Sunday 24 January 2016

APA ITU ALERGI? - BAHAGIAN II

Tubuh kita dilindungi oleh sistem imuniti dari terkena jangkitan kuman. Badan kita menghasilkan sejenis protein yang disebut antibodi untuk menandakan jenis kuman yang menyebabkan berlakunya jnagkitan. Ada pelbagai jenis antibodi dan yang menyebabkan reaksi alergi adalah imunoglobulin E (IgE). Antibodi IgE biasaanya dihasilkan untuk merespon kepada jangkitan akibat parasit seperti pada Malaria. Ia juga merespon kepada beberapa jenis makanan tertentu.

Ketika kali pertama anda makan makanan yang menyebabkan berlakunya alergi, sistem imuniti badan akan menunjukkan reaksi dan menghasilkan IgE ini. IgE bertindak sebagai penanda molekul makanan penyebab alergi (alergen). Ketika anda memakan makanan itu lagi, tubuh akan menghasilkan antibodi IgE dan bahan kimia lain termasuk histamin bagi menyahkan "protein musuh" dari tubuh anda. 

Histamin adalah sejenis bahan kimia yang dapat mempengaruhi sistem pernafasan, keseluruhan sistem pencernaan kulit dan sistem kardiovaskular. Daripada reaksi penghasilan histamin ini, badan akan menunjukkan gejala-gejala (simptom-simptom) alergi. Gejala yang terhasil adalah berpunca dari bahagiah tubuh mana mengeluarkan histamin tadi. Jika ia terhasil di bahagian organ telinga, hidung, tekak, anda mungkin mengalami kegatalan dibahagian hidung, mulut , tekak dan kesukaran bernafas. Jika histamin dikeluarkan oleh organ kulit, anda mungkin mengalami gatal-gatal atau ruam kulit. Jika histamin dikeluarkan oleh saluran pencernaan, ada mungkin menghadapi sakit perut, cirit birit dan kekejangan otot perut. Ada juga yang mengalami kombinasi simptom-simptom ini.

Sebab kenapa sesetengah makanan boleh mengakibatkan alergi adalah tidak diketahui puncanya, besar kemungkinan ianya disebabkan oleh beberapa protein yang terdapat pada makanan tersebut mirip kepada protein yang terdapat di dalam virus dan bakteria. Oleh kerana itu, sistem imuniti badan tidak mampu membezakan sesetengah protein makanan dengan protein dari virus atau bakteria.

Oleh itu, pantau pemakanan anda dengan diet yang sihat serta pengamalan ubat-ubat Homeopathy dapat memberikan anda satu rasa kenikmatan hidup tanpa perlu terlalu banyak bersin. Kita berjumpa di lain cerita, semoga anda menjadi sihat dan ceria selalu.

Salam sihat untuk semua.
Admin KPH Cheras blog.

#KPHCheras
#HomeopathyWorksForMe
#Homeopathy

Kredit. Bing/images
            Majalahkesehatan.com

Disclaimer: HomeopathyCheras.blogspot.my does not guarantee any specific results as a result of the procedures mentioned here and the results may vary from person to person. The topics in these pages including text, graphics, videos and other material contained on this website are for informational
purposes only and not to be substituted for professional medical  advice. 


No comments:

Post a Comment