Wednesday 4 May 2016

REMEDI HOMEOPATHY HARI INI : CALCAREA CARBONICA

Calcarea Carbonica adalah sejenis bahan berasal dari kulit kerang yang menjalani proses trituration (penghancuran menjadi serbuk halus).  Ianya dijadikan remedi Homeopathy kerana memiliki nilai perubatan Homeopathy yang tinggi di dalam menyelesaikan masalah kesihatan terutama individu yang menghadapi masalah dengan kesejukan. Remedi ini sangat sinonim dengan mereka yang sering meghadapi masalah mudah kesejukan dan susah untuk mengalami kehangatan suhu badan. Anda sudah maklum bahawa, pengamal perubatan Homeopathy biasa akan bertanyakan kepada pesakit mereka tentang apa keadaan yang membuatkan mereka nyaman, tidak selesa, gementar, takut, menggembirakan dan sebagainya. Perkara yang ditanyakan ini adalah dinamakan modaliti Homeopathy, manakala modaliti bagi Calcarea Carbonica adalah pesakit berkeadaan tidak selesa dan teruk ketika keadaan mereka sejuk. Mereka mungkin akan mengatakan badan/abdomen rasa seram sejuk bila berada di waktu malam yang lembap dan sejuk. Apabila mereka dalam ketakutan, rasa sejuk semakin terasa pada badan mereka. Suasana hangat dan keadaan yang membenarkan mereka baring akan membuatkan mereka nyaman dan selesa.

Remedi ini sangat bersesuaian digunakan bersama remedi Homeopathy lain seperti Lycopodium dan Sulphur kerana mereka adalah remedi antipsoric dan remedi polycrest. Remedi polycrest adalah terma untuk remedi yang boleh digunakan dalam pelbagai penggunaan rawatan simptom. Sebagai contoh, remedi ini dapat memberikan tindak balas yang baik untuk pesakit yang mengalami jerawat, atritis, pengeluaran cecair vagina (vaginal discharge), ketakutan malam hari oleh kanak-kanak, masalah kulit kepala.

Remedi yang dispreskripsi kepada pesakit juga melihat kepada personaliti pesakit, adakah pesakit adalah seorang yang pasif, cepat rasa penat, jenis pesakit yang perlahan dan lembap, senang berpeluh, tiada ton otot yang kental serta memiliki pembengkakan kelenjar pada sesuatu tempat. (tidak spesifik).

Dari sudut fizikal pesakit pula, remedi ini akan terpilih jika pesakit berlebihan berat badan beserta wajah yang agak cerah, memiliki rangka kepala yang besar, bentuk badan agak kebengkakan kelihatan seperti mengelembung dari kelihatan otot badan yang kental dan tegap. Bau badan yang masam. Jika wanita, sering mengalami pendarahan yang banyak ketika haid (menorrhagia) dan kebengkakan payu dara sebelum haid keluar. Mereka ini sukakan minuman sejuk apabila tiada selera makan. Sering pening kepala dan mual selepas makan. Mereka tidak sukakan daging dan susu.

Pesakit sering mengadu bahawa mereka rasa berat mahu lakukan tugasan yang diberikan dan sering rasa sangat tertekan apabila memerlukan kemahiran intelektual atau berfikir. Dari segi emosi dan perasaan, pesakit sering takut kepada gelap, takut apabila diasingkan,  perasaan takut jatuh sakit, dan takut menjadi gila.

...
Rujukan Encylopedia

*Maklumat ini hanya untuk informasi yang mendedahkan salah satu jenis remedi yang digunakan di dalam rawatan Homeopathy. Jika anda memerlukan remedi ini, mohon anda merujuk kepada mana-mana pengamal perubatan Homeopathy yang bertauliah untuk maklumat dan pemeriksaan lanjut.

No comments:

Post a Comment