Tuesday 3 May 2016

KENDERAAN HOMEOPATHY


Pastinya anda pelik melihat tajuk entri kali ini. Kenderaan? Kenderaan Homeopathy? Apakah dia "Kenderaan Homeopathy" yang dimaksudkan ini? Baiklah, di dalam Homeopathy perkataan yang digunakan adalah vehicle, lebih tepat "Homeopathy Vehicle". Seperti di dalam badan kita, kita memerlukan salur darah-salur darah sebagai perantara untuk menyalurkan darah yang mengandungi zat, vitamin, hormon dan nutrien kepada otot serta tisu badan. Di dalam Homeopathy pula, kami memerlukan vehicle untuk menyampaikan atau menyalurkan ubat Homeopathy kedalam tubuh badan manusia. Cuma yang berbeza antara salur darah dan vehicle Homeopathy ini, adalah bentuk kejadiannya. Sudah tentu cipataan tuhan, salur darah lagi hebat fungsinya berbanding vehicle yang digunakan manusia. Hakikatnya vehicle juga adalah salah satu kebijaksaan Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Pencipta.

Di dalam Homeopathy, vehicle adalah sejenis bahan, yang digunakan ketika persediaan dan adunan bersama ubat, yang diberikan untuk kawalan dalaman sama ada secara oral, deria pendengaran atau penggunaan luaran. Bahan-bahan ubat ini dapat menghasilkan aktviti teraputik di mana ia bertindak sebagai medium untuk penyucian, persediaan, pengawetan, kawalan dalaman, dan penggunaan luar.

Apakah ciri-ciri ideal "vehicle"?

1. Bahan yang digunakan itu bebas dari memiliki nilai-nilai perubatan.

2. Mesti memiliki sifat semulajadi yang bukan bahan kimia, sama ada berasid atau berakali. Ianya juga tidak boleh mengalami proses perubahan bahan atau penguraian/pereputan.

3. Ciri-ciri dua di atas lebih sesuai untuk penggunaan bagi ubat yang dipotentaiskan. Rujuk entri (Cara Ubat Homeopathy dihasilkan) untuk maksud potentais.

4. Tidak mengandungi unsur merbahaya kepada mana-mana organisma hidup. Ini termasuk mengambil kira berkenaan unsur tindakan farmakologikal perubatan terhadap ubat Homeopathy tidak terganggu.

5. Ia mampu membawa tenaga dinamik ubat ke dalam tubuh organisma hidup untuk melawan tenaga penyakit.

6. Ianya boleh dimakan dan memiliki rasa yang selesa serta boleh diterima tekak.

7. Ia dapat memelihara sifat ubat/remedi yang digunakan.

8. Ia memiliki sifat bebas dari kuman.


Kegunaan Vehicle

1. Vehicle digunakan di dalam persediaan bagi mother tincture (pati asli asal), mother solutions dan mother powder yang diperolehi dari sumber asli/asal ubat. Tanpa vehicle, persediaan utama ini tidak dapat disediakan.

2. Untuk proses pencairan/potentais selanjutnya daripada mother solution,  supaya mesej farmasutikal ubat senang dibawa bersama dan nilai teraputik ubat dapat kekal daripada bahan ubat Homeopathy.

3. Digunakan sebagai asas persediaan bagi ubat kegunaan luar.

4. Digunakan untuk dispensari ubat atau remedi kepada pesakit berdasarkan preskripsi pengamal perubatan Homeopathy.

5. Vehicle seperti minyak zaitun,  vaselin, gliserin, dsb, digunapakai untuk luaran adalah sebagai bantuan mekanikal sahaja di dalam rawatan Homeopathy.

6. Digunakan sebagai bahan pengawet untuk sesetengah ubatan, vehicle seperti alkohol dicampur dalam beberapa peratus dengan jus segar dari sesejenis pokok. (Vide Organon of Medicine, Aphorism 268, footnote)

7. Digunakan sebagai "placebo" atau "phytum" di antara pemantaun dua dos ubat /remedi terutama ketika rawatan kes kronik dan remedi yang memerlukan masa lama bertindak. Dr. Kent, seorang tokoh Homeopathy terkemuka memegang kepada prinsip,  "ubat kedua terbaik di dalam materia medica, placebo", di mana ianya diberikan untuk menenangkan pesakit.

Untuk entri selanjutnya, kami akan kupas pula berkenaan jenis-jenis vehicle yang wujud sebagai pengantaran, penyampai atau kenderaan untuk digunakan bersama ubat-ubat Homeopathy.

*HomeopathyWorkedForMe*
...
Rujukan :Augmented Textbook of Homeopathic Pharmacy 2nd Edition, D.D Banerjee's 

Allah memberikan kebaikan yang banyak kepada:
pixabay, Homeopathic Pharmacy

No comments:

Post a Comment