Wednesday 9 March 2016

SAKIT LEHER DAN GUSI BENGKAK (KL/2016-01) - 04

Apa khabar anda hari ini? Kami mendoakan anda diluar sana semakin sihat dan sihat sepanjang masa.
Anda perasan atau tidak, jika badan kita sihat, terasa sangat bersemangat mahu lakukan kerja dan fikiran tenang sahaja. Jika fikiran anda tidak tenang, Homeopathy juga ada menyediakan remedi yang bersesuaian dengan individu itu. Kena ingat, Homeopathy ini unik untuk setiap pesakitnya, jadi preskripsi ubat Homeopathy yang diberikan kepada pesakit adalah khas untuk individu itu sahaja, individu lain memiliki penyakit yang sama tetapi berkemungkinan memiliki preskripsi ubat yang berbeza.

Tidak sabar hendak tahu status pesakit yang mengalami sakit leher dan gusi bengkak tempohari. Alhamdulillah, pesakit sudah boleh makan menggunakan gusi sebelah kanan dengan sepenuhnya, tiada lagi rasa seperti gigi ingin tercabut dan longgar dari gusi. Gusinya kembali sihat dan dia dapat makan dengan gembira.

Anda tahu, beliau datang membuat rawatan susulan seperti yang dicadangkan perawat, sehingga keadaannya kembali sihat. Apa yang sedang beliau lakukan sekarang ini, mahu pastikan kelenjar-kelenjar yang terdapat pada lehernya itu hilang sepenuhnya dan kembali kepada asal. Beliau rasa bersyukur kerana dapat menoleh kanan dan kiri, terutama kanan ketika memberi salam di dalam solat. Alhamdulillah, Allah mendengar rintihannya dan memberi dia nikmat menoleh semula tanpa rasa sakit dan tegang pada leher.


Beliau akan membuat susulan rawatan apabila dia selesai tugasannya nanti. Untuk masa ini, pesakit tidak mengalami gusi bengkak, mengunyah dengan rasa selesa tanpa berhati-hati, menoleh dengan rasa selesa, tunduk dengan rasa selesa, cuma sedikit kelenjar masih ada dan ianya sudah kecil sangat dan tidak mengeras. Ubat homeopathy terkini telah kami kemaskinikan pada entri - 03, iaitu pada 3/3/2016. Bagi beliau, kos tidak menjadi penghalang untuk dia kembali sihat tanpa pengambilan ubat tahan sakit dan antibiotik. Itu yang dia mahukan, sihat tanpa mengambil sebarang bahan kimia, maklum beliau.


Kami mendoakan pesakit ini semakin sihat dan bertambah ceria.

No comments:

Post a Comment