Monday 4 April 2016

PERUBAHAN WAKTU OPERASI PUSAT RAWATAN

Assalamualaikum dan hai semua,


Pejam celik, pejam celik , ooh sudah masuk kita ke bulan ke empat kalendar Masihi. Sedar atau tidak anda akan menjalani ibadah puasa dalam masa 2 bulan sahaja lagi. Terasa tidak sabar untuk merasai suasana Ramadhan yang begitu syahdu dan hening. Di harap anda semua dapat mengharungi bulan Ramadhan dengan tabah dan sabar, memandangkan bulan Ramadhan kita mungkin berada di musim kering dan panas.

Bermula Isnin, 4 April 2016,  pusat rawatan kami akan beroperasi dari pukul 10.00 pagi sehingga 07:00 malam, dari hari Ahad sehingga hari Khamis. Jumaat bekerja seperti biasa.

Dengan perubahan waktu operasi ini, di harap semua pihak dapat menberi manfaat kepada pelbagai pihak. Pesakit-pesakit yang menerima rawatan di pusat rawatan, ini sudah dimaklumkan secara hebahan mulut setiap kali mereka berkunjung hampir sebulan sebelum perlaksaanaanya.

"... Allah menjadikan malam untuk beristirehat dan menjadikan siang untuk berusaha (bekerja).." itulah yang kami praktiskan di dalam perubahan waktu operasi ini. Semoga ia diberkatiNya.

Waktu rehat kami adalah dari pukul 1.00 petang sehingga 2.00 petang, dan tutup sebentar sekitar 20 minit untuk Asar. Dua waktu ini, adalah untuk memberikan ruang waktu yang selesa kepada pihak staf lelaki mengerjakan solat berjemaah di masjid atau surau berdekatan. Mohon pesakit-pesakit yang ingin membuat rawatan susulan, memaklumkan lebih awal agar staf bekerja di sana dapat menguruskan masa yang terbaik untuk pesakit.

Satu keistimewaan yang kami ingin berikan kepada pesakit-pesakit di luar sana. Jika anda tidak dapat hadir pada waktu diantara 10.00 pagi  sehingga 07.00 malam, aturkan temujanji bersama kami di waktu malam. Kami sedia menerima temujanji rawatan pada waktu malam tersebut, jadi maklumkan lebih awal supaya pengamal perubatan kami dapat memberikan blok masanya.

Untuk pesakit yang ingin membuat temujanji pakar perubatan Homeopathy, mohon aturkan bersama staf khidmat pelanggan kami bagi menempah slot masa bersama beliau dari pukul 5.00 petang dan 10.00 malam pada hari Selasa terpilih.

Ringkasan waktu operasi :
  • Ahad : 10:00 pagi sehingga 07:00 malam 
  • Isnin : 10:00 pagi sehingga 07:00 malam 
  • Selasa : 10:00 pagi sehingga 07:00 malam (Hari rawatan pakar, jika ada)
  • Rabu : 10:00 pagi sehingga 07:00 malam 
  • Khamis : 10:00 pagi sehingga 07:00 malam 
  • Jumaat : cuti
Nota :
Hari Selasa terpilih, waktu rawatan bersama pakar perubatan Homeopathy bermula 5.00 petang sehingga 10.00 malam.

No comments:

Post a Comment