Tuesday 2 February 2016

PERASAAN TAK MENENTU KETIKA HAMIL?

Apa perubahan yang berlaku ketika seorang wanita itu mengandung? Paling ketara yang akan berlaku sepanjang tempoh kehamilannya adalah perubahan fizikal siibu, dari badan seberat 45 kg boleh menjangkau 60kg. Eh, beratnya! Perubahan-perubahan fizikal lain yang kadang membawa kerungsingan yang melampau kepada ibu sehingga menyebabkan tempoh kehamilan itu sesuatu yang membebankan dan penuh ketidakselesaan.

Tanpa kita sedari bahawa perubahan fizikal dan mental semasa mengandung sangat dipengaruhi oleh cairan kimia hebat ini di dalam darah kita, HORMON. Penerimaan diri si ibu terhadap perubahan fizikal banyak dipengaruhi oleh perubahan hormon semasa mengandung. Kestabilan hormon semasa mengandung adalah amat penting untuk keselesaan ibu dan kesihatan bayi dan dikandung. Soalan yang sering ditanya oleh ibu-ibu ini kepada kami, bagaimana ingin stabilkan hormon? Makan apa? Perlu buat apa? dan pelbagai soalan lain.  Sebelum Homeopathy menjawab persoalan ini, mari kita berkenalan dahulu serba sedikit dengan jenis-jenis hormon yang terlibat dengan wanita mengandung.

Hormon hCG / Human chorionic gonadotropin (hCG): 
Hormon ini merangsang corpus luteum (bekas bahagian tempat keluar telur/ovum di dalam ovari selepas ovulasi), untuk mengeluarkan estrogen dan progesteron untuk 10 minggu awal selepas persenyawaan, sehingga sel placenta (uri) boleh menghasilkannya sendiri. Hormon inilah yang selalu di uji melalui darah atau air kencing untuk mendapatkan pengesahan kehamilan.

Progesterone: 
Hormon ini sangat penting untuk merehatkan otot uterin bagi membolehkan telur/ovum yang disenyawakan menempel pada dinding rahim dengan selamat. Hormon ini cukup penting di dalam memastikan lapisan dalam dinding rahim dapat memberi sokongan di sepanjang pertumbuhan fetus.
Dengan kadar hormon yang mencukupi, ianya cukup hebat didalam memberikan efek tenang nyaman bagi melindungi si ibu dari terkena stres. Lihat, ibu kita dahulu, dia gagah menjalani tanggungjawabnya walaupun di dalam suasana cemas, letih, terbeban dan melelahkan. Hormon ini penting di dalam mengatur rasa ngantuk dan menggalakkan kita tidur.

Estrogen: 
Hormon penting di dalam menstabilkan mood dan nafsu keinginan seks. Bukan itu sahaja ianya merangsang perkembangan rahim dan memperbaiki perjalanan darah di antara rahim dan placenta (uri) dengan peningkatan nitric oksaid (nitric oxide), sejenis gas bagi membesarkan jalur salaur darah.
Rembesan hormon di dalam dalam darah akan menyediakan ibu bagi penghasilan susu badan dengan pembesaran pundi-pundi susu (milk ducts). Rembesan hormon ini meningkat sebelum kelahiran dan menurun sejurus bersalin.


Relaxin: 
Melihat namanya sahaja , kita sudah tahu apa tujuan hormon ini. Hormon yang dicipta khas oleh Yang Maha Pencipta, Allah, untuk memberi rasa relaks kepada ligamen-ligamen di bahagian intrauterine. Kenapa? Apabila bayi semakin besar, otot-otot perlu meregang, dan ia memerlukan kefleksibelan ligamen. Kalau tiada hormon ini, tidak tahu rasanya badan ibu itu bagaimana rasanya, pasti rasa hendak putus urat. Hormon ini membantu di dalam regangan ketika proses kelahiran nanti dengan regangan fleksibel melalui salur kelahiran (birth canal). Hormon ini dapat merehatkan arteri si ibu, supaya ibu tidak akan mengalami keadaan darah tinggi ketika stres melahirkan.

Oxytocin: 
Rasa senang hati, lapang dada itulah yang sering diimpikan kita. Ia, hormon untuk tujuan itu pun ada di dalam komponen darah kita. Hormon inilah yang menyebabkan kita senang dengan orang. 
Semasa bersalin, di rembeskan dengan kadar yang tinggi ke otak, (serta beberapa hormon lain seperti steroid), ia membuatkan si ibu rasa gembira melihat anak yang dilahirkan, lupa yang dia sudah melahirkan melalui proses yang menyakitkan. Jika kurang hormon ini, anda sudah dapat bayangkan keadaan si ibu dengan anak. 

Kredit : Bing/images
Sumber rujukan : fitpregnancy.com

#KPHCheras #HomeopathyWorksForMe #homeopathy



No comments:

Post a Comment