Friday 4 March 2016

HOMEOPATHY DI ITALY

Berdasarkan sumber ansa.it, mereka melaporkan bahawa setiap 6 orang penduduk Italy menggunakan ubat Homeopathy sekurang-kurangnya sekali setahun. Cuba anda bayangkan betapa ramainya penduduk Italy itu. Cuba kira, cuba kira. Statistik itu dilaporkan oleh sebuah institusi sektor kesihatan, DoxaPharma.

Apa lagi laporan yang di dapati dari kajian itu, ini yang menarik, seramai 20,000 orang doktor-doktor perubatan telah menasihatkan pesakitnya untuk mendapatkan rawatan melalui Homeopathy. Betapa keterbukaan mereka, dapat memberikan peluang pesakit-pesakit ini dirawat dengan rasa nyaman dan termotivasi untuk sihat. 

Terdapat peningkatan pendapatan yang memberangsangkan sebanyak 92.6 juta euros oleh sebuah pengeluar ubat Homeopathy terbesar di Italy,Omeoimpres, di mana ia telah menyumbang kepada peningkatan sebanyak 2.9% berbanding tahun 2015. Bagaimanakah senario di Malaysia, adalah kita sudah mampu mencapai tahap ini? Rata-rata masyarakat pengguna Malaysia, masih ada yang tidak mengenal bidang perubatan ini. Mungkinkah kerana pendedahan yang kurang, mungkinkah sikap keterbukaan pemikiran terhadap kesihatan diri masih tertutup, mungkinkah sikap malas membaca dan mencari solusi semakin merosot. Ada pelbagai kemungkinan dari pelbagai pihak sama ada berwajib dan tidak berwajib. Apa yang penting adalah, diri kita sendiri. Kita mahu kan yang macam mana untuk merawat diri kita berpadanan dengan kemampuan kewangan? 

Bayangkan, di Italy juga terpalit dengan isu ekonomi ini, walaupun jumlah keseluruhan "turnover" sektor Homeopathy di negara mereka mencecah 300 juta euro dan menjadikan pasaran ubat-ubat Homeopathy adalah ketiga terbesar di sana. Walaupun, terdapat penurunan pendapatan keseluruhan sebanyak 1% pada tahun 2015, masyarakat di sana menerima perubatan Homeopathy dengan hati terbuka dan mempercayai sistem peubatan ini.

Mungkinkah, di negara ini memiliki diversiti yang banyak menyebabkan masyarakat keliru, rawatan Homeopathy kaedah bagaimana untuk merawat mereka. Tanyalah akal kita, manakah yang anda lebih mempercayai untuk memberikan rawatan kepada anda. Jangan disebabkan asyik memikir, nyawa tergadai.

Rujukan 
http://bit.ly/1SksUak




No comments:

Post a Comment