Saturday 28 May 2016

SELAMAT BERCUTI ADIK-ADIK

Orang yang paling gembira ketika cuti ini, pastinya anak-anak kecil. Cuti selama dua minggu bermula Sabtu, 28 Mei 2016 sehingga 12 Jun 2016 (Wilayah Persekutuan dan negeri Selangor). Terasa bebas, senyum lebar, puas dapat bermain sepenuhnya. Kami doakan agar anak-anak kita menjadi insan berguna untuk agama dan negara. Habiskan waktu cuti sekolah dengan sebaiknya, rancanglah aktiviti mereka dengan semaksima mungkin agar dia lebih mengenal tuhan semesta alam. Ibu bapa yang bijak adalah sentiasa memastikan anak-anak mereka dapat mempelajari nilai kehidupan bersulamkan islam. Bila bercakap berkenaan aktiviti bermain, Islam menjadi ukurannya. Bila berbicara mengenai menonton cerita di televisyen, Islam menjadi penanda aras patuh syariahnya. Apabila berbicara berkenaan, fesyen pakaian, Islam jugalah menjadi kayu ukur untuk pakaian yang diterima syariat. Pucuk pangkal, segala aktiviti yang ingin kita lakukan sememangnya ada kaitannya dengan Islam. Biarkan Islam itu sebati di dalam kehidupan anak-anak kita. Oleh itu, mari kita sama-sama jadualkan aktiviti anak-anak mengikut panduan Islam.

Aspek lain yang perlu diambil kira adalah isu keselamatan dan kesihatan anak-anak. Isu kesihatan telah kami sentuh pada entri sebelumnya. Klik http://bit.ly/22ovZca untuk bacaan lanjut. Anda dan anak-anak perlu menjaga kesihatan, bekalan ubat-ubat dan alatan kecemasan ringan perlulah di bawa bersama untuk memenuhi keperluan di saat-saat genting. Kita tidak tahu bila memerlukannya, biarlah bersedia awal dari tidak ada langsung. 

Isu keselamatan jangan dipandang mudah oleh keluarga teredekat. Jika bercuti kawasan yang berkolam, berpantai atau bersungai, sentiasa perhatikan mereka disekeliling anda terutama kanak-kanak dan bayi anda. Beg -beg berisi barang berharga letakkan di tempat yang nampak seperti tidak berharga. Contohnya, jika ada beg berisi wang, mungkin boleh sorokkan di beg lampin pakai buang anak anda. Nampak macam tidak logik duit mahu disimpan disitukan. Kami tidak pernah lagi simpan di situ, ada tempat rahsia lain yang menjadi pilihan. Ada yang mengatakan tempat paling selamat adalah tempat paling merbahaya. Betulkah? Kami pun tidak pasti, apa yang penting adalah jaga keselamatan barangan dan diri anda. Keselamatan kenderaan juga haruslah dipantau, periksa tayar, minyak hitam, air untuk wiper, bekalan air kosong (jika kecemasan), alat mekanikal tukar tayar, lampu kecemasan, lampu picit, kompas,  dan yang paling penting, sudahkan anda servis kenderaan anda. Kereta jenis apa pun, asalkan perkara-perkara asas keselamatan di ambil kira, Insyaa Allah, pasti ok. Itulah tawakal namanya, servis sudah, tayar tip top, minyak cukup, air cukup, tiba-tiba terjadi perkara yang diingini, bersyukurlah ianya berlaku dalam keadaan anda sudah bersedia segalanya. Alangkah baiknya, jika Homeopathy juga mampu memberikan kesihatan yang baik kepada kenderaan anda.

Baiklah, kami doakan cuti anda-anda semua paling menyeronokkan dan membawa kenangan manis di dalam kehidupan anda sekeluarga. Untuk pesakit-pesakit kami, datanglah ke pusat rawatan kami untuk pemeriksaan tahap kesihatan sebelum bercuti ini.

Selamat Bercuti !!!

#HomeopathyWorkedForMe  #homeopathy

No comments:

Post a Comment