Sunday 7 February 2016

SELAMAT BERCUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2016


Esok akan menjelang tahun baru bagi masyarakat cina khususnya di Malaysia. Untuk pesakit kami yang akan menyambut Tahun Baru Cina esok, selamat bercuti dan selamat meraikan bersama keluarga tersayang. Pastinya kemeriahan suasana Tahun Baru Cina di sambut dengan dentuman bunyi mercun yang berwarna-warni. Malam sebelum sambutan , biasanya mereka akan berkumpul bersama keluarga untuk "Makan Besar", makan bersama ahli-ahli keluarga. Pasti riuh rendah pada malam tersebut, maklumlah mereka berkumpul beramai-ramai. Keluarga yang jauh bekerja di bandar akan pulang ke kampung beraya bersama ibu  bapa mereka.

Buah limau sangat sinonim dengan sambutan mereka, berbakul-bakul dan berkotak-kotak limau mandarin untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Tanda mereka menghormati masyarakat yang lain yang berkunjung ke rumah mereka. Warna oren kemerah-merahan seperti warna emas untuk limau mandarin ini melambangkan kekayaan bagi mereka.

Angpow! Kami pernah menerima ang pow dari sebuah keluarga pesakit, rasa gembira dengan pemberian itu. Kami mendoakan agar anak-anak pesakit sihat-sihat sahaja semasa berhari raya cina ini. Al maklumlah cuaca tidak menentu, kadang-kadang mengundang batuk-batuk dan selsema kepada anak kecil. Bagi kami yang menerima sudah cukup gembira, apatah lagi bagi yang memberi pasti mereka berbesar hati kerana kami dapat menerima ang pow mereka. Sungguh baik hati mereka ini.

Rawatan Homeopathy ini terbuka untuk sesiapa sahaja, tidak kira kaum dan agama kerana ia sangat alami konsepnya. Mereka yang lebih cenderung kepada perubatan yang tidak mengandungi dadah dan bebas bahan kima, akan cakna dengan kesihatan mereka. Seperti pesakit kami yang datang berkunjung membuat rawatan, sering kami tanyakan kenapa mereka memilih Homeopathy? Jawapan mereka adalah tidak mahu dengan rawatan yang ada menggunakan dadah, bahan kimia kerana mereka takut untuk menghadapi komplikasi yang lebih teruk dari itu. Dari pelbagai peringkat usia, kaum dan agama, rata-rata jawapan mereka, sama sahaja.

Berbalik kepada cerita tahun baru ini, kami menasihatkan pesakit-pesakit atau anda di luar sana untuk berhati-hati di jalan raya. Berhenti, berehat jika sudah penat memandu, badan anda mahu beraya juga. Dari segi makanan, makanlah berpada-pada, walaupun di dalam pendekatan rawatan Homeopathy kami tidak menghadkan jenis diet yang bagaimana untuk pesakit-pesakit kami, tetapi anda perlu makan minum berpada, dan makan minumlah yang baik-baik. Ingat! anda sedang menerima rawatan.

Akhirnya, selamat bercuti semua sempena Tahun Baru Cina. "Gong Xi Fa Cai"

#KPHCheras #homeopathy #HomeopathyWorksForMe

No comments:

Post a Comment