Wednesday 23 March 2016

FILEM HOMEOPATHY

Rawatan Homeopathy bernilai tinggi kerana sistem perubatan dan rawatannya adalah lengkap dan munasabah. Ada tanggapan negatif di lemparkan terhadap rawatan ini berkenaan kosnya, cara rawatannya, keberkesanannya, dan pelbagai isu lain. Adakah anda tahu rawatan ini bernilai tinggi? Yakah? Iya, kerana ia adalah satu-satu perubatan yang memiliki cara paling selamat di dunia dan merupakan 'nano medicine'. Nano medicine? Mungkin di lain entri kami akan terangkan berkaitan 'nano medicine'. Bunyi 'nano medicine' macam canggihkan? Ya sebetulnya, ia rawatan yang sangat canggih abad ini! Ok, cerita 'nano medicine', kami sambung di entri lain.

Tajuk entri kali ini adalah 'FILEM HOMEOPATHY', komuniti perawat Homeopathy di luar sana sedang bertungkus lumus di dalam menghasilkan sebuah filem dokumentari berkenaan isu Homeopathy yang sering digembar gemburkan oleh pihak-pihak tertentu. Isu - isu sensitif dan juga usaha-usaha yang telah di lakukan oleh mereka yang yakin sepenuh jiwa dan raganya, bahawa rawatan ini sangat, sangat, sangat bermanfaat kepada kehidupan manusia malah haiwan dan alam. Usaha penghasilan filem ini adalah untuk memberi perspektif menarik kepada masyarakat yang belum ada pengetahuan berkenaan Homeopathy, juga untuk mereka yang masih memikirkan hanya ada satu jalan sahaja boleh sihat dengan selamat.

Filem Just One Drop. (Imej tidak berkaitan dengan filem)
Filem dokumentari yang bakal menjalani  pengambaran ini sedang mengumpulkan dana untuk tujuanproduksi mereka. Mereka sudah sediakan trailer untuk filem ini. Bukan sahaja filem 'box office' memiliki trailer, filem ini juga menyediakan sebuah trailer filem berjudul "Just One Drop". Mari kita saksikan bersama trailer "Just One Drop", klik http://bit.ly/1RiVwPs .


Nota:
http://www.justonedropfilm.com/trailer/

Salam sihat,
Admin KPH Cheras Blog
homeopathycheras.blogspot.my

"Homeopathy Worked For Us"



No comments:

Post a Comment