Monday 25 January 2016

ALERGI MAKANAN ATAU KETIDAKSERASIAN MAKANAN


Adakah anda dapat membezakan di antara situasi mengalami alergi (alahan) atau ketidakserasian makanan. Kita mungkin boleh keliru dengan kedua-dua gejala yang timbul setelah mengambil sesetengah makanan. Kami telah maklumkan kepada anda mengapa makanan boleh mengakibatkan alergi kepada sesetengan individu melalui entri sebelum ini.

Berdasarkan maklumat dari Pusat Racun Negara (National Poison Centre), USM, keadaan alergi (alahan) dan ketidakserasian makanan hampir menunjukkan gejala yang hampir serupa. Untuk ketidakserasian makanan, gejala yang ditunjukkan adalah sangat ringan seperti rasa tidak selesa pada perut. Contohnya, adalah ketidakserasian dengan sumber laktosa seperti susu, di mana individu itu tidak memiliki enzim tertentu untuk menghadamkan protein susu. Apa yang berlaku adalah, individu itu akan mengalami kecairan pada najis, kembung perut dan mual setelah pengambilan produk tenusu seperti keju, yogurt (susu masam) , susu berperisa dan lain-lain.

Adakah anda  tahu jenis-jenis makanan yang sering dikaitkan dengan alergi (alahan)?     Berikut adalah contoh-contoh makanan;

* Susu

* Telur

* Gandum

* Kekacang (khususnya kacang tanah)

* Ikan, udang dan makanan laut lain.

Individu yang mengalami alahan dari salah satu makanan penyebab alahan, boleh mendapat alahan kepada makanan yang hampir sama dengannya. Mekanisme ini dipanggil alahan silang makanan. Kita ambil sebagai contoh, jika seorang individu itu;

+ mendapat alahan setelah mengambil kacang hijau tidak mustahil dia juga mengalami alahan kepada kacang soya dan pis.

+ mengalami alahan kepada gandum (kategori bijiran), tidak mustahil untuk mendapat alahan kepada sumber-sumber bijiran lain seperti bijirin rai.

+ alah kepada susu lembu, besar kemungkinan mengalami alahan kepada susu kambing juga

+ alah kepada debunga, mungkin akan mengalami alahan silang pada makanan seperti kacang hazel, epal hijau, pie dan badam.

Jangan kita ambil mudah alergi (alahan) ini kerana ia boleh mengakibatkan sesorang itu maut kerana gejala alergi (alahan) yang serius seperti 

* kesukaran bernafas

* ketat dada

* rasa tercekik pada tekak

* pening kepala

Ini bermakna individu tersebut mengalami anafilaksis. Segeralah dapatkan rawatan kecemasan di hospital berhampiran anda.

Jumpa lagi di entri akan datang , untuk kita bincangkan langkah - langkah yang boleh di ambil untuk mengatasi masalah alergi (alahan) terutama di kalangan kanak-kanak.

Salam sihat,
Admin KPH Cheras blog

#HomeopathyWorksForMe
#homeopathy
#allergy

Kredit to : Bing/images
                  National Poison Centre, USM, Malaysia 

Disclaimer: HomeopathyCheras.blogspot.my does not guarantee any specific results as a result of the procedures mentioned here and the results may vary from person to person. The topics in these pages including text, graphics, videos and other material contained on this website are for informational
purposes only and not to be substituted for professional medical  advice. 

No comments:

Post a Comment