Thursday 4 February 2016

BOLEHKAH HOMEOPATHY ATASI ALERGI?

Garu sana, garu sini, bengkak sana dan bengkak sini, perut rasa tak selesa, aah alergi datang lagi.  Bagaimanakah anda bila berada di dalam situasi ini, jika kanak-kanak lagi kasihan, mereka tidak tahu yang dia sedang mengalami alergi pada bandannya. Lagi menyedihkan si ibu tidak tahu anaknya sedang mengalami alergi. Simptom-simptom alergi telah kami jelaskan pada entri yang lepas, mari kita cari penyelesaiannya pula. Anda bebas untuk membuat pilihan rawatan sama ada secara konvensional, tradisional atau homeopathy, tetapi buatlah pilihan yang bijak. Jika memilih untuk dirawat secara Homeopathy, patuhi arahan rawatan yang diberikan oleh perawat agar ia memberikan kesan dan pemulihan yang tepat. Setiap pusat rawatan mempunyai formulasi tersendiri untuk merawat pesakit-pesakitnya, tetapi masih berpegang kepada prinsip "cure like cure" itu. Ini kerana perawat merawat pesakit berdasarkan pengalaman dan tahap pengetahuan mereka. Pasti ada perbezaan dari segi formulasinya, begitu juga di dalam memberikan rawatan untuk masalah alergi ini.

Persoalannya, bolehkan Homeopathy menyediakan rawatan kepada pesakit alergi? Jawapannya, boleh. Di pusat rawatan kami, pelbagai peringkat umur sedang menerima rawatan bagi masalah alergi ini, dari kepada kanak-kanak sehingga dewasa. Kami menilai tahap kronik alergi pesakit untuk memastikan sesi rawatan yang bagaimana untuk mereka. Kemudian meneruskan sesi intensif rawatan Homeopathy. Bagaimana? Adalah dengan memberikan ubat-ubat Homeopathy berdasarkan simptom dan keadaan pesakit.

Ubat-ubat yang biasa digunakan di dalam rawatan alergi di antaranya adalah Nux Vomica, Pulsatilla, Arsenicum Album, Lycopodium, Belladona, Natrium Muriaticum, Silicea, Tuberculim dan beberapa seleksi formulasi remedi. Pemilihan remedi yang sesuai untuk pesakit amatlah penting dan kami sentiasa menitik beratkan pesakit supaya tidak terlalu mengalami agrevasi teruk. Rawatan yang diberikan diformulasikan agar tidak memberikan rasa tidak selesa semasa menerima rawatan. Bermaksud, pesakit akan mengalami rasa kurang gatal dari sehari ke sehari, atau dari minggu ke minggu. Pada peringkat awal rawatan, jika pesakit sememangnya membataskan jenis-jenis makanan yang mereka ambil, amalkan dahulu diet mereka ini sehingga simptom -simptom alahan semakin berkurang, pesakit bolehlah mencuba sedikit demi sedikit makanan yang mereka pernah pantangkan dahulu. Kami memang menggalakkan mereka mengambil makanan yang mereka pantang sebelum ini bagi membuktikan bahawa tahap histamin di dalam mereka sudah kembali stabil.

Bukan sesuatu perkara yang mudah dan cepat untuk memastikan pesakit bebas dari alahan. Bayangkan pesakit sudah menghidapi alergi bertahun-tahun dan mahu pulih dalam masa 1 bulan, mungkin agak tidak logik tetapi tiada siapa yang tahu dengan kuasa yang Maha Hebat. Jangkamasa rawatan biasanya mengambil berbulan-bulan sehingga pesakit kembali sihat, dan ada juga mencecah tahun. Mana yang perlu di pilih, lambat tetapi semakin sihat atau lambat tetapi dengan kesan sampingan. Homeopathy bukannya lambat, ianya adalah satu proses rawatan yang menyeluruh dan tidak merbahaya.

No comments:

Post a Comment