Sunday 28 February 2016

KES-KES PESAKIT DI PUSAT RAWATAN HOMEOPATHY KAMI

Mulai Mac 2016, kami akan menjadualkan maklumat berkenaan kes-kes rawatan yang kami rawat di pusat rawatan kami. Tujuan kami adalah untuk berkongsi tentang apakah jenis-jenis penyakit fizikal dan mental yang pernah dirawat di pusat rawatan ini serta kesan rawatan Homeopathy kepada pesakit tersebut. Tujuan perkongsian ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat umum dan khususnya pesakit-pesakit yang sedang menerima apa sahaja rawatan, bahawa setiap penyakit pasti ada solusi bagi penyembuhan. Cuma yang menyembuhkan kita tidak boleh mengatakan dengan yakin bahawa rawatan inilah yang menyembuhkan. Kita hanya mengusahakan penyembuhan dengan cara yang tidak menyalahi Al Quran dan hadis-hadis rasullulah.

Sebagai orang beriman, jangan pula mengatakan, ini sudah masuk bab agama ini, pakai Al Quran dan hadis. Jika orang beriman tidak menggunakan Al Quran dan hadis sebagai pegangan, mahu menggunakan apa lagi sebagai rujukan? Di dalam perubatan Homeopathy, memang tidak ada penggunaan ayat-ayat Ruqyah untuk rawatan pesakit, tetapi ketika memulakan preskripsi ubat, ketika membancuh /penyediaan ubat, ketika membungkus ubat dan sebagainya, sebagai orang beriman, kita akan mengucapkan Bismillah dan lakukan  semata-mata keranaNya, semoga ianya menjadi ibadah di dalam memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit. Islamik kah?

Kami berkongsi apa yang kami mampu di dalam menyediakan perkhidmatan rawatan Homeopathy ini. Tidak semua penyakit yang dirawat di pusat rawatan kami, sembuh 100% tetapi ada yang menuju kesembuhan serta sembuh. Mana anda pilih, duduk berdiam diri tanpa berusaha mencari kesembuhan atau berusaha dengan sedaya upaya mencari kesembuhan. 

Tujuan perkongsian ini adalah sebagai ruang juga kepada para pengamal diluar sana menyumbangkan idea-idea bernas mereka, kerana mereka lebih berpengalaman luas dan tinggi ilmunya di dalam merawat pesakit -pesakit. Pengalaman pengamal-pengamal perubatan Homeopathy yang berada di Malaysia ini adalah sangat bermanfaat di jadikan rujukan oleh pengamal-pengamal perubatan Homeopathy yang masih hijau. Jangan biarkan pengalaman dan ilmu ini lupus di mamah zaman yang semakin menongkah dunia. 

Perkongsian ini adalah semata-mata rawatan yang menggunakan 100% ubat-ubat berasaskan Homeopathy, tiada campuran dengan makanan tambahan atau makanan sunnah atau praktis terapi lain seperti refleksologi, bekam dan lain-lain. Penghasilan-penghasilan setelah mereka mengambil dos -dos ubatan Homeopathy dari pusat rawatan kami.

Segala maklumat pesakit seperti nama, alamat, no telefon dan diagnosis, gambar-gambar pesakit adalah hak milik pesakit. Menyimpan data peribadi mereka adalah kepercayaan yang diletakkan kepada kami kecuali dengan keizinan mereka, kami hanya berhak berkongsi berkenaan fakta-fakta penyakit secara perubatan dan pengubatan sahaja.

No comments:

Post a Comment