Thursday 3 March 2016

SAKIT LEHER DAN GUSI BENGKAK (KL/2016-01) - 03

Pada Rabu, 2/3/2016 semalam, pesakit ada datang membuat susulan pengambilan ubat untuk rawatan seterusnya.
 
Diari rawatan:

(Isnin, 29/2/2016)
Hari ini pesakit datang ke pusat rawatan untuk rawatan susulan.
Keadaan terkini pesakit :
+ bangun pagi terasa lebih ringan dari sebelum ini
+ sakit tengkok berkurangan tetap masih ada dan masih kurang selesa untuk tunduk dan menoleh kanan kiri.
+ saiz kelenjar sudah berkurangan dikedua bahagian di atas.
+ sakit kepala hanya sedikit sahaja tidak seperti sebelum ini.
+ gusi masih bengkak tetapi sakit tidak berbisa dan berdenyut.
Ubat diberikan bagi setiap 2 jam, untuk 1 hari.
Remedi yang digunakan : Syphillinum, Ferrum Phos. 


(Selasa, 1/3/2016)
+ Gusi sudah susut bengkak, dan boleh merapatkan gigi dengan selesa (gigi geraham)
+ tiada gangguan tidur
+ sakit tengkok masih ada dan menoleh ke kanan masih terasa ketat dan sakit
+ menegakkan kepala tanpa menoleh kanan dan kiri adalah posisi yang selesa
+ masih terdapat biji kelenjar di bahagian kanan leher, bergerak-gerak
+ betul-betul bawah kepala di belakang tengkok masih terasa sakitnya apabila cuba memalingkan kepala.
+ tiada sakit kepala
Ubat untuk rawatan seterusnya, setiap 4 jam untuk 2 hari lagi.
 Remedi terpilih : Anti Crudum, Silicea, Ferrum Phos, Syiphillinum 

(Khamis, 3/3/2016)
+ Gusi sudah bengkak susut, mengunyah semakin lancar cuma pesakit masih berhati-hati takut terkena gusi kanan.
+tiada gangguan tidur
+ semalam (2/3/2016), tengkok atau leher masih terasa ketat dan sakit apabila menoleh kekanan. Jika bersolat, semasa memberikan salam pertama , pesakit hanya boleh menoleh kurang dari 45 darjah sahaja berbanding keadaan normal boleh sehingga 90 darjah.
+pagi ini pesakit apabila bangun pagi sudah boleh menoleh kekanan dengan selesa sedikit berbanding semalam walaupun terasa ketat dan tertekan di bahagian kelenjar bengkak, tetapi beliau rasa bersyukur sudah mampu menoleh dengan lega sedikit. Semasa memberi salam ketika solat subuh, pesakit sudah boleh menoleh lebih 45 darjah
+apabila kepala ditundukkan kebawah masih terasa tertekan dan sakit sebelah kanan.
+kelenjar di bahagian leher kanan masih ada. Di dapati kelenjar bahagian otot bawah kepala, bergerak-gerak. Bermakna ada 3 kelenjar utama yang membengkak dibahagian sebelah kanan pesakit.
+Kelenjar itu sudah wujud semenjak pesakit mengatakan sakit leher cuma tidak begitu terasa, tetapi setelah makan ubat untuk semalam kelenjar mula menonjol dan bergerak-gerak (mobile).
+Kelenjar -kelenjar yang ada tidak berasa sakit, cuma bahagian -bahagian otot leher terasa tegang dan sakit.
+ Tiada demam
+ Makan berselera.
(Remedi- remedi  yang digunakan adalah Syphillinum, Arsenicum Album dan Tuberculinum)

Pesakit masih meneruskan rawatan hari ini kerana mahu memastikan kelenjar-kelenjar itu susut dan bagi mengelakkan jangkitan kuman yang serius berlaku pada masa hadapan.
Tanpa antibiotik dan ubat tahan sakit, Homeopathy mampu menggalas tugas meningkatkan antibodi pesakit itu sendiri serta memberi rangsangan kepada sistem imuniti badan melawan segala kuman yang wujud di dalam badan.

Pepatah ada mengatakan, Seeing Is Believing. Pesakit melihat dan merasa dengan sendiri setiap perubahan yang berlaku, maknanya dia menghalusi setiap perubahan kesihatan yang di alami pada dirinya sepanjang tempoh rawatan ini. Beliau tidak berputus asa, di dalam memperbaiki keadaan kesakitan yang di alami bermula dari episod ulser pada mulutnya sehingga membawa kepada pembengkakan kelenjar pada bahagian kanan lehernya.

Jika, melihat kepada rentetan ini, seperti penyakitnya melarat, bukan? Mana tidaknya dari kepada ulser yang tidak ada kelenjar menjadi berkelenjar pula. Mengikut pengamal perubatan Homeopathy, mereka mendapati ini adalah proses biasa untuk penyembuhan, badan bertindak melawan jangkitan yang berlaku dengan menggunakan energi yang memang sedia ada di dalam badan bagi melawan penyakit. Jadi dengan memakan ubat Homeopathy, dengan potensi dan pilihan remedi yang tepat, imuniti dapat dirangsang secara optimum, melawan jangkitan tersebut. Dos yang diberikan adalah mengikut tahap kesembuhan pesakit, di mana hari ke hari pesakit akan mengalami peningkatan daya imun yang bagus.

Baiklah, kita pantau lagi keadaan pesakit dengan remedinya hari ini. Tungguuuuuu!!!

Renungan bersama
Penyakit tidak pernah jemu menghinggap pesakit,
Pesakit tidak boleh buntu menempias penyakit.



No comments:

Post a Comment