Thursday 24 March 2016

NAK TAHU CARA UBAT HOMEOPATHY DISEDIAKAN?

Rasa - rasa anda bagaimanakah ubat Homeopathy disediakan kepada pesakit? Ubat Homeopathy yang diambil pesakit tidak kira penyediaannya di dalam bentuk cecair atau pil, ianya dari konsep penyediaan yang sama selama beratus-ratus tahun. Oleh yang demikian, masih ada yang ragu-ragu lagikah dengan ubat Homeopathy? Ubat Homeopathy yang diminum oleh pesakit adalah hasil dari proses pencairan berulang-ulang kali dari sumber asalnya. Anda bayangkan sehingga bahan asas sumber asli ubat Homeopathy yang berkepekatan tinggi itu sudah tidak berada lagi di dalam ubat yang anda minum itu. Tetapi ianya masih dapat berfungsi untuk merawat penyakit.

Ubat Homeopathy merangkumi semua jenis penyakit yang dirawat, ianya tertakluk kepada kepakaran, ilmu dan pengalaman pengamal yang merawat. Kami percaya setiap pengamal-pengamal perubatan Homeopathy telah menempuh dan menghadapi jenis pesakit dan penyakit di Malaysia ini. Berdasarkan pengalaman merawat mereka, pasti mereka sudah memiliki satu gudang pengetahuan tentang rawatan sesuatu penyakit.

Entri kali ini kami ingin menjelaskan kepada masyarakat di luar sana, dengan bahasa paling mudah dan ringkas, bagaimana ubat Homeopathy disediakan berdasarkan pilihan video dari youtube ini hasil produksi Dr. Darren Schmidt. Beliau adalah seorang doktor kiropraktic (chiropractic) yang sangat berpengalaman luas di dalam bidang penjagaan kesihatan dan pemakanan sihat semulajadi. Beliau menjelaskan dengan memberikan contoh, sediakan 1 bekas/tabung uji yang memiliki 10ml air suling (distilled water) dan dimasukkan satu bahan, sebagai contoh bawang kecil atau bahan -bahan lain. Goncangkan. Aktiviti menggoncang ini dipanggil "Succussion". Setelah selesai goncang, campuran air suling 10ml dan bawang besar sudah dikira satu cairan pati, kita labelkan "Mother Tincture Bawang".

Mother Tincture Bawang.

Seterusnya, untuk menghasilkan potensi 1x pertama, ambil 1 ml dari "Mother Tincture Bawang" tadi dan campurkan dengan 9ml air suling di bekas yang lain, menjadi jumlah 10 ml semula. Goncangkan (Succussion). Kita labelkan sebagai "Bawang 1x".

Kemudian, ambil 1 ml dari "Bawang 1x" dan dituangkan ke dalam 9ml air suling di dalam bekas yang lain, menjadi 10 ml semula. Goncangkan (Succusion). Kita labelkan sebagai "Bawang 2x".

Seterusnya, ambil 1 ml dari "Bawang 2x" dan dituangkan ke dalam 9ml air suling di dalam bekas yang lain, menjadi 10 ml semula. Goncangkan (Succusion). Kita labelkan sebagai "Bawang 3x".

Lakukan sehingga kecairan yang di mahukan. Aktivit pencairan untuk setiap cairan itu menggunakan istilah potensi, 1x, 2x, 3x, ......30x dan seterusnya. Secara ringkasnya, jika potensi 30x bermaksud 30 kali pencairan sudah dilakukan. Yang menariknya,

Semakin tinggi potensi, semakin kerap di cairkan dan semakin ia berkesan merawat pesakit.


Bahan yang dijadikan Mother Tincture, campuran paling awal itu hendaklah di pilih dari bahagian yang mempunyai nilai kesihatan yang tinggi, sama ada buahnya atau daunnya atau batangnya atau  bahagian- bahagian bahan yang lain. Ia juga perlu di pilih dalam keadaan bahan-bahan itu paling baik bukan bahan-bahan yang sudah mereput, rosak, busuk dan tidak boleh digunakan lagi.

Pembaca yang budiman sekelian, penghasilan ubat-ubat Homeopathy boleh dikatakan renyah dan perlu diberi perhatian semasa pemprosesannya, ianya bukan sekadar air masak biasa. Oleh yang demikian ianya memiliki nilai kesihatan yang tinggi bagi mereka yang menghargai kesihatan mereka.

Daripada ringkasan di atas, kami menggunakan contoh bawang, tetapi di dalam youtube Dr. Darren Schmidt, beliau memberikan contoh bahan yang berlainan, tetapi konsepnya masih sama. Walau anda pergi ke London atau India, konsep potentisation (pencairan) dan succussion (goncangan) ini sama sahaja, walau pun mereka sudah menggunakan teknologi cangih dalam penghasilan ubat-ubat Homeopathy keluaran negara masing-masing.

Anak-anak muda, sayangi diri anda dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, bersih dan selamat untuk keselesaaan anda pada masa hadapan. Anda makan ubat Homeopathy walau bertong-tong, kesan sampingannya, 0%. Malah, organ-organ penting kita seperti hati dan buah pinggang dapat berfungsi seperti biasa tanpa risiko kesan ubat. Anda mahu cantik ? Anda mahu sihat? yang mana? Sudah tentu kedua-duanya, badan yang sihat akan melahirkan kecantikannya fizikal yang tersendiri.


Jangan lupa tonton video ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang penjagaan kesihatan diri masing-masing. Klik http://bit.ly/1Ri8uy3

Selamat Menonton
Homeopathic Centre KPH Cheras 

"Homeopathy Works For Us"

No comments:

Post a Comment