Thursday 28 January 2016

KISAH BATUK


Keting! Pintu kaca pusat rawatan kami dibuka.
Pegawai khidmat pelanggan kami, J, bangun dan senyum kepada beliau. Seorang pekerja keselamatan (Pak guard) masuk dan terus menuju ke kaunter, tepat J berdiri.

J : Assalamualaikum tuan, tuan sakit?

Pak guard : (anggukkan kepala dan berkata dalam semput) Saya dah 2 hari batuk, hari ni makin teruk pulak. Rasa tak selesa dada dan nak kerja ni.

J : Ok, tuan, berikan saya OPD no. untuk saya semak rekod.

Pak guard : Eh, saya tak ingatlah, nama je, cari "Lxxxx".

J : (Duduk dan pantas menekan papan kekunci mencari opd bagi nama "Lxxxx". Oh! dah jumpa)
Ok dah jumpa. Tuan, silakan duduk, sementara saya maklumkan kepada perawat bertugas.

J : (Menuju kebilik rawatan sambil membawa kad pesakit). Puan, ada pesakit batuk sudah 2 hari, nampak beliau sungguh kasihan, ingat lagi Pak guard yang jaga bangunan hujung itu?

Perawat : Saya ingat lagi, "Lxxxxx" kan namanya?

J : Ya puan, dialah yang sedang batuk. Ini kad opd dia.

Perawat : Ok, dia hanya batuk sahaja? tak ada demam, selsema?

J : macam tiada saja.

Perawat : J, panggil dia masuk.

J : Ok, puan. (sambil membuka pintu bilik rawatan dan memandang tepat kepada Pak guard). Tuan "Lxxxxx", sila masuk.

J menutup pintu dan meninggalkan Pak guard bersama perawat. Sesi konsultasi mula sehingga akhir.

Perawat : J, "packing" ubat ni, kita buat CSR pada pak guard ni. Kesian saya tengok dia.

J : Ok, puan. (keluar bilik perawat dan packing ubat)

J : Tuan "Lxxxx", ubat ini perlu di makan setiap 6 jam dalam 3 hari, jika tak ok datang semula.

Pak guard : Baik, berapa ni ?

J : Kami derma pada tuan hari ini.

Esoknya, malam bercahaya bulan, nampak cahaya bulan dari pintu kaca pusat rawatan. Indah sungguh ciptaan tuhan. Keting!

J : Assalamualaikum!

Pak guard : Waalaikumsalam. (senyum lebar)

J : Senang hati tuan.

Pak guard : Rasa lega, saya dah baik. Semalam makan ubat pukul 9 malam, lepas tu 3 pagi lepas tu saya nak makan ubat , dah rasa lega dah, selesa sangat.

J : Alhamdulillah, patut nampak muka ceria!

Pak guard : Saya sayang ubat tu, saya simpan nanti batuk boleh makan lagi. (sambil menuju pintu kaca dan keluar)

J : (Senyum, tak perlu kata apa-apa)

- Tamat-

‪#‎KPHCheras‬ ‪#‎HomeopathyWorksForMe‬ ‪#‎Homeopathy‬



Tuesday 26 January 2016

PENCEGAHAN ALERGI (ALAHAN)

Apakah langkah-langkah mudah yang boleh anda lakukan untuk mencegah dari terkena alergi? Bagi mencari jawapan itu, kami merujuk kepada laman web Pusat Racun Kebangsaan, USM, Malaysia (National Poison Centre) bagi mencari jawapannya. Di sana ada dijelaskan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh mereka yang mengalami alergi (alahan) atau ahli keluarga terlibat.

Di dalam menjamu selera, mereka yang mudah mengalami aleahan ini di minta berhati-hati di dalam mengambil makanan kerana alergen mungkin menjadi ramuan di dalam makanan harian kita. Berikut adalah langkah-langkah yang dapat membantu anda mencegah dari terkena alergi (alahan):

* Sentiasa membaca dan meneliti kandungan pada label makanan.

* Jika makan diluar, rajinkan bertanya kepada tukang masak berkenaan bahan yang digunakan untuk memasak.

* Dapatkan nasihat dari pakar diet atau pemakanan bagi mendapatkan panduan dan merancang menu makanan anda.

* Miliki buku-buku resepi khas untuk menu bebas alahan.

* Dapatkan rawatan sesuai.

Jika pintu ini tertutup, pasti ada pintu lain terbuka. Bersamaan dengan masalah alahan, banyak makanan yang lazat-lazat kita mereka tidak dapat menikmatinya, tetapi tahukah anda ini bukan titik nokhtah. Ia sebenarnya, membawa kepada anda lebih bijak, lebih prihatin dan lebih menyayangi diri anda sendiri kerana perlu bijak dalam memilih makanan, perlu prihatin dengan risiko yang bakal terjadi jika makan makanan alahan dan perlu lebih menyayangi diri anda dengan mencari solusi yang kekal selamat.



Baiklah kita bersambung entri seterusnya, insyaAllah esok berkenaan rawatan Homeopathy di dalam merawat alergi (alahan). Mungkinkah alahan boleh dirawat menggunakan kaedah Homeopathy.



Salam sihat ceria dari kami,
KPH Cheras blog.

#KPHCheras
#HomeopathyWorksForMe
#homeopathy

Kredit : Bing/images
             National Poison Centre, USM, Malaysia web  

Monday 25 January 2016

ALERGI MAKANAN ATAU KETIDAKSERASIAN MAKANAN


Adakah anda dapat membezakan di antara situasi mengalami alergi (alahan) atau ketidakserasian makanan. Kita mungkin boleh keliru dengan kedua-dua gejala yang timbul setelah mengambil sesetengah makanan. Kami telah maklumkan kepada anda mengapa makanan boleh mengakibatkan alergi kepada sesetengan individu melalui entri sebelum ini.

Berdasarkan maklumat dari Pusat Racun Negara (National Poison Centre), USM, keadaan alergi (alahan) dan ketidakserasian makanan hampir menunjukkan gejala yang hampir serupa. Untuk ketidakserasian makanan, gejala yang ditunjukkan adalah sangat ringan seperti rasa tidak selesa pada perut. Contohnya, adalah ketidakserasian dengan sumber laktosa seperti susu, di mana individu itu tidak memiliki enzim tertentu untuk menghadamkan protein susu. Apa yang berlaku adalah, individu itu akan mengalami kecairan pada najis, kembung perut dan mual setelah pengambilan produk tenusu seperti keju, yogurt (susu masam) , susu berperisa dan lain-lain.

Adakah anda  tahu jenis-jenis makanan yang sering dikaitkan dengan alergi (alahan)?     Berikut adalah contoh-contoh makanan;

* Susu

* Telur

* Gandum

* Kekacang (khususnya kacang tanah)

* Ikan, udang dan makanan laut lain.

Individu yang mengalami alahan dari salah satu makanan penyebab alahan, boleh mendapat alahan kepada makanan yang hampir sama dengannya. Mekanisme ini dipanggil alahan silang makanan. Kita ambil sebagai contoh, jika seorang individu itu;

+ mendapat alahan setelah mengambil kacang hijau tidak mustahil dia juga mengalami alahan kepada kacang soya dan pis.

+ mengalami alahan kepada gandum (kategori bijiran), tidak mustahil untuk mendapat alahan kepada sumber-sumber bijiran lain seperti bijirin rai.

+ alah kepada susu lembu, besar kemungkinan mengalami alahan kepada susu kambing juga

+ alah kepada debunga, mungkin akan mengalami alahan silang pada makanan seperti kacang hazel, epal hijau, pie dan badam.

Jangan kita ambil mudah alergi (alahan) ini kerana ia boleh mengakibatkan sesorang itu maut kerana gejala alergi (alahan) yang serius seperti 

* kesukaran bernafas

* ketat dada

* rasa tercekik pada tekak

* pening kepala

Ini bermakna individu tersebut mengalami anafilaksis. Segeralah dapatkan rawatan kecemasan di hospital berhampiran anda.

Jumpa lagi di entri akan datang , untuk kita bincangkan langkah - langkah yang boleh di ambil untuk mengatasi masalah alergi (alahan) terutama di kalangan kanak-kanak.

Salam sihat,
Admin KPH Cheras blog

#HomeopathyWorksForMe
#homeopathy
#allergy

Kredit to : Bing/images
                  National Poison Centre, USM, Malaysia 

Disclaimer: HomeopathyCheras.blogspot.my does not guarantee any specific results as a result of the procedures mentioned here and the results may vary from person to person. The topics in these pages including text, graphics, videos and other material contained on this website are for informational
purposes only and not to be substituted for professional medical  advice. 

Sunday 24 January 2016

APA ITU ALERGI? - BAHAGIAN II

Tubuh kita dilindungi oleh sistem imuniti dari terkena jangkitan kuman. Badan kita menghasilkan sejenis protein yang disebut antibodi untuk menandakan jenis kuman yang menyebabkan berlakunya jnagkitan. Ada pelbagai jenis antibodi dan yang menyebabkan reaksi alergi adalah imunoglobulin E (IgE). Antibodi IgE biasaanya dihasilkan untuk merespon kepada jangkitan akibat parasit seperti pada Malaria. Ia juga merespon kepada beberapa jenis makanan tertentu.

Ketika kali pertama anda makan makanan yang menyebabkan berlakunya alergi, sistem imuniti badan akan menunjukkan reaksi dan menghasilkan IgE ini. IgE bertindak sebagai penanda molekul makanan penyebab alergi (alergen). Ketika anda memakan makanan itu lagi, tubuh akan menghasilkan antibodi IgE dan bahan kimia lain termasuk histamin bagi menyahkan "protein musuh" dari tubuh anda. 

Histamin adalah sejenis bahan kimia yang dapat mempengaruhi sistem pernafasan, keseluruhan sistem pencernaan kulit dan sistem kardiovaskular. Daripada reaksi penghasilan histamin ini, badan akan menunjukkan gejala-gejala (simptom-simptom) alergi. Gejala yang terhasil adalah berpunca dari bahagiah tubuh mana mengeluarkan histamin tadi. Jika ia terhasil di bahagian organ telinga, hidung, tekak, anda mungkin mengalami kegatalan dibahagian hidung, mulut , tekak dan kesukaran bernafas. Jika histamin dikeluarkan oleh organ kulit, anda mungkin mengalami gatal-gatal atau ruam kulit. Jika histamin dikeluarkan oleh saluran pencernaan, ada mungkin menghadapi sakit perut, cirit birit dan kekejangan otot perut. Ada juga yang mengalami kombinasi simptom-simptom ini.

Sebab kenapa sesetengah makanan boleh mengakibatkan alergi adalah tidak diketahui puncanya, besar kemungkinan ianya disebabkan oleh beberapa protein yang terdapat pada makanan tersebut mirip kepada protein yang terdapat di dalam virus dan bakteria. Oleh kerana itu, sistem imuniti badan tidak mampu membezakan sesetengah protein makanan dengan protein dari virus atau bakteria.

Oleh itu, pantau pemakanan anda dengan diet yang sihat serta pengamalan ubat-ubat Homeopathy dapat memberikan anda satu rasa kenikmatan hidup tanpa perlu terlalu banyak bersin. Kita berjumpa di lain cerita, semoga anda menjadi sihat dan ceria selalu.

Salam sihat untuk semua.
Admin KPH Cheras blog.

#KPHCheras
#HomeopathyWorksForMe
#Homeopathy

Kredit. Bing/images
            Majalahkesehatan.com

Disclaimer: HomeopathyCheras.blogspot.my does not guarantee any specific results as a result of the procedures mentioned here and the results may vary from person to person. The topics in these pages including text, graphics, videos and other material contained on this website are for informational
purposes only and not to be substituted for professional medical  advice. 


Saturday 23 January 2016

APA ITU ALERGI? - BAHAGIAN 1


Ia juga dikenali dengan Hypersensitivity. Keadaan yang berlaku apabila sistem pertahanan badan menunjukkan reaksi tertentu, di mana sebahagian orang tidak menghiraukkannya.

Mereka yang mengalami alergi selalu sensitif kepada banyak benda yang menyumbang kepada berlaku reaksi alergi. Di antara bahan yang boleh menimbulkan alergi adalah

* debunga
* habuk
* spora
* makanan
* haiwan
* sengat haiwan
* ubat-ubatan

Kebiasaannya, apabila terdapat kuman di dalam badan, sistem imuniti badan memberi respon  untuk membasmi kuman. Akan tetapi, untuk mereka yang memiliki alergi, sistem imuniti badan mereka telah terganggu dan ia memberi respon kepada tanda - tanda palsu. Sistem imuniti terganggu boleh disebabkan oleh faktor hormon tidak stabil, faktor persekitaran, pemakanan, genetik dan lain-lain.

Ini bukan satu titik noktah untuk mereka yang mengalami alergi meneruskan kehidupan mereka. Ada pelbagai solusi yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit alergi. Mulakan dengan menyemak diet pemakanan dahulu.Ini mudah dilakukan, jika anda memiliki panduan pemakanan yang sudah terbukti membantu anda. Di dalam masa yang sama usahakan dengan membuat rawatan yang sesuai dengan punca penyakit. Pastikan ianya tidak memberi komplikasi dan kemudaratan di belakang hari.

Anda masih mempunyai peluang untuk sihat dan selesa. Untuk masa hadapan, anda tidak perlu malu dengan keadaan kulit yang kasar akibat gatal sensitif kepada itu dan ini. Muka naik merah-merah dan berbintik-bintik, bersin yang tidak kira waktu dan masa, hidung dan tekak terasa gatal sentiasa. Mulakan dengan langkah pertama, mulakan dengan diet pemakanan yang tepat dengan keadaan anda kemudian susuli dengan pemakanan ubat Homeopathy yang konsisten. InsyaAllah ada akan menjalani kehidupan dengan rasa lega dan selesa.

Solusi sudah ada, mari kita mulakan hari ini juga dengan rujuk kepada "Resepi Alergi" hari ini.


Untuk tempahan buku ini dengan harga istimewa,  hubungi :
kph.cheras@gmail.com
(Diluar harga buku adalah RM35/naskah). 

Dengan satu pembelian di atas anda boleh menikmati diskaun 10% rawatan alergi untuk setiap rawatan anda.
  

#KPHCheras
#HomeopathyWorksForMe
#Homeopathy
#VocaBooks
 


Thursday 21 January 2016

BUKU RESEPI ALERGI

Anda mengalami alergi? Sudah pasti perkara ini sangat membimbangkan diri anda. Mudah sangat terkena alergi, alergi pada habuk, cuaca panas, minyak wangi. Tidak mengaa jika alergi kepada minyak wangi, tetapi alangkah ruginya alergi kepada makanan. Boleh kata hampir semua makanan mengandungi gluten, gula dan beberapa protein makanan lain. Alergi selalu berlaku jika terdapat sumber-sumber ini pada makanan penghidap alergi.

Sudahnya, pesakit tidak dapat menikmati kebanyakan makanan yang terhidang. Kek kegemaran, biskut-biskut yang rangup, makanan laut yang lazat dan snek-snek yang sedap, semuanya perlu difikirkan sebelum hendak menikmatinya. Sudah hampir bertahu-tahun anda cuba mengelakkannya dari termakan, hanya yang bersemangat kental dan berjiwa tabah mampu melakukannya. Persoalannya, sampai bila anda harus "berpantang".

Nah, ini ada solusinya, buku resepi alergi terbitan PTS, yang mungkin memberikan solusi kepada persoalan anda. Anda mungkin boleh mencuba resepi-resepinya dan mengubat rasa rindu kepada kek kegemaran anda. Pasti enak dan anda tidak perlu runsing dengan hasilnya.

Di dalam rawatan Homeopathy, kami percaya alergi dapat dirawat sehingga ia tidak lagi menjadi satu permasalahan dalam kehidupan harian anda. Dengan pengambilan ubat-ubat Homeoapathy yang bersesuaian untuk anda, simptom-simptom alergi dapat dilenyapkan. Semasa menuju kesembuhan amalkan pemakanan yang sihat, dan buku resepi ini ada menunjukkan resepi-resepi yang bagus untuk dicuba.

Ini contoh resepi yang boleh anda usahakan jika anda memiliki "Buku Resepi Allergi" dengan harga mampu milik. Jika di pasaran harganya adalah RM35.00/senaskah, VocaBooks boleh memberikan harga istimewa untuk anda.

 Berminat?

Hubungi rakan kami di FB : VocaBooks atau whatsapp 019 784 7506. Telegram 019 784 7506.

Kami doakan anda sentiasa dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Selamat menjamu selera.

#KPHCheras
#WeAreHealthy
#HomeopathyWorksForMe

Kredit Picture : Bing Images, PTS

Tuesday 19 January 2016

MENJADI WANITA ANGGUN

Untuk menjadi wanita anggun, anda perlu mulakan dengan memiliki kesihatan yang baik dari dalam dan luar. Miliki kesihatan yang yang dibina dari dalam diri, ianya akan terserlah dengan kesihatan luaran.

Kesihatan dalaman, terutama organ-organ wanita mesti dipastikan sentiasa sihat dan sihat.  Disebabkan wanita tidak mengambil peri penting penjagaan kesihatan untuk organ-organ wanita, mereka nampak letih, lesu dan tidak bertenaga. Penjagaan kesihatan wanita perlu dimulakan seawal remaja lagi. Semasa usia mencecah 20 - an , pemantauan kesihatan wanita perlu diteruskan sehingga menuju ke alam rumahtangga.

Bagi pesakit-pesakit wanita kami, pengambilan Homeopathy seawal usia telah membuktikan bahawa kesihatan mereka dapat di teruskan walaupun sudah mencecah hampir 60 tahun. Mereka ini sangat prihatin dengan apa yang menjadi minuman, makanan dan aktiviti mereka seharian. Percaya atau tidak , dengan pengamalan Homeopathy ini anda boleh mencegah dari menghidapi kencing manis dan darah tinggi. Penyakit inilah yang biasa dihidapi mereka apabila usia sudah mencecah 50-an ke atas. Seterusnya mengakibatkan penyakit buah pinggang dan pelbagai komplikasi lain.

Wanita, hargai diri anda dengan memberi waktu secukupnya untuk rehatkan diri, dengan berzikir , membaca AlQuran, mendengar ceramah-ceramah motivasi dan inspirasi di radio atau youtube. Mencari pelbagai aktiviti-aktiviti lain untuk memenuhi ilmu di dada dan menajamkan pemikiran adalah salah satu cara mengelakkan wanita menjadi nyanyuk dan pelupa ketika usia semakin meningkat.

Ubat Homeopathy, bukan semata-mata di ambil ketika sedang sakit sahaja, ia boleh di ambil ketika anda sedang sihat juga. Bolehkah begitu? Bukankah ubat di ambil ketika sakit, tidak sakit tidak perlu ubat, bukankah ianya akan memudaratkan. Ubat Homeopathy tidak mengandungi sebarang campuran dadah atau racun berjadual atau bahan kimia yang membahayakan. Konsep pengambilannya adalah untuk membaiki sistem imuniti badan, semakin di ambil semakin banyak sistem badan dapat dibetulkan sebelum ia menjadi parah. Rasa sakit itu terjadi apabila antibodi memberi signal anda perlu buat sesuatu kerana sistem pertahanan badan semakin lemah - perlu usaha untuk mencari ubat atau penawar. Ini bermakna, penyakit itu sudah berada awal di dalam badan, kita manusia tidak tersedar sehingga kita berasa sakit. Jadi, jika Homeopathy di ambil dengan terancang, anda boleh menjadi sihat sentiasa.


Hargailah diri anda bermula dari sekarang kerana wanita adalah kurniaan Allah, tuhan yang Maha Cantik dan Maha Hebat.

Wanita kelihatan anggun apabila dia menjadi dirinya sendiri, memelihara kehormatan dan harga dirinya.

Wanita kelihatan anggun apabila dia bercakap perkara yang baik-baik dan berhati-hati di dalam memilih bait - bait kata, agar orang tidak terguris dengan percakapannya.

Wanita kelihatan anggun apabila dia percaya dirinya hamba kepada tuhan yang satu, Allah.


Designed by Freepik

#KPHCheras
#WeAreHealthy
#beautifulwoman

Thank you so much for,
Useful info :-
Wonderful picture : Freepik

Monday 18 January 2016

HAID ANDA NORMAL ?

Soalan-soalan asas ini membantu anda mengenali tahap kesihatan haid anda. Langkah seterusnya adalah dengan mendapatkan rawatan yang bagus. Pastikan rawatan itu bebas dadah dan bahan kimia yang boleh mengakibatkan komplikasi-komplikasi baru pula timbul di dalam hidup anda.

Cuba kita cari jawapannya dengan bertanyakan soalan ringkas di bawah pada diri kita,


+ Soalan 1:
Berapa jangkamasa haid yang normal.
Jawapan : Haid yang normal biasanya mengambil masa 3 hingga 7 hari.

+ Soalan 2:
Bagi wanita dewasa, bila sepatutnya kitaran haid akan keluar semula?
Jawapan : Kitaran haid yang normal untuk wanita dewasa berlaku setiap 21 hingga 35 hari.

+ Soalan 3 :
Bilakah kitaran haid seterusnya bagi remaja perempuan?
Jawapan : Kitaran haid yang normal untuk awal remaja antara 21 hingga 45 hari.

+ Soalan 4 : Sebenarnya, apakah pusingan kitaran haid yang betul.

Jawapan : Putaran kitaran haid yang normal adalah 28 hari.

 + Soalan 5 : Bagaimana kita ingin kira permulaaan kitaran haid ?
Jawapan : Pengiraan putaran kitaran haid bermula dari hari pertama darah haid keluar.

+ Soalan 6 : Saya sering sakit bahagian ari-ari apabila haid datang, kenapa?
Jawapan : Senggugut. Bahagian otot - otot rahim ketegangan (cramp) akibat pengecutan rahim ketika haid. Jika terlalu sakit, mungkin perlu berjumpa doktor untuk pengesahan, mungkin anda mengalami endometriosis atau radang pelvik (Pelvic Inflammatory Disease atau PID)


Homeopathy adalah rawatan alami yang sangat menyamankan. Rasai perbezaan hari demi hari.

Kredit, tq : Bing.com/images