Tuesday 1 March 2016

SAKIT LEHER DAN GUSI BENGKAK (KL/2016-01) - 01

No. Kes KL/2016-01
Pilihan Kes Rawatan Hari Ini : Sakit Leher/Tengkok (28/2/2016)
===============================================
Seorang pesakit berkunjung ke pusat rawatan mengalami sakit seperti di bawah :

Perempuan/38 tahun/ Melayu

1) Sakit leher sebelah kanan, apabila di rasa pada bahagian leher, terdapat satu biji kelenjar - bergerak-gerak (mobile)
2) satu lagi biji kelenjar betul-betul di bahagian bawah belakang kepala. - agak keras
3) pesakit berasa sakit apabila ingin memalingkan kepala ke kanan dan ke kiri serta menundukkan kepala.
4) Pernah ada rasa seram sejuk sebelum ini, seperti ingin demam tetapi lepas makan ubat dos 3 hari lepas sudah tiada rasa seperti itu.
5) Pernah ada ulser di lidah sebelah tepi kanan, tetapi lepas makan ubat dos 3 hari lepas sudah tiada rasa seperti itu.
6) Kepala terasa sedikit sakit sebelah kanan depan atas kepala.
7) Pesakit juga mengalami bengkak gusi sebelah kanan. Gigi yang terlibat masih sihat dan tidak berlubang.
Jika anda pengamal perubatan Homeopathy, apakah ubat-ubat Homeopathy yang sesuai untuk merawat pesakit ini?

 Nota : Maklumat pesakit selain di atas adalah "Patient's Confidential Right"

#KPHCheras #HomeopathyWorksForMe #homeopathy

No comments:

Post a Comment