Monday 23 May 2016

TOKOH PERUBATAN : MUHAMMAD IBN ZAKARIYA AL-RAZI

Terdapat ramai tokoh perubatan Islam yang boleh dibanggakan umat Islam. Asbab jasa mereka, ilmu perubatan dunia sekarang ini semakin kehadapan dan meluas. Manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain telah Allah janjikan pahala yang berterusan sehingga ke liang kubur selagi mana ilmu yang dicurahkan digunapakai makhluk. Seronoknya, kita dapat pendapatan pasif semasa sedang berehat menuju ke syurga Allah.

Untuk entri kali ini kami ingin perkenalkan tokoh perubatan Al Razi. Popular juga sarjana perubatan ini sehingga karya perubatan beliau menjadi rujukan yang banyak oleh dunia perubatan barat. Kitab-kitab yang dihasilkan oleh Al-Razi banyak membantu dunia perubatan moden kini. Tokoh perubatan ini diberi nama Abu Bakar Muhammad Bin Zakariya Al Razi (864-930M)  . Beliau dilahirkan di Ravy, pada tahun864M serta berasal dari Parsi. Tokoh perubatan agong ini lebih dikenali sebagai Al-Razi dan cukup terkenal di abad pertengahan. Beliau mempelopori bidang perubatan pediatrik (kanak-kanak), optometris, perbidanan dan merupakan pengasas kimia moden.

Kami ingin beritahu bahawa, beliau adalah orang pertama yang menggunakan alkohol untuk tujuan perubatan serta doktor pertama di dunia yang menggunakan dadah sebagai ubat bius di dalam pembedahan. Hebatnya beliau lagi, beliau adalah doktor pertama yang dapat membezakan penyakit cacar dan campak serta menemukan penawarnya. 

Manakala untuk bidang ubat-ubatan /farmasi, Al Razi telah memperkenalkan penggunaan ubat lawas, air sejuk bagi demam kuat dan pembekaman. Karya penulisan beliau merupakan kitab-kitab ilmiah yang bernilai tinggi dan beliau menghasilkan 140 buku perubatan. Buku perubatan beliau yang paling masyhur adalah al-Hawi Fi Tibb.  Kitab al-Hawi di dalam bahasa arab merupakan kitab terpanjang dan merupakan rujukan penting di barat abad ke 12M sehingga 17M. Ianya menjadi rujukan terpenting di Fakulti Perubatan Paris, Perancis pada 1395M. Apa yang bagus sangat buku ini? Ia menjelaskan dengan terperinci cara merawat penyakit dengan pemakanan, penjagaan kesihatan dan cara mengenal pasti simptom penyakit. Beliau menghabiskan masanya dan bersusah payah selama 66 tahun berbakti di dalam  bidang perubatan ini. MasyaAllah banyaknya jasa beliau kepada ummah. Beliau telah meninggalkan dunia untuk rehat yang panjang pada tahu 930M.

Kami sedar, pengorbanan dan kesusahan beliau menyediakan banyak gudang ilmu terutama di dalam bidang perubatan membuatkan kami wajib juga berusaha dengan gigih memastikan orang awam di luar sana tentang penjagaan kesihatan kepada diri mereka.

#HomeopathyWorkedForUs #homeopathy

Kredit : Kerjaya sebagai pegawai perubatan, PTS

No comments:

Post a Comment