Monday 25 April 2016

DUNIA DIABETES DAN HOMEOPATHY


Bagaimanakah caranya Homeopathy memberikan rawatan kepada pesakit Diabetes? Secara amnya, Homeopathy merawat pesakit Diabetes adalah melalui displin pemakanan ubatnya dan juga penjagaan kebersihan luka pesakit secara antiseptik, jika ada. Kami bersependapat dengan India Express menerangkan bagaimana Homoepathy mengaplikasikan rawatan ini kepada pesakit-pesakit Diabetes.

Sesiapa sahaja boleh menghidapi penyakit diabetes jenis II, jika pengamalan gaya hidup yang tidak sihat sudah dipraktiskan dari awal usia lagi. Oleh yang demikian, Homeopathy juga berpendapat, penyakit ini boleh dirawat dengan baik jika pesakit konsisten dan berdisplin menjalani rawatan Homeopathy serta mengamalkan gaya hidup sihat. Pendekatan di mana, jika kadar gula tinggi, ada ubat Homeopathy yang digunakan bagi mengurangkan kadar gula. Selain pendekatan ini, Homeopathy juga boleh mengambil pendekatan pesakit secara menyeluruh dengan memahami diri pesakit dengan lebih terperinci melalui "case taking", memerhati dengan teliti keadaan fizikal dan mental serta mengamati personaliti pesakit dan kemudian itu memilih remedi Homeopathy yang bersesuaian dengan dapatan "case taking" yang dilakukan. Pengamal perubatan Homeopathy ini, perlu membuat keputusan memilih pendekatan yang sesuai kepada pesakit berdasarkan tahap kesihatan secara keseluruhan

Hasil pembacaan kami di Indian Express, terdapat 4 pendekatan di mana Homeopathy dapat merawat pesakit diabetes. 

1. Pengurusan paras gula dalam darah
Di dalam mengawal paras gula dalam darah, ubat-ubat Homeopathy yang biasa digunakan adalah Uranium Nitricum, Phosphoric Acid, Syzygium Jambolanum, Cephalandra Indica dan lain-lain. Senarai nama ubat tadi adalah terdiri dari senarai remedi klasik Homeopathy yang disesuaikan dengan potensi ubat berdasarkan keperluan simptom pesakit dan paras gula pesakit.
Ada di antara penggunaan di dalam rawatan Homeopathy ini, menggunakan kombinasi ubat-ubat Homeopathy kepada pesakit atau kombinasi bersama remedi biokimia seperti Natrium Phos. 3x, Silicea 6x, dan lain-lain.

2. Rawatan secara menyeluruh seorang pesakit.
Rawatan Homeopathy adalah holistik. Apabila pesakit diabetes menerima rawatan diabetesnya, Homeopathy mengambil kira tindak balas rawatan dari segi mental, emosi dan fizikal pesakit. Makanya, pesakit perlu berasa gembira, selesa, tenang dan positif apabila selesai menerima rawatan Homeopathy. Homeopathy sangat mengambil berat isu emosi di dalam rawatan mereka. Tidak bermakna pesakit berasa gembira setelah mendapati paras gula terkawal , mungkin mereka ada menyimpan perasaan sedih kerana risau bahawa penyakitnya tidak dapat sembuh. Homeopathy tidak mahu pesakitnya berasa sedih, malah rawatan Homeopathy mementingkan rasa gembira itu dan paras gula terkawal. Ada juga situasi di mana, paras gula masih belum stabil, tetapi pesakit sudah berasa lega dan gembira serta positif, percaya bahawa dirinya akan sihat. Perasaan ini akan merangsang hormon yang baik di dalam badan serta membantu proses rawatan pesakit.
Homeopathy juga boleh dikenali sebagai "perubatan berdasarkan pengalaman" kerana semua ubat-ubat yang diberikan kepada pesakit telah pun diuji kepada manusia sendiri untuk memastikan bahawa ianya selamat dimakan hatta kepada bayi. 

3. Pendekatan promotif
Pengubahsuaian gaya hidup yang lebih tepat dengan pesakit diabetes. Contohnya adalah dengan : 
+ pengambilan makanan di dalam kuantiti yang sedikit setiap 2- 3 jam selain dari makanan berat pada satu masa tertentu.
+ pengambilan makanan berunsur fiber yang tinggi dan kurang pengambilan makanan berminyak.
+ kekerapan bersenam, sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Gunakan tangga berbanding lif. Jangan duduk terlalu lama pada satu posisi, ambil masa untuk bangun dan berjalan-jalan sebentar

4. Perubatan perlembagaan (Constitutional Medicine)
Hannehman telah menemukan penawar bagi penyakit-penyakit kronik pada zamannya, dan beliau menasihatkan agar menekankan tentang sejarah penyakit pesakit, sejarah perubatan keluarga pesakit, asal usul penyakit supaya dapat memberikan preskripsi ubat yang tepat kepada pesakit diabetets tersebut, inilah "constitutional medicine". Pengamal perubatan Homeopathy perlu memahami keadaan perubahan pesakit di zaman ini yang mungkin mendapat penyakit ini akibat dari cara gaya hidupnya. Penilitian dan pemerhatian ini memerlukan masa dan unik. Ia juga memerlukan kemahiran yang tinggi, ketekunan, ilmu dan pengalaman yang meluas. Ubat yang dipreskripsi secara kaedah ini, adalah baik untuk kesihatan secara keseluruhan, malah mengurangkan paras gula dengan kawalan proses metabolik gula yang terkawal oleh aktiviti tubuh sendiri.


Harapan kami agar anda dapat memahami bahawa rawatan Homeopathy, apabila di bantu dengan aktiviti-aktiviti beriadah, pengambilan diet yang tepat, mampu memberikan rawatan yang baik dan berkesan kepada pesakit-pesakit diabetes.

Sayangi diri kita supaya hidup kita lebih sihat dan bahagia.

.....
Homeopathy cheras
Homeopathy malaysia
.....
May Allah bless you at :
Indian Express

No comments:

Post a Comment