Monday 30 May 2016

TEKNOLOGI KEPINTARAN BUATAN BANTU KESIHATAN ANDA MELALUI DATA SAHAJA

Di dalam dunia ini, pengumpulan data yang sistematik dan teratur boleh menghasilkan sebuah solusi kesihatan yang sangat bermanfaat kepada manusia, khususnya pesakit. Berdasarkan sumber healthcareitnews.com, data-data yang lengkap boleh membantu perjalananan sesebuah organisasi penjagaan kesihatan mencapai tahap yang optimum dan membantu di dalam proses membuat keputusan untuk organisasi itu dan juga para pengamal perubatan. 

Pengurusan data yang baik dan efisien boleh menghasilkan kepintaran buatan yang baik untuk penggunaan sektor kesihatan dan perniagaan seharian.Mari kita lihat keperluan-keperluan ini di dalam pelbagai segmen perkhidmatan penjagaan kesihatan.

1) Pengurusan katil pesakit 

Bagi pusat penjagaan kesihatan yang menyediakan khidmat pesakit dalam, sudah semestinya penggunanaan katil pesakit yang efisien dapat membantu penjanaan pendapatan kepada organisasi tersebut. Malah pesakit-pesakit dapat diurus dengan baik mengikut keperluan katil mereka. 

2) Kepintaran buatan  untuk bisnes (Business Intelligence)

Data-data perlu disimpan dengan efisien untuk kegunaan pembuatan keputusan bisnes dan kesihatan. Data-data ini perlu dihidupkan dengan menghasilkan pembelajaran mesin bagi alat-alat kesihatan. Terdapat kepintaran di mana, bacaan tekanan darah diambil secara automotik mengikut jadual yang ditetapkan , dan di naikmuatkan secara automatik juga kedalam pengkalan data untuk dikumpulkan dan di analisa mesin serta digunakan di hospital atau klinik yang pesakit kunjungi.

3) Pengurusan sumber yang efisien

Proses menjadualkan syif jururawat -jururawat dapat dilakukan dengan lancar dengan mengambil kira putaran jam kerja, cuti, faktor kesihatan mereka dan sebagainya.
Pengaliran inventori dari segi stok ubat, alatan perubatan dan sebagainya dapat di urus dengan penuh berhemah untuk mengimbangi penggunaan dengan keperluan dan keuntungan syarikat penjagaan kesihatan.
Penjadualan temujanji pesakit dan perawat dapat disusun dengan kemas, apabila pihak perawat dapat memberikan respon tentang keberadaan mereka di pusat rawatan bertugas. 

4) Model perniagaan

Pemantaun berkenaan insuran dan bil pesakit dapat dihubungkan dengan efisien sekali. Menjadi kayu ukur persembahan pendapatan dan perbelanjaan syarikat. Mengkaji statistik kedatangan pesakit dari pelbagai sudut, sama ada jantina, masyarakat, kaum, agama, pekerjaan, umur, pekerjaan, faktor persekitaran di tempat kerja, sejarah keluarga pesakit, status pembayaran bil pesakit dan sebagainya.

5) Pemantaun jangkitan penyakit

Merekod jika ada sejarah alergi pesakit, sejarah penyakit berjangkit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit beserta keputusan kesembuhan penyakit akibat jangkitan. Para perawat boleh memberikan keputusan ubat apa yang sesuai jika terdapat analisa berguna berkenaan jangkitan yang dihadapi pesakit pada masa hadapan.

Terdapat banyak lagi manfaat jika data-data ini disimpan dan diurus dengan baik untuk digunakan sebagai alat pembuat keputusan bijak menggunakan teknologi kepintaran buatan. Dunia perubatan Homeopathy juga dapat menggunakan teknologi kepintaran buatan di dalam mekanisme perkhidmatan mereka supaya ia dapat melonjakkan prestasi pemantaun pesakit selain pendapatan pusat rawatan mereka. Teknologi-teknologi ini adalah sistem sokongan yang membantu menjalankan perawatan kepada pesakit dan perawat, malah komuniti juga mendapat manfaat juga. Dunia berteknologi begitu sinonim dengan perubatan konvensional, padahal dunia teknologi kepintaran buatan ini juga boleh diaplikasikan secara optimum di dalam dunia perubatan Homeopathy. Membangun bersama dengan keperluan berteknologi akan membuatkan diri pengamal-pengamal perubatan Homeopathy khususnya di Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan dunia perubatan konvensional.

No comments:

Post a Comment