Monday 29 February 2016

TAHUN LOMPAT


Bukan manusia dan haiwan melompat, tahun juga boleh melompat, begitulah yang digelarkan kepada tahun yang memiliki tarikh 29 Februari di dalam susunan kalendarnya.

Pelik juga bagaimana tarikh-tarik seperti ini wujud di dunia, tetapi ia sebagai satu hikmah tuhan tunjukkan bagi setiap manusia mempelajari ilmu falak. Hari ini ada pesakit telefon ke pusat rawatan kami untuk bertanyakan adakah pusat rawatan kami buka. Pelik juga dengan gelagat mereka, mungkin penangan 29 Februari ini seperti hari agak istimewa.

Mengenali tahun lompat :

1) Apabila tahun itu di bahagi dengan 4 , berbaki 0. Contohnya;
Tahun 2000/4 = Baki 0
Tahun 2004/4 = Baki 0
Tahun 2008/4 = Baki 0
Tahun 2012/4 = Baki 0
Tahun 2016/4 = Baki 0
Tahun 2020/4 = Baki 0 (Lagi 4 tahun)

2) Jumlah hari pada tahun lompat adalah 366 hari, tahun-tahun biasa adalah 365 sahaja.
Bulan Februari, memiliki lebih satu hari. 29 hari.

Serba ringkas mengenai tahun lompat, untuk mengetahui mengapa terjadi tahun lompat boleh rujuk dengan laman-laman web yang lain, fakta-fakta menarik sedang menanti berkenaan tahun istimewa ini.




Sunday 28 February 2016

KES-KES PESAKIT DI PUSAT RAWATAN HOMEOPATHY KAMI

Mulai Mac 2016, kami akan menjadualkan maklumat berkenaan kes-kes rawatan yang kami rawat di pusat rawatan kami. Tujuan kami adalah untuk berkongsi tentang apakah jenis-jenis penyakit fizikal dan mental yang pernah dirawat di pusat rawatan ini serta kesan rawatan Homeopathy kepada pesakit tersebut. Tujuan perkongsian ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat umum dan khususnya pesakit-pesakit yang sedang menerima apa sahaja rawatan, bahawa setiap penyakit pasti ada solusi bagi penyembuhan. Cuma yang menyembuhkan kita tidak boleh mengatakan dengan yakin bahawa rawatan inilah yang menyembuhkan. Kita hanya mengusahakan penyembuhan dengan cara yang tidak menyalahi Al Quran dan hadis-hadis rasullulah.

Sebagai orang beriman, jangan pula mengatakan, ini sudah masuk bab agama ini, pakai Al Quran dan hadis. Jika orang beriman tidak menggunakan Al Quran dan hadis sebagai pegangan, mahu menggunakan apa lagi sebagai rujukan? Di dalam perubatan Homeopathy, memang tidak ada penggunaan ayat-ayat Ruqyah untuk rawatan pesakit, tetapi ketika memulakan preskripsi ubat, ketika membancuh /penyediaan ubat, ketika membungkus ubat dan sebagainya, sebagai orang beriman, kita akan mengucapkan Bismillah dan lakukan  semata-mata keranaNya, semoga ianya menjadi ibadah di dalam memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit. Islamik kah?

Kami berkongsi apa yang kami mampu di dalam menyediakan perkhidmatan rawatan Homeopathy ini. Tidak semua penyakit yang dirawat di pusat rawatan kami, sembuh 100% tetapi ada yang menuju kesembuhan serta sembuh. Mana anda pilih, duduk berdiam diri tanpa berusaha mencari kesembuhan atau berusaha dengan sedaya upaya mencari kesembuhan. 

Tujuan perkongsian ini adalah sebagai ruang juga kepada para pengamal diluar sana menyumbangkan idea-idea bernas mereka, kerana mereka lebih berpengalaman luas dan tinggi ilmunya di dalam merawat pesakit -pesakit. Pengalaman pengamal-pengamal perubatan Homeopathy yang berada di Malaysia ini adalah sangat bermanfaat di jadikan rujukan oleh pengamal-pengamal perubatan Homeopathy yang masih hijau. Jangan biarkan pengalaman dan ilmu ini lupus di mamah zaman yang semakin menongkah dunia. 

Perkongsian ini adalah semata-mata rawatan yang menggunakan 100% ubat-ubat berasaskan Homeopathy, tiada campuran dengan makanan tambahan atau makanan sunnah atau praktis terapi lain seperti refleksologi, bekam dan lain-lain. Penghasilan-penghasilan setelah mereka mengambil dos -dos ubatan Homeopathy dari pusat rawatan kami.

Segala maklumat pesakit seperti nama, alamat, no telefon dan diagnosis, gambar-gambar pesakit adalah hak milik pesakit. Menyimpan data peribadi mereka adalah kepercayaan yang diletakkan kepada kami kecuali dengan keizinan mereka, kami hanya berhak berkongsi berkenaan fakta-fakta penyakit secara perubatan dan pengubatan sahaja.

Monday 22 February 2016

SEJUKNYA....NAK MANDI

Kenapa anda perlu mandi setiap hari? Jawapannya, eh, mestilah kena mandi kalau tidak badan tak selesa dan berbau.

Mandi bukan setakat itu sahaja, ia melambangkan bahawa diri seseorang itu mahu memiliki kehidupan yang sihat. Jika anda mampu untuk mandi, menunjukkan anda sihat. Jika anda sakit, demam, tak larat, kadang-kadang hanya sekadar basuh muka dan tangan sahaja. Jika memang tidak sihat sangat, badan hanya di lap-lap sahaja untuk membersihkan sisa-sisa peluh dan menyegarkan badan. Mahu sentuh air pun sudah terasa, dingin mencucuk-cucuk ke tulang, tak gitu?

Di dalam laman web TheHealthSite.com, ada menerangkan 11 jawapan kepada soalan, kenapa perlu mandi setiap hari:

1) Mengurangkan tekanan kepada otot-otot.
Apabila mandi, ia dapat mengurangkan tekanan otot-otot yang terlebih regang. Ia dapat membantu dengan merehatkan otot dan memperbaiki kefleksibelan atau elastik otot-otot, terutama selepas bersenam.

2) Melancarkan perjalanan darah
Berendam di dalam air, akan meningkatkan perjalanan darah ke bahagian kaki dan tangan. Ini dapat membantu di dalam menyihatkan sel-sel rosak di bahagian kaki dan tangan. Apabila darah berjalan dengan lancar, maka ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan memperbaiki fungsi jantung.

3) Mengurangkan paras gula
 Mengikut kajian, oleh Dr. Philip L. Hooper from the McKee Medical Center in Loveland, Colorado, mereka yang berendam di dalam tab mandian panas dalam 20 -30 minit bagi pesakit diabetis (selama 3 minggu)  ianya dapat mengurangkan kadar paras gula (lebih kurang 13%).

4) Meningkatkan sistem pertahanan badan

5) Merawat tekanan

6) Memberi kesan kepada kesuburan lelaki.

7) Mengurangkan stress

8) Membuang toksik

9) Meningkatkan kualiti tidur

10) Memperbaiki fungsi paru-paru


11) Dilihat cantik

Mandi dengan air suam, air sejuk, seperti proses pembersihan semulajadi. Pori-pori kulit terbuka dan tertanggal daki-daki yang melekat pada badan. Kulit anda akan kelihatan bersih dan sihat, setelah disental ketika mandi. Mandi dengan air garam juga boleh membantu di dalam mengurangkan kesan penuaan.



Satu lagi jawapan yang paling bernilai adalah, ianya sunnah rasul junjungan untuk ikutan umat seluruh dunia. Bayangkan, setiap kali mandi, anda berniat mengikut contoh nabi kesayangan kita, badan menjadi sihat, pahala menjadi berlipat.

Kesimpulannya, mandilah, kerana ia baik untuk kehidupan.


Kredit : TheHealthSite
Sumber : http://bit.ly/1C5gWpY


Disclaimer: HomeopathyCheras.blogspot.my does not guarantee any specific results as a result of the procedures mentioned here and the results may vary from person to person. The topics in these pages including text, graphics, videos and other material contained on this website are for informational
purposes only and not to be substituted for professional medical  advice.

Sunday 21 February 2016

OH, MORNING SICKNESS!


Semasa tempoh awal kehamilan, ibu mungkin mengalami "morning sickeness" yang teruk dan ada juga yang tidak terlalu menganggu. Keadaan insomnia, buasir (hemorrhoids), sakit kepala, sakit belakang, sendi-sendi sakit dan macam-macam tidak keselesaan juga di alami sepanjang tempoh itu.

Mahukah anda mencari penyelesaiannya? Homeopathy menyediakan penyelesaian bagi meringankan kerengsaan ini. Yang lebih menarik ia boleh dihindarkan jika si ibu cepat-cepat mendapatkan rawatan sebelum usia kehamilan semakin meningkat.

Sepanjang tempoh rawatan Homeopathy, ia dapat membantu persediaan rahim untuk proses kelahiran, membantu ketika ibu bersalin, pengembangan servik yang baik, merangsang kontraksi yang efektif dalam proses kelahiran. Memiliki rahimyang sihat oleh ibu yang sihat dapat menyumbang kepada pembentukan janin yang sihat juga. Adalah amat penting semasa tempoh kehamilan kesihatan ibu dan rahim ibu di tahap yang optimum agar proses kelahiran dan berpantang nanti berjalan dengan lancar.

Selepas anak dilahirkan bermulah tempoh pantang oleh para ibu, di mana segala penat lelah dan kesakitan di lalui. Ibu perlu mendapatkan tenaga dan kesihatannya kembali, dengan menjalani rutin pantang dan pengamalan diet makanan yang ketat. Di dalam kaedah perawatan Homeopathy, si ibu boleh mengambil ubat-ubat Homeopathy bagi mendapatkan kesihatan secara menyeluruh. Ini termasuk, memastikan susu ibu dapat dibekalkan dengan secukupnya sehingga anak mencecah lebih 1 tahun, memulihkan kesihatan organ wanita secara keseluruhan, menstabilkan keadaan hormon ibu agar tidak berfikiran kusut, sedih, dan marah, mengelakkan berlaku jangkitan kuman dibahagian luka dan mengakibatkan demam, serta mengembalikan bentuk badan yang diinginkan.

Cuba bayangkan anda melahirkan anak seramai 5 orang, tiap-tiap kali proses kehamilan, bersalin dan berpantang anda mengamalkan pemakanan ubat Homeopathy, anda akan mendapati '0' kesan sampingan. Hidup anda bebas dari komplikasi-komplikasi merbahaya di masa datang. Sayangi organ-organ badan kita seperti hati, buah pinggang, dll, kerana kita akan menggunakkannya untuk melihat anak-anak kita membesar pula, seterusnya menimang cucu.

Sayangi diri anda dan hargai mereka yang tersayang.

#KPHCheras  #HomeopathyWorksForMe   #homeopathy

Sumber : FoxNews
Kredit : Bing/images

Disclaimer: HomeopathyCheras.blogspot.my does not guarantee any specific results as a result of the procedures mentioned here and the results may vary from person to person. The topics in these pages including text, graphics, videos and other material contained on this website are for informational
purposes only and not to be substituted for professional medical  advice. 

Monday 15 February 2016

KOS RAWATAN HOMEOPATHY MAHAL?


Ada pihak yang mengatakan kos rawatan ini mahal dan ada pula yang menyatakan kos rawatan secara Homeopathy adalah murah.

Manakah yang tepat?
 
Kedua-dua pandangan itu tepat bergantung kepada tahap penyakit,jenis penyakit dan usaha yang dilakukan untuk mencari remedi-remedi yang bersesuaian dengan penyakit dihidapi. Ini kerana pesakit dirawat secara simptomatik, maka formulasi ubat Homeopathy mungkin tidak sama di antara pesakit walaupun jenis penyakitnya adalah sama.

Isu harga mahal tidaklah sepatutnya di jadikan alasan untuk anda tidak meneruskan rawatan. Ini soal nyawa dan badan pesakit,jika tidak dirawat secara sempurna, penyembuhan itu sukar dicapai.

Boleh disimpulkan di sini, bahawa kos rawatan yang dikenakan kepada pesakit adalah mampu bayar, bukannya kategori mahal atau murah.

Malah, perubatan ini, mempunyai satu sistem rawatan yang sudah terbukti dengan jurnal-jurnal Homoepathy diperingkat antarabangsa, Homeopathy adalah perubatan yang bernilai tinggi.

#KPHCheras #HomeopathyWorksForMe #homeopathy

Monday 8 February 2016

GONG XI FA CAI


Selamat Tahun Baru Cina 2016 kepada semua masyarakat Cina khususnya pesakit-pesakit. Semoga anda dikurniakan dengan kesihatan yang bertambak baik dan kekayaan yang melimpah ruah.

"Gong Xi Fa Cai" 

‪#‎KPHCheras‬ ‪#‎HomeopathyWorksForMe‬ ‪#‎homeopathy‬

Kredit : Bing/images

Sunday 7 February 2016

SELAMAT BERCUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2016


Esok akan menjelang tahun baru bagi masyarakat cina khususnya di Malaysia. Untuk pesakit kami yang akan menyambut Tahun Baru Cina esok, selamat bercuti dan selamat meraikan bersama keluarga tersayang. Pastinya kemeriahan suasana Tahun Baru Cina di sambut dengan dentuman bunyi mercun yang berwarna-warni. Malam sebelum sambutan , biasanya mereka akan berkumpul bersama keluarga untuk "Makan Besar", makan bersama ahli-ahli keluarga. Pasti riuh rendah pada malam tersebut, maklumlah mereka berkumpul beramai-ramai. Keluarga yang jauh bekerja di bandar akan pulang ke kampung beraya bersama ibu  bapa mereka.

Buah limau sangat sinonim dengan sambutan mereka, berbakul-bakul dan berkotak-kotak limau mandarin untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Tanda mereka menghormati masyarakat yang lain yang berkunjung ke rumah mereka. Warna oren kemerah-merahan seperti warna emas untuk limau mandarin ini melambangkan kekayaan bagi mereka.

Angpow! Kami pernah menerima ang pow dari sebuah keluarga pesakit, rasa gembira dengan pemberian itu. Kami mendoakan agar anak-anak pesakit sihat-sihat sahaja semasa berhari raya cina ini. Al maklumlah cuaca tidak menentu, kadang-kadang mengundang batuk-batuk dan selsema kepada anak kecil. Bagi kami yang menerima sudah cukup gembira, apatah lagi bagi yang memberi pasti mereka berbesar hati kerana kami dapat menerima ang pow mereka. Sungguh baik hati mereka ini.

Rawatan Homeopathy ini terbuka untuk sesiapa sahaja, tidak kira kaum dan agama kerana ia sangat alami konsepnya. Mereka yang lebih cenderung kepada perubatan yang tidak mengandungi dadah dan bebas bahan kima, akan cakna dengan kesihatan mereka. Seperti pesakit kami yang datang berkunjung membuat rawatan, sering kami tanyakan kenapa mereka memilih Homeopathy? Jawapan mereka adalah tidak mahu dengan rawatan yang ada menggunakan dadah, bahan kimia kerana mereka takut untuk menghadapi komplikasi yang lebih teruk dari itu. Dari pelbagai peringkat usia, kaum dan agama, rata-rata jawapan mereka, sama sahaja.

Berbalik kepada cerita tahun baru ini, kami menasihatkan pesakit-pesakit atau anda di luar sana untuk berhati-hati di jalan raya. Berhenti, berehat jika sudah penat memandu, badan anda mahu beraya juga. Dari segi makanan, makanlah berpada-pada, walaupun di dalam pendekatan rawatan Homeopathy kami tidak menghadkan jenis diet yang bagaimana untuk pesakit-pesakit kami, tetapi anda perlu makan minum berpada, dan makan minumlah yang baik-baik. Ingat! anda sedang menerima rawatan.

Akhirnya, selamat bercuti semua sempena Tahun Baru Cina. "Gong Xi Fa Cai"

#KPHCheras #homeopathy #HomeopathyWorksForMe

Thursday 4 February 2016

BOLEHKAH HOMEOPATHY ATASI ALERGI?

Garu sana, garu sini, bengkak sana dan bengkak sini, perut rasa tak selesa, aah alergi datang lagi.  Bagaimanakah anda bila berada di dalam situasi ini, jika kanak-kanak lagi kasihan, mereka tidak tahu yang dia sedang mengalami alergi pada bandannya. Lagi menyedihkan si ibu tidak tahu anaknya sedang mengalami alergi. Simptom-simptom alergi telah kami jelaskan pada entri yang lepas, mari kita cari penyelesaiannya pula. Anda bebas untuk membuat pilihan rawatan sama ada secara konvensional, tradisional atau homeopathy, tetapi buatlah pilihan yang bijak. Jika memilih untuk dirawat secara Homeopathy, patuhi arahan rawatan yang diberikan oleh perawat agar ia memberikan kesan dan pemulihan yang tepat. Setiap pusat rawatan mempunyai formulasi tersendiri untuk merawat pesakit-pesakitnya, tetapi masih berpegang kepada prinsip "cure like cure" itu. Ini kerana perawat merawat pesakit berdasarkan pengalaman dan tahap pengetahuan mereka. Pasti ada perbezaan dari segi formulasinya, begitu juga di dalam memberikan rawatan untuk masalah alergi ini.

Persoalannya, bolehkan Homeopathy menyediakan rawatan kepada pesakit alergi? Jawapannya, boleh. Di pusat rawatan kami, pelbagai peringkat umur sedang menerima rawatan bagi masalah alergi ini, dari kepada kanak-kanak sehingga dewasa. Kami menilai tahap kronik alergi pesakit untuk memastikan sesi rawatan yang bagaimana untuk mereka. Kemudian meneruskan sesi intensif rawatan Homeopathy. Bagaimana? Adalah dengan memberikan ubat-ubat Homeopathy berdasarkan simptom dan keadaan pesakit.

Ubat-ubat yang biasa digunakan di dalam rawatan alergi di antaranya adalah Nux Vomica, Pulsatilla, Arsenicum Album, Lycopodium, Belladona, Natrium Muriaticum, Silicea, Tuberculim dan beberapa seleksi formulasi remedi. Pemilihan remedi yang sesuai untuk pesakit amatlah penting dan kami sentiasa menitik beratkan pesakit supaya tidak terlalu mengalami agrevasi teruk. Rawatan yang diberikan diformulasikan agar tidak memberikan rasa tidak selesa semasa menerima rawatan. Bermaksud, pesakit akan mengalami rasa kurang gatal dari sehari ke sehari, atau dari minggu ke minggu. Pada peringkat awal rawatan, jika pesakit sememangnya membataskan jenis-jenis makanan yang mereka ambil, amalkan dahulu diet mereka ini sehingga simptom -simptom alahan semakin berkurang, pesakit bolehlah mencuba sedikit demi sedikit makanan yang mereka pernah pantangkan dahulu. Kami memang menggalakkan mereka mengambil makanan yang mereka pantang sebelum ini bagi membuktikan bahawa tahap histamin di dalam mereka sudah kembali stabil.

Bukan sesuatu perkara yang mudah dan cepat untuk memastikan pesakit bebas dari alahan. Bayangkan pesakit sudah menghidapi alergi bertahun-tahun dan mahu pulih dalam masa 1 bulan, mungkin agak tidak logik tetapi tiada siapa yang tahu dengan kuasa yang Maha Hebat. Jangkamasa rawatan biasanya mengambil berbulan-bulan sehingga pesakit kembali sihat, dan ada juga mencecah tahun. Mana yang perlu di pilih, lambat tetapi semakin sihat atau lambat tetapi dengan kesan sampingan. Homeopathy bukannya lambat, ianya adalah satu proses rawatan yang menyeluruh dan tidak merbahaya.

Wednesday 3 February 2016

GOOGLE MAP - PETA GOOGLE UNTUK CARIAN PUSAT RAWATAN KAMI


Jika ada berhajat mendapat rawatan Homeopathy di sekitar Cheras ini, bagi memudahkan pelanggan yang mahu berkunjung kami muat naik gambar peta ini. Niat kita adalah baik untuk berusaha mencari solusi rawatan bukan disebaliknya.


Premis rawatan kami adalah di bawah pengurusan syarikat Klinikal Perunding (HOM) Sg. Rengit Sdn Bhd (359646-K) dan ia didaftarkan di bawah Majlis Perbandaran Kajang untuk menjalankan perkhidmatan rawatan Homeopathy.

Klik https://goo.gl/maps/qjKgwWck57K2 untuk ke sini.

#KPHCheras #HomeopathyWorksForMe #homeopathy 

Tuesday 2 February 2016

PERASAAN TAK MENENTU KETIKA HAMIL?

Apa perubahan yang berlaku ketika seorang wanita itu mengandung? Paling ketara yang akan berlaku sepanjang tempoh kehamilannya adalah perubahan fizikal siibu, dari badan seberat 45 kg boleh menjangkau 60kg. Eh, beratnya! Perubahan-perubahan fizikal lain yang kadang membawa kerungsingan yang melampau kepada ibu sehingga menyebabkan tempoh kehamilan itu sesuatu yang membebankan dan penuh ketidakselesaan.

Tanpa kita sedari bahawa perubahan fizikal dan mental semasa mengandung sangat dipengaruhi oleh cairan kimia hebat ini di dalam darah kita, HORMON. Penerimaan diri si ibu terhadap perubahan fizikal banyak dipengaruhi oleh perubahan hormon semasa mengandung. Kestabilan hormon semasa mengandung adalah amat penting untuk keselesaan ibu dan kesihatan bayi dan dikandung. Soalan yang sering ditanya oleh ibu-ibu ini kepada kami, bagaimana ingin stabilkan hormon? Makan apa? Perlu buat apa? dan pelbagai soalan lain.  Sebelum Homeopathy menjawab persoalan ini, mari kita berkenalan dahulu serba sedikit dengan jenis-jenis hormon yang terlibat dengan wanita mengandung.

Hormon hCG / Human chorionic gonadotropin (hCG): 
Hormon ini merangsang corpus luteum (bekas bahagian tempat keluar telur/ovum di dalam ovari selepas ovulasi), untuk mengeluarkan estrogen dan progesteron untuk 10 minggu awal selepas persenyawaan, sehingga sel placenta (uri) boleh menghasilkannya sendiri. Hormon inilah yang selalu di uji melalui darah atau air kencing untuk mendapatkan pengesahan kehamilan.

Progesterone: 
Hormon ini sangat penting untuk merehatkan otot uterin bagi membolehkan telur/ovum yang disenyawakan menempel pada dinding rahim dengan selamat. Hormon ini cukup penting di dalam memastikan lapisan dalam dinding rahim dapat memberi sokongan di sepanjang pertumbuhan fetus.
Dengan kadar hormon yang mencukupi, ianya cukup hebat didalam memberikan efek tenang nyaman bagi melindungi si ibu dari terkena stres. Lihat, ibu kita dahulu, dia gagah menjalani tanggungjawabnya walaupun di dalam suasana cemas, letih, terbeban dan melelahkan. Hormon ini penting di dalam mengatur rasa ngantuk dan menggalakkan kita tidur.

Estrogen: 
Hormon penting di dalam menstabilkan mood dan nafsu keinginan seks. Bukan itu sahaja ianya merangsang perkembangan rahim dan memperbaiki perjalanan darah di antara rahim dan placenta (uri) dengan peningkatan nitric oksaid (nitric oxide), sejenis gas bagi membesarkan jalur salaur darah.
Rembesan hormon di dalam dalam darah akan menyediakan ibu bagi penghasilan susu badan dengan pembesaran pundi-pundi susu (milk ducts). Rembesan hormon ini meningkat sebelum kelahiran dan menurun sejurus bersalin.


Relaxin: 
Melihat namanya sahaja , kita sudah tahu apa tujuan hormon ini. Hormon yang dicipta khas oleh Yang Maha Pencipta, Allah, untuk memberi rasa relaks kepada ligamen-ligamen di bahagian intrauterine. Kenapa? Apabila bayi semakin besar, otot-otot perlu meregang, dan ia memerlukan kefleksibelan ligamen. Kalau tiada hormon ini, tidak tahu rasanya badan ibu itu bagaimana rasanya, pasti rasa hendak putus urat. Hormon ini membantu di dalam regangan ketika proses kelahiran nanti dengan regangan fleksibel melalui salur kelahiran (birth canal). Hormon ini dapat merehatkan arteri si ibu, supaya ibu tidak akan mengalami keadaan darah tinggi ketika stres melahirkan.

Oxytocin: 
Rasa senang hati, lapang dada itulah yang sering diimpikan kita. Ia, hormon untuk tujuan itu pun ada di dalam komponen darah kita. Hormon inilah yang menyebabkan kita senang dengan orang. 
Semasa bersalin, di rembeskan dengan kadar yang tinggi ke otak, (serta beberapa hormon lain seperti steroid), ia membuatkan si ibu rasa gembira melihat anak yang dilahirkan, lupa yang dia sudah melahirkan melalui proses yang menyakitkan. Jika kurang hormon ini, anda sudah dapat bayangkan keadaan si ibu dengan anak. 

Kredit : Bing/images
Sumber rujukan : fitpregnancy.com

#KPHCheras #HomeopathyWorksForMe #homeopathy



Monday 1 February 2016

MENCARI SALUR DARAH DENGAN TEPAT BUKAN CUBA-CUBA


Pernahkah anda merasai pengalaman ambil darah di tangan, ada kalanya darah dapat di ambil sekali sahaja kadang-kadang berkali-kali kena cucuk jarum..ooohh tidak..tetapi tidak dengan teknologi ini.

Teknologi infra merah yang dapat membantu mereka mencari lokasi saluran darah (vein) dengan tepat. Direka khas oleh syarikat Christie Medical Holdings. Cahaya khas sama ada boleh diserap oleh hemoglobin di dalam darah atau dipantul balik ke kulit. Ia boleh mencari lokasi vein sehingga kedalaman 0.4 inchi.

Di dalam Homeopathy, kita sangat mengalu-alukan teknologi dapat memberikan keputusan tepat, penjimatan masa dan memberikan faedah yang kekal kepada pesakit. Keputusan untuk memberikan, jenis-jenis remedi yang sesuai kepada pesakit, adakalanya memerlukan maklumat-maklumat sokongan dari teknologi-teknologi ini. Ianya sangat membantu di dalam memberikan rawatan secara menyeluruh kepada pesakit. Homeopathy tidak mahu berada di belakang di dalam dunia perubatan yang bergerak pantas, memandangkan penyakit juga sudah berevolusi dengan cepatnya.

Di dalam penggunaan teknologi perubatan seperti alatan mengesan penyakit, alat imbasan yang membantu perawat melihat keadaan pesakit dengan lebih tepat dan beberapa peralatan canggih lain amat perlu. Bayangkan doktor konvensional tidak memiliki sokongan alatan berteknologi canggih ini, apakah mereka juga dapat memberikan diagnosis yang tepat. Adakah tanpa melihat kepada ujian-ujian makmal kita mampu menjelaskan keadaan pesakit sama ada dia kritikal atau tidak. Adalah sangat penting dunia Homeopathy juga disokong dengan alatan dan kemudahan seperti ini, bukan untuk para perawatnya sahaja, malah ia juga penting untuk pesakit.

Teknologi tanpa ilmu perlu beriringan supaya ia menjadi satu pengukuhan di dalam perubatan Homeopathy.

Maklumat lanjut, bacalah di http://bit.ly/1RV9byt

‪#‎KPHCheras‬ ‪#‎HomeopathyWorksForMe ‪#‎homeopathy‬

Kredit : MentalFloss