Wednesday 25 May 2016

YEAY!!! NAK CUTI DAH, ... BOLEH MELANCONG.

Wah!, rasa terujakan kalau kita nak pergi bercuti. Iyelah, rasa macam hilang dah perkara-perkara yang semak kat dalam otak kita ini. Haa inilah tiba masanya untuk merehatkan badan sekaligus merehatkan minda. Dua hari lepas, kami dikunjungi seorang pesakit, dia kata dia banyak kahak di tekaknya apabila dia perasan dia penat, penat bekerja maklumnya. Dia berharap agar kahak yang berada di tekaknya akan hilang segera kerana minggu hadapan dia mahu balik kampung, rumah isterinya di Jepun sambil bercuti. Maksudnya, dia mahu bercuti dalam keadaan dia sihat. Ya, sesiapa sahaja mahu sihat dalam keadaan apa sekalipun, waimah bercuti sekalipun. Tidak syok rasanya jika bercuti dalam keadaan hingus meleleh, tekak perit menelan air liur, badan seram sejuk apabila terkena tiupan angin, kepala pusing macam nak melayang, dan rasa macam tidur adalah satu-satunya jalan untuk ambil balik kesihatan.

Anda perlu sihat untuk pergi melancong atau bercuti supaya anda dapat menggunakan tenaga dengan yang banyak untuk bergerak, berjalan dan menapak ke serata alam. Anak-anak melihat ibu bapa mereka tidak sihat, boleh menyebabkan anak-anak bosan kerana tiada orang melayan kerenah mereka. Ibu bapa melihat anak mereka tidak sihat, hati risau tidak terkata. Jadi apa yang perlu dibuat? Tip mudah yang dapat membantu anda dan keluarga, seminggu sebelum anda pergi bercuti, dapatkan rehat yang cukup, minum air masak yang secukupnya, makan makanan yang sihat dan jaga diet anda. Dan dapatkan ubat/remedi Homeopathy yang boleh di dapati di kaunter sahaja untuk bekalan cuti anda. 

Pernah satu ketika dahulu, ada pesakit yang datang ke pusat rawatan kami untuk pergi bercuti dan aktivti utama semasa percutiannya adalah memancing di laut. Ubat apa yang dia mahukan? Cuba anda teka. Jawapannya, ubat mabuk, ubat mabuk laut di atas bot pancing. Jangan anda tidak tahu, kami juga menyediakan ubat Homeopathy untuk tujuan menghilangkan mabuk juga.

Berikut adalah beberapa remedi yang boleh digunakan atau anda dapatkan dikaunter pusat rawatan Homeopathy kami:

1. Ferrum Phos 
Jika anda mengalami sakit tekak akut akibat jangkitan kuman. Tandanya, anda mengalami perit tekak,bersin tanpa henti, belum ada tanda demam.

Allium Cepa
2. Allium Cepa (bawang)
Untuk mengelakan keradangan nasal/hidung. Jika anda bercuti ketempat yang bersuhu dingin atau sejuk kecenderungan memiliki keradangan hidung (rhinitis) mungkin berlaku.

3. Aconite
Rasa macam nak demam, badan seram sejuk. Tanda-tanda awal seperti ingin demam.

4. Nux Vomica
Hingus mula meleleh tanpa diundang. Rasa merimaskan, bersin yang kuat. Ada tanda-tanda sakit kepala, perut meragam (indigestion), sembelit (constipation), mual (nausea).

5. Tabacum 
Mual-mual akibat berada di atas bot atau kenderaan darat. 
Tabacum

6. Pulsatilla
Juga sesuai untuk mual terutama kanak-kanak yang meragam, menangis perlukan perhatian ibunya ketika dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.

7. Sepia 
Ibu-ibu yang pusing kepala, pening kepala, mual akibat terlalu keletihan melayan kerenah anak-anak atau orang sekeliling.

Arnica
8. Arnica 
Remedi yang universal sifatnya dan banyak kelebihannya, sangat sesuai bagi perjalanan yang panjang dan lama, sesuai untuk jetlag, sakit belakang, kaki dan kepala. Luka-luka kecil seperti tersepit zip bag, luka terkena kertas, luka pada lutut akibat terjatuh bermain, dan lain-lain lagi.




Ok, tuan-tuan dan puan-puan, sudah tentu kami mendoakan rancangan keluarga anda untuk bercuti bersama semasa cuti sekolah yang bakal menjelma tidak lama lagi berjalan dengan lancar, anda dan keluarga sihat sentiasa dan berkekalan di dalam lindungan Allah, yang Maha Melindungi hamba-hambaNya. Selamat bercuti.

#HomeopathyWorkedForMe #homeopathy
 

1 comment:

  1. Pragmatic Play launches casino for South Africa - JTM Hub
    Pragmatic Play 군포 출장안마 has been 순천 출장안마 awarded a contract 제주도 출장마사지 worth AU$1.7 million to play slot 울산광역 출장마사지 games in South Africa. The game is available in a range 창원 출장마사지 of languages

    ReplyDelete