Monday 14 March 2016

EVERYTIME...IS ABOUT READING A BOOK

"Setiap masa rasa perlunya diri di "upgrade"". Kata perawat kepada admin KPH Cheras ketika sedang merangka konten blog sepanjang April 2016.

Apakah topik yang anda perlu tahu hari ini? Membaca. Boring? Janganlah kata begitu, tarik nafas - tahan nafas - lepas, tarik nafas - tahan nafas - lepas, tarik nafas - tahan nafas - lepas. Alhamdulillah. Minda sudah terpenuh dengan oksigen. Apabila pergi kepada bab membaca, selalu kepala akan memikirkan membaca ini berat. Untuk makluman anda, membaca boleh meringankan fikiran yang berserabut. Bila anda sudah mula membaca, pergi ayat pertama, kedua dan seterusnya, seperti kereta mula bergerak, semakin tekan pedal minyak, semakin ia bergerak laju. Begitulah membaca, mula ayat pertama, ayat kedua dan seterusnya perenggan demi perenggan. Fikiran sudah mula memvisualkan apa yang dibaca dan hati mula berdialog sendiri berkenaan apa yang di baca. Kuasa imaginasi tadi, membawa anda meneroka ke dunia maya yang tanpa batasan. Oleh yang demikian, adalah amat penting anda membaca sumber-sumber yang baik-baik sahaja. Bahan bacaan yang baik-baik sahaja, ini kerana anda akan mendapatkan hasil, setelah selesai membaca.

Tabiat membaca ini, bukan sahaja perlu anda pada semua perawat, malah ia menempias kepada pesakit. Di mana anda ingin mencari maklumat tentang Homeopathy jika anda tidak membaca? Dengan membaca, anda akan memperolehi informasi tepat, berkenaan, apa itu Homeopathy, cara rawatannya, ubat-ubat yang digunakan, jenis dan tahap penyakit yang macam mana Homeopathy boleh merawat , keputusan -keputusan rawatan Homeopathy dan pelbagi informasi berkualiti dan  berguna di dalam bidang Homeopathy. Untuk perawat pula, mereka memerlukan input yang sangat banyak bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan minda di dalam memberikan solusi rawatan kepada pesakit. Membaca sangat penting kepada perawat bukan sahaja di dalam merawat malah di dalam meningkatkan komunikasi berkesan bersama pesakit.

Jika bertemu dengan pesakit kanak-kanak, pendekatan bagaimana harus di ambil untuk menarik minat dan mengurangkan darah gemuruh mereka apabila ingin diperiksa. Jika bertemu dengan pesakit-pesakit yang sudah lanjut usia, apakah topik perbualan yang boleh dan tidak boleh diutarakan agar mereka tidak tersinggung dengan percakapan kita. Jika bertemu dengan pesakit yang sudah hilang sesetengah anggota badannya, seperti kaki di potong akibat kencing manis, simpati yang bagaimana ingin digambarkan kepada mereka. Semua ini memerlukan ilmu, ilmu perlu di dapati dari membaca.

Membaca dan mempraktiskan ilmu berguna yang di dapati ketika membaca, adalah amalan yang baik. Oleh yang demikian, memilih dan meneliti bahan bacaaan yang baik adalah sangat penting, supaya ia nya tidak menjadi ajaran sesat pula. 

Kami sempat "snap" beberap gambar, helaian buku yang sedang di baca perawat tadi. Sementara menunggu pesakit datang untuk membuat susulan, beliau sempat menelaah topik klinikal kecemasan, tercekik (choking).




Selamat membaca semua.

No comments:

Post a Comment