh pada entri sebelumnya. Klik http://bit.ly/22ovZca untuk bacaan lanjut. Anda dan anak-anak perlu menjaga kesihatan, bekalan ubat-ubat dan alatan kecemasan ringan perlulah di bawa bersama untuk memenuhi keperluan di saat-saat genting. Kita tidak tahu bila memerlukannya, biarlah bersedia awal dari tidak ada langsung. 

Isu keselamatan jangan dipandang mudah oleh keluarga teredekat. Jika bercuti kawasan yang berkolam, berpantai atau bersungai, sentiasa perhatikan mereka disekeliling anda terutama kanak-kanak dan bayi anda. Beg -beg berisi barang berharga letakkan di tempat yang nampak seperti tidak berharga. Contohnya, jika ada beg berisi wang, mungkin boleh sorokkan di beg lampin pakai buang anak anda. Nampak macam tidak logik duit mahu disimpan disitukan. Kami tidak pernah lagi simpan di situ, ada tempat rahsia lain yang menjadi pilihan. Ada yang mengatakan tempat paling selamat adalah tempat paling merbahaya. Betulkah? Kami pun tidak pasti, apa yang penting adalah jaga keselamatan barangan dan diri anda. Keselamatan kenderaan juga haruslah dipantau, periksa tayar, minyak hitam, air untuk wiper, bekalan air kosong (jika kecemasan), alat mekanikal tukar tayar, lampu kecemasan, lampu picit, kompas,  dan yang paling penting, sudahkan anda servis kenderaan anda. Kereta jenis apa pun, asalkan perkara-perkara asas keselamatan di ambil kira, Insyaa Allah, pasti ok. Itulah tawakal namanya, servis sudah, tayar tip top, minyak cukup, air cukup, tiba-tiba terjadi perkara yang diingini, bersyukurlah ianya berlaku dalam keadaan anda sudah bersedia segalanya. Alangkah baiknya, jika Homeopathy juga mampu memberikan kesihatan yang baik kepada kenderaan anda.

Baiklah, kami doakan cuti anda-anda semua paling menyeronokkan dan membawa kenangan manis di dalam kehidupan anda sekeluarga. Untuk pesakit-pesakit kami, datanglah ke pusat rawatan kami untuk pemeriksaan tahap kesihatan sebelum bercuti ini.

Selamat Bercuti !!!

#HomeopathyWorkedForMe  #homeopathy

Thursday 26 May 2016

LAMAN WEB PILIHAN : HOMEOPATHYCENTER.ORG

Jika anda mahukan lagi lebih ilmu berkenaan perubatan Homeopathy, bolehlah anda melawat laman web ini. Banyak maklumat berkenaan Homeopathy boleh diperolehi di sini. Kami pun rasa laman web ini sangat memberi input yang baik kepada rawatan Homeopathy yang kami berikan kepada pesakit.

Anda akan diberitahu tentang :

1) Apa dia Homeopathy dan cara mengaplikasikan perubatan ini di dalam kehidupan anda. Rawatan Homeopathy ini tidaklah dikhususkan kepada satu komuniti sahaja, malah semua orang sangat serasi dan boleh menggunakannya dari pelbagai peringkat usia. Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga boleh mengaplikasikannya.

2) Berapakah kekerapan ubat Homeopathy perlu di ambil. Di sini ada juga menjelaskan berapa kali dan bila waktunya anda perlu memakan ubat. Penerangannya, pendek tapi bermakna.

3) Jika anda ingin mencari remedi yang sesuai dengan simptom-simptom yang anda alami boleh juga dapatkan pandangan awal, remedi yang sesuai. "Find a remedy".

4) Mahu cari pengamal perubatan yang berhampiran? Jika berada di Malaysia, rezeki anda untuk mereka senaraikan pengamal perubatan Homeopathy ini. Kami belum menjadi ahli lagi. Tip-tip mudah untuk mengenal pengamal perubatan ini juga dipaparkan.

5) Segala aktiviti terkini berkenaan Homeopathy juga dikongsikan di laman web ini. Jika anda berkesempatan, bolehlah mengikuti seminar, kelas-kelas kecil untuk tingkatkan pengetahuan dan bermacam-macam aktiviti lagi.

Jomlah, sudi-sudikanlah untuk anda kunjungi http://www.homeopathycenter.org/.

#HomeopathyWorkedForMe

Wednesday 25 May 2016

YEAY!!! NAK CUTI DAH, ... BOLEH MELANCONG.

Wah!, rasa terujakan kalau kita nak pergi bercuti. Iyelah, rasa macam hilang dah perkara-perkara yang semak kat dalam otak kita ini. Haa inilah tiba masanya untuk merehatkan badan sekaligus merehatkan minda. Dua hari lepas, kami dikunjungi seorang pesakit, dia kata dia banyak kahak di tekaknya apabila dia perasan dia penat, penat bekerja maklumnya. Dia berharap agar kahak yang berada di tekaknya akan hilang segera kerana minggu hadapan dia mahu balik kampung, rumah isterinya di Jepun sambil bercuti. Maksudnya, dia mahu bercuti dalam keadaan dia sihat. Ya, sesiapa sahaja mahu sihat dalam keadaan apa sekalipun, waimah bercuti sekalipun. Tidak syok rasanya jika bercuti dalam keadaan hingus meleleh, tekak perit menelan air liur, badan seram sejuk apabila terkena tiupan angin, kepala pusing macam nak melayang, dan rasa macam tidur adalah satu-satunya jalan untuk ambil balik kesihatan.

Anda perlu sihat untuk pergi melancong atau bercuti supaya anda dapat menggunakan tenaga dengan yang banyak untuk bergerak, berjalan dan menapak ke serata alam. Anak-anak melihat ibu bapa mereka tidak sihat, boleh menyebabkan anak-anak bosan kerana tiada orang melayan kerenah mereka. Ibu bapa melihat anak mereka tidak sihat, hati risau tidak terkata. Jadi apa yang perlu dibuat? Tip mudah yang dapat membantu anda dan keluarga, seminggu sebelum anda pergi bercuti, dapatkan rehat yang cukup, minum air masak yang secukupnya, makan makanan yang sihat dan jaga diet anda. Dan dapatkan ubat/remedi Homeopathy yang boleh di dapati di kaunter sahaja untuk bekalan cuti anda. 

Pernah satu ketika dahulu, ada pesakit yang datang ke pusat rawatan kami untuk pergi bercuti dan aktivti utama semasa percutiannya adalah memancing di laut. Ubat apa yang dia mahukan? Cuba anda teka. Jawapannya, ubat mabuk, ubat mabuk laut di atas bot pancing. Jangan anda tidak tahu, kami juga menyediakan ubat Homeopathy untuk tujuan menghilangkan mabuk juga.

Berikut adalah beberapa remedi yang boleh digunakan atau anda dapatkan dikaunter pusat rawatan Homeopathy kami:

1. Ferrum Phos 
Jika anda mengalami sakit tekak akut akibat jangkitan kuman. Tandanya, anda mengalami perit tekak,bersin tanpa henti, belum ada tanda demam.

Allium Cepa
2. Allium Cepa (bawang)
Untuk mengelakan keradangan nasal/hidung. Jika anda bercuti ketempat yang bersuhu dingin atau sejuk kecenderungan memiliki keradangan hidung (rhinitis) mungkin berlaku.

3. Aconite
Rasa macam nak demam, badan seram sejuk. Tanda-tanda awal seperti ingin demam.

4. Nux Vomica
Hingus mula meleleh tanpa diundang. Rasa merimaskan, bersin yang kuat. Ada tanda-tanda sakit kepala, perut meragam (indigestion), sembelit (constipation), mual (nausea).

5. Tabacum 
Mual-mual akibat berada di atas bot atau kenderaan darat. 
Tabacum

6. Pulsatilla
Juga sesuai untuk mual terutama kanak-kanak yang meragam, menangis perlukan perhatian ibunya ketika dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.

7. Sepia 
Ibu-ibu yang pusing kepala, pening kepala, mual akibat terlalu keletihan melayan kerenah anak-anak atau orang sekeliling.

Arnica
8. Arnica 
Remedi yang universal sifatnya dan banyak kelebihannya, sangat sesuai bagi perjalanan yang panjang dan lama, sesuai untuk jetlag, sakit belakang, kaki dan kepala. Luka-luka kecil seperti tersepit zip bag, luka terkena kertas, luka pada lutut akibat terjatuh bermain, dan lain-lain lagi.




Ok, tuan-tuan dan puan-puan, sudah tentu kami mendoakan rancangan keluarga anda untuk bercuti bersama semasa cuti sekolah yang bakal menjelma tidak lama lagi berjalan dengan lancar, anda dan keluarga sihat sentiasa dan berkekalan di dalam lindungan Allah, yang Maha Melindungi hamba-hambaNya. Selamat bercuti.

#HomeopathyWorkedForMe #homeopathy
 

Monday 23 May 2016

TOKOH PERUBATAN : MUHAMMAD IBN ZAKARIYA AL-RAZI

Terdapat ramai tokoh perubatan Islam yang boleh dibanggakan umat Islam. Asbab jasa mereka, ilmu perubatan dunia sekarang ini semakin kehadapan dan meluas. Manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain telah Allah janjikan pahala yang berterusan sehingga ke liang kubur selagi mana ilmu yang dicurahkan digunapakai makhluk. Seronoknya, kita dapat pendapatan pasif semasa sedang berehat menuju ke syurga Allah.

Untuk entri kali ini kami ingin perkenalkan tokoh perubatan Al Razi. Popular juga sarjana perubatan ini sehingga karya perubatan beliau menjadi rujukan yang banyak oleh dunia perubatan barat. Kitab-kitab yang dihasilkan oleh Al-Razi banyak membantu dunia perubatan moden kini. Tokoh perubatan ini diberi nama Abu Bakar Muhammad Bin Zakariya Al Razi (864-930M)  . Beliau dilahirkan di Ravy, pada tahun864M serta berasal dari Parsi. Tokoh perubatan agong ini lebih dikenali sebagai Al-Razi dan cukup terkenal di abad pertengahan. Beliau mempelopori bidang perubatan pediatrik (kanak-kanak), optometris, perbidanan dan merupakan pengasas kimia moden.

Kami ingin beritahu bahawa, beliau adalah orang pertama yang menggunakan alkohol untuk tujuan perubatan serta doktor pertama di dunia yang menggunakan dadah sebagai ubat bius di dalam pembedahan. Hebatnya beliau lagi, beliau adalah doktor pertama yang dapat membezakan penyakit cacar dan campak serta menemukan penawarnya. 

Manakala untuk bidang ubat-ubatan /farmasi, Al Razi telah memperkenalkan penggunaan ubat lawas, air sejuk bagi demam kuat dan pembekaman. Karya penulisan beliau merupakan kitab-kitab ilmiah yang bernilai tinggi dan beliau menghasilkan 140 buku perubatan. Buku perubatan beliau yang paling masyhur adalah al-Hawi Fi Tibb.  Kitab al-Hawi di dalam bahasa arab merupakan kitab terpanjang dan merupakan rujukan penting di barat abad ke 12M sehingga 17M. Ianya menjadi rujukan terpenting di Fakulti Perubatan Paris, Perancis pada 1395M. Apa yang bagus sangat buku ini? Ia menjelaskan dengan terperinci cara merawat penyakit dengan pemakanan, penjagaan kesihatan dan cara mengenal pasti simptom penyakit. Beliau menghabiskan masanya dan bersusah payah selama 66 tahun berbakti di dalam  bidang perubatan ini. MasyaAllah banyaknya jasa beliau kepada ummah. Beliau telah meninggalkan dunia untuk rehat yang panjang pada tahu 930M.

Kami sedar, pengorbanan dan kesusahan beliau menyediakan banyak gudang ilmu terutama di dalam bidang perubatan membuatkan kami wajib juga berusaha dengan gigih memastikan orang awam di luar sana tentang penjagaan kesihatan kepada diri mereka.

#HomeopathyWorkedForUs #homeopathy

Kredit : Kerjaya sebagai pegawai perubatan, PTS