Wednesday 2 March 2016

SAKIT LEHER DAN GUSI BENGKAK (KL/2016-01) - 02

Bagaimana perkembangan pesakit ini pada hari ini? Mesti anda mahukan jawapannya. Mungkin kenalan anda mengalami peristiwa yang sama seperti kes ini. Bagi kami, perkongsian ini adalah bertujuan memberikan panduan bagaimana menilai proses penyembuhan dari hari ke hari. Ini membuatkan kita rasa lebih peka dengan setiap perubahan yang berlaku. Berdasarkan kes rawatan kali ini, pesakit semakin hari semakin menunjukkan penyembuhan yang melegakan tanpa pengambilan antibiotik serta ubat tahan sakit.

Kadar kelegaan pesakit dikemaskini secara terperinci di facebook "Homeopathic Centre KPH BTHO Cheras". Pesakit ini datang membuat susulan pada setiap hari yang dijadualkan untuk menerima rawatan. Ini kerana, penyakit ini akut dan jika dibiarkan berterusan mungkin boleh mengalami infeksi yang serius. Sebleum ia menjadi tahap kronik, dinasihatkan agar pesakit ini mengikuti rawatan-rawatan susulan yang perawat tetapkan. 

Untuk makluman, daripada maklumat yang dibenarkan untuk berkongsi, pesakit tidak perasan bahawa dia mengalami jangkitan di bahagia gusi kanannya, kerana dia menyangkakan setelah habis sahaja ubat untuk melegakan ulser pada mulutnya, dia berasa cuma tidak selesa di bahagian gusi sebelah kanan tetapi masih boleh makan dan tidur dengan selesa. Ulser yang di dapati juga sangat jarang berlaku pada dirinya, dia menyangkakan bahawa mungkin perubahan cuaca yang tidak menentu dan panas mengakibatkan dirinya kekurangan air dalam badan (dehydrate). 

Diari rawatan:
(29/2/2016)
Hari ini pesakit datang ke pusat rawatan untuk rawatan susulan.
Keadaan terkini pesakit :
+ bangun pagi terasa lebih ringan dari sebelum ini
+ sakit tengkok berkurangan tetap masih ada dan masih kurang selesa untuk tunduk dan menoleh kanan kiri.
+ saiz kelenjar sudah berkurangan dikedua bahagian di atas.
+ sakit kepala hanya sedikit sahaja tidak seperti sebelum ini.
+ gusi masih bengkak tetapi sakit tidak berbisa dan berdenyut.
 
Ubat diberikan bagi setiap 2 jam, untuk 1 hari.
Remedi yang digunakan : Syphillinum, Ferrum Phos.
 
(1/3/2016)
+ Gusi sudah susut bengkak, dan boleh merapatkan gigi dengan selesa (gigi geraham)
+ tiada gangguan tidur
+ sakit tengkok masih ada dan menoleh ke kanan masih terasa ketat dan sakit
+ menegakkan kepala tanpa menoleh kanan dan kiri adalah posisi yang selesa
+ masih terdapat biji kelenjar di bahagian kanan leher, bergerak-gerak
+ betul-betul bawah kepala di belakang tengkok masih terasa sakitnya apabila cuba memalingkan kepala.
+ tiada sakit kepala
 
Ubat untuk rawatan seterusnya, setiap 4 jam untuk 2 hari lagi.
 Remedi terpilih : Anti Crudum, Silicea, Ferrum Phos, Syiphillinum
 
 

 

No comments:

Post a Comment