Tuesday 24 November 2015

10 REMEDI HOMEOPATHY MUDAH UNTUK OBESITI

Homeopathy menyediakan satu mekanisme rawatan yang tidak melibatkan kesakitan yang melampau. Hari ini kami ingin kongsikan beberapa remedi atau ubat Homeopathy yang mudah untuk anda dapatkan di kaunter pusat rawatan Homeopathy berdekatan anda. Rawatan Homeopathy terhadap obesiti memerlukan masa, tetapi ianya efektif di dalam menurunkan berat badan secara semulajadi. Cuma, anda perlu displin yang tinggi untuk memastikan anda betul-betul mematuhhi jadual makan ubatnya.
(Anda di nasihatkan mendapat nasihat dan pandangan dari pengaml perubatan Homeoapthy yang bertauliah sebelum makan ubat-ubat Homeopathy ini)



Anda bukan sahaja mendapati ia dapat membantu dari segi obesiti, malah perkara-perkara lain turut akan diselesaikan. Contohnya, ia dapat membetulkan sistem metabolisme badan, sistem penghadaman dan sistem hormon badan. Tetapi untuk mendapatkan rawatan yang berbentuk holistik ini, adalah lebih baik anda bertemu dengan pengamal perubatan bertauliah yang dapat memberikan preskripsi ubat yang tepat dengan simptom individu tersebut. Ini kerana setiap individu pesakit adalah unik, dan ubat yang diberikan berdasarkan personaliti individu itu.

Menurut obesity.ygoy.com di laman webnya menyenaraikan beberapa remedi paling biasa dan mudah di dapati untuk rawatan obesiti ini;

1) Antimonium Crudum 
Antimonium Crudum

Jika anda berasa stress yang teramat sangat yang boleh membuatkan anda ingin makan dengan lebih. Individu ini biasanya memiliki lidah seperti ada lapisan putih.

2) Calcarea Carb
Diambil bagi mereka yang selalu mengalami masalah berpeluh berlebihan dan selalu berasa lapar sesudah selesai makan.

3) Cinchona off
Mengurangkan selera makan makanan berkanji serta masalah penghadaman setelah  mengambil sayur mentah atau buah-buahan. Remedi biasa digunakan untuk orang yang lemah dan gemuk.

4) Lycopodium

Fokusnya adalah untuk rawatan fungsi hati dan sistem penghadaman yang terganggu untuk mengurangkan keinginan terhadap makanan manis yang melampau; mereka yang tidak mempunyai selera makan. Lycopodium 30c , membantu menjinakkan nafsu makanan yang manis-manis.

5) Calotropis Gigantae
Lycopodium
Mengurangkan lemak tanpa mengurangkan berat badan, bermakna remedi ini meningkatkan pembentukan daging badan (otot), dimana otot menjadi lebih kental dan pejal. Mereka yang sering merasa bahang dibahagian perut sesuai menggunakan remedi jenis ini.

6) Phytolacca Berry
Remedi biasa yang digunakan di dalam penurunan berat badan dan ia sudah dipatenkan.

Staphysagria
7) Ignatia
Jika anda obes, dalam masa sama mempunyai perasaan selalu cemas, takut dan asyik selalu berasa terlebih makan. (Sudah makan banyak -- baru perasan terlebih makan)


8) Staphysagria
Sesuai untuk mereka yang melepaskan kemarahan dengan makan banyak.

9) Coffe Cruda
Jika individu obes serta selalu berperasaan gemuruh, dan makan adalah untuk meredakan keadaan.



#KPHCheras #HomeopathyObesity #homeopathy  #WeAreHealthy

Thank you so much for,
Useful info : obesity.ygoy.com
Wonderful picture : Bing

Monday 23 November 2015

ANAK KERAP DEMAM

 Apa yang perlu dilakukan jika anak kecil kita sering demam. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja dia kena demam panas. Perlukah kita biarkan mereka begitu dan beranggapan mungkin dia duduk di nurseri, ramai budak disitu pun begitu atau beranggapan bahawa budak hendak membesar, biasa untuk mereka demam bagi menguatkan antibodi. Jangan pemikiran itu menjadi betul, sememangnya tidak tepat. Anak yang sihat, terhindar dari demam dan selsema yang berpanjangan. Mereka kebal dengan situasi sekeliling kerana memiliki tubuh badan yang sihat.

Demam yang berulang boleh berlaku sekurang-kurangnya tiga kali di dalam masa enam bulan. Ada juga ibu yang memberitahu, bahawa anaknya mengalami demam hampir setiap bulan. Kekerapan demam ini boleh berlaku tanpa ada paten tertentu. Jika anak anda mengalami demam yang kerap ini tanpa sebarang tanda penyakit biasa, atau demam terlalu panas atau demam berpanjangan, BERSEGERALAH mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan anda.

Di antara penyebab demam yang berulang adalah :

#1 Sindrom PFAPA
Menurut livestrong.com dan America Family Physician, perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh PFAPA Syndrome. PFAPA membawa maksud kepada simptom terjadi akibat Periodic Fever (PA), Apthhous stomatitis(A), Pharyngitis (P), dan Adentitis (A). Apthhous Stomatitis menyebabkan ulser pada mulut. Pharyngitis adalah keradangan tonsil dan Adentitis pula adalah keradangan di kelenjar di bahagian leher.

#2 Jangkitan yang berulang
Kebiasaannya adalah disebabkan jangkitan virus dibahagian saluran pernafasan, selsema dan virus bahagian perut, jangkitan bakteria seperti di salur pembuangan air kencing, serta pembengkakan gusi.

#3 Keradangan
Keadaan radang dibahagian tertentu badan juga boleh menyebabkan demam. Kanak-kanak tidak tahu mentafsirkan sesetengah keadaan dirinya, menangis atau merengek adalah satu tanda menunjukkan ketidakselesaan badannya.

Perkara utama yang kami nasihatkan adalah dapatkan pandangan dari klinik atau hospital konvensional, jika mereka mahukan pemeriksaan lanjut seperti melakukan analisa ujian darah, dapatkan kepastian dari ujian tersebut. Mungkin ada beberapa ujian yang lain akan turut disenaraikan mereka. Anda juga boleh mendapatkan pandangan kedua dari pihak pusat rawatan Homeopathy bertauliah berdekatan anda. Pilihan selanjutnya adalah ditangan ibu bapa yang sentiasa inginkan anak-anak mereka sihat, aktif, cerdik dan berakhlak mulia.

Pusat rawatan kami menawarkan rawatan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah ini dengan memberikan 100% ubat Homeopathy tanpa apa-apa makanan tambahan yang lain. Ramai dikalangan ibu bapa sudah mula prihatin untuk memberikan peluang kedua merawat anak mereka dengan kaedah Homeopathy. Mereka sudah beberapa kali mencuba menggunakan rawatan konvensional, ternyata keputusan masih sama dan tiada perubahan yang signifikan. Beri peluang kepada anak anda untuk dia hidup sihat dan aktif dengan memberikan ubat-ubatan Homeopathy.

Di dalam rawatan Homeopathy ini, di antara ubat/remedi Homeopathy yang biasa digunakan adalah dilution Ferrum Phos, Arsenicum Album, Tuberculinum, Syphillinum, Silicea, dan lain-lain lagi. Setiap kanak-kanak berbeza pemilihan ubat-ubatanya begitu juga dengan dos yang diberikan,ini semua adalah mengikut simptom-simptom yang ditonjolkan kanak-kanak tersebut.






Mohon, tuan,puan dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi kami melalui email atau telefon.
Email : kph.cheras@gmail.com
Tel    : 603 9081 3825  (bermula 10 : 00 pagi - 09 : 00 malam 

"a healthy outside starts from inside"

Salam sihat bahagia,
Admin KPHCheras

#KPHCheras #homeopathy #HomeopathyFever

Sunday 22 November 2015

DUTA "HOMEOPATHY WORKS FOR ME"

Michelle Collins, Homeopathy Ambassador,
Homeopathy Works For Me


Duta untuk "Homeopathy works for me", adalah pelakon Michelle Collins.  Untuk menjadi duta kepada sesuatu produk, anda harus menggunakan produk tersebut dan jujurlah di dalam memberi keterangan berkenaan produk tersebut. Homeopathy adalah satu perubatan yang anda perlu alami sendiri baru anda dapat mempertejemahkannya kepada orang ramai. Ianya bukan produk kesihatan yang memberi kesan segera tetapi mengambil masa kerana ia ada sebuah sistem perubatan yang melakukan proses penyembuhan.

Apabila berlaku penyembuhan, anda seperti mendapat kehidupan baru semula. Sudah pasti, jika ianya bukan penyakit kronik seperti demam dan selsema, ia tidaklah merasa seperti memiliki kehidupan baru kerana masa anda pulih adalah cepat. Mereka yang mengalami masalah kesihatan yang sudah lama, kronik, sakit berpanjangan, dan sebagainya, seperti kehidupan dahulu dikembalikan. Begitu lah yang kami jumpa tatkala bersembang dengan mereka yang hampir kakinya dipotong akibat kencing manis.

Berbalik kepada cerita duta, anda perlu buktikan diri anda sesuai dan serasi apabila menggunakan produk tersebut baru orang diluar sana yakin untuk menggunakannya, lebih-lebih lagi anda menaruhkan kesihatan anda. Sama juga dengan pelakon-pelakon dan selebriti TV ini, salah satunya pelakon Michelle Collins. Beliau sudah menggunakan Homeopathy dan ada kesan yang baik pada dirinya. Juga beberapa selebriti lain seperti Alice Barlow, Charlotte Jackson dan beberapa selebriti lain.

Boleh lihat sokongan selebriti ini untuk Homeopathy di http://bit.ly/1X0bsM6

"a healthy outside starts from inside"

Anda sihat dan bahagia, 
KPHCheras, BTHO

#KPHCheras  #homeopathy #homeopathycelebrity #WeAreHealthy



Friday 20 November 2015

10 TANDA KEGEMUKAN ANDA DISEBABKAN TIROID


Anda telah melalui beberapa siri program menurunkan berat badan sama ada melalui diet, cara hidup, tidur, senaman dan bermacam-macam lagi usaha. Semuanya masih belum menunjukkan hasil yang diimpikan. Berat masih seperti dahulu, sehinggakan anda terfikir "adakah badan saya  kekal begini selama-lamanya? berat tidak boleh turun-turun?saya ada masalah hormonkah?" dan pelbagai soalan yang bermain dikepala.

Jika adan memiliki tanda-tanda di bawah, berkemungkinan anda sedang mengalami masalah tiroid yang mengakibatkan kegemukan pada diri anda.

Menurut buku Thyroid Mind Power, Howtolearn.com Expert, Richard Shames, MD menyatakan bahawa majoriti manusia yang menghidap masalah tiroid masih belum didiagnosakan lagi. Ini kerana, ujian darah untuk kelenjar tiroid tidak dapat dikesan awal jika ianya masih pada peringkat awal/baru atau di tahap garis sempadan, apabila ia dilakukan oleh para doktor mengikut rutin pemeriksaan biasa.

#1 Anda memiliki ahli keluarga yang juga menghidapi masalah tiroid. Ianya menjadi lebih tepat jika ianya terjadi kepada ibu, ibu saudara atau nenek

#2 Bergabung dengan penyakit auto-imun badan

#3 Kecenderungan untuk menghidap migrain, carpal tunnel syndrome (sakit jari -jemari tangan), dan  mitral valve prolaps, berkemungkinan tinggi ada menghidap ketidakstabilan tiroid.

#4 Memiliki rambut uban sebelum umur 40 tahun, boleh menjadi faktor menghidap tiroid

#5 Kidal, adalah satu faktor risiko yang selalu dilupakan

#6 Memiliki tangan dan kaki yang sejuk. Mereka yang memiliki sejuk kaki dan tangan, lingkaran mata yang bengkak , kehilangan bahagian luar bulu kening dan masalah gigi, selalu dikaitkan dengan masalah tiroid.

#7 Suhu badan adalah tanda paling utama untuk diperhatikan. Selalu berasa sejuk atau digin. Jika suhu badan sentiasa bawah dari 98.6 F secara konsisten, fikirkan untuk jalani ujian tiroid.


#8 Tanda - tanda cardinal thyroid ; letih yang melampau, kemurungan, rambut kering, kulit kering, rambut menipis, tekanan darah tinggi, tinggi bacaan kolestrol,  keinginan nafsu syahwat yang rendah.

#9 Keadaan kesihatan wanita yang terganggu seperti PMS (senggugut), ketidaksuburan, kekerapan keguguran, haid yang tidak teratur, dan simptom menopaus yang teruk.

#10Kekurangan tenaga yang melampau sepanjang hari.

Jangan lupa untuk mendapatkan pandangan pengamal perubatan yang berdekatan dengan anda serta jalani ujian darah untuk memastikan punca utamanya.

"Kesihatan luaran bermula dari dalaman".

Kami doakan anda sentiasa sihat bahagia.

#KPHCheras #homeopathy #obesity #HomeopathyObesity

Sumber rujukan : howtolearn.com


Thursday 19 November 2015

TIPS TERBAIK KAWAL NAFSU MAKAN

Jika makan menjadi halangan kepada program diet anda untuk kurus, kita memang perlu makan. Jika kita tidak makan, badan pun susah untuk kurus. Ini kami kongsikan cara anda untuk kawal nafsu makan yang meluap-luap itu.

1. Minum 2 gelas air masak/air putih sebelum kita makan.


Setelah minum, pastikan ada jarak masa sedikit sebelum anda mula makan.  Minum air tadi boleh menyebabkan anda sedikit kenyang dan anda pun akan makan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja. Sebanyak 60 kalori anda boleh kurangkan setiap kali makan.

2. Penggunaan cuka dan kayu manis
Pengambilan cuka dan kayu manis dalam snek anda boleh mengawal gula dan rasa kenyang. Anda berasa lapar dan teringin untuk makan, apabila kadar gula darah yang turun naik.

3. Ikan, ikan, ikan
Makanlah ikan, ini kerana penelitian dari penerbitan European Journal of Clinical Nutrition menyatakan memakan ikan akan membuat anda berasa kenyang berbanding dengan makan daging merah.

4. Menyungah kacang
Snek kekacang adalah sumber protein, serat dan lemak yang boleh mengaktifkan isyarat kenyang. Kunyahlah kacang dalam 5 ke 7 biji sebelum makan.

5. Sayuran hijau dan oren.
Antara sayuran yang baik adalah bayam, brokoli, lobak merah, tomato dan lain-lain. Sayuran ini mengandungi 90% air dan kaya dengan serat.

6. Karbohidrat Kompleks
Ini macam kompleks sahaja. Kentang, oatmeal dan beras merah adalah contoh karbohidrat kompleks. Pengambilan karbo jenis ini boleh membuatkan anda kenyang berjam-jam lamanya. Anda boleh gantikan nasi putuih dengan pasta atau kentang rebus.

Baiklah semua, boleh mencuba perkara-perkara di atas untuk strategi diet obesiti anda

#KPHCheras
#WeAreHealthy
#HomeopathyObesity

Salam sihat,
blogger KPHCheras


Wednesday 18 November 2015

RAWATAN DEMAM, BATUK DAN SELSEMA


Kami menyediakan rawatan untuk penyakit demam, batuk dan selsema. Ubat homeopathy anda boleh diperolehi di setiap cawangan pusat rawatan kami.

Untuk mereka yang berada di kawasan Cheras, Kajang, Seri Kembangan, Ampang dan Kuala Lumpur bolehlah berkunjung ke pusat rawatan Homeopathy kami di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Waktu operasi :

10:00 pgi - 09:00 mlm : waktu rawatan
01:00 tgh - 02:00 tgh: rehat/solat
04:15 ptg - 05:00 ptg: rehat/solat
07:00 ptg - 07:45mlm: rehat/solat

Jumaat dan cuti umum terpilih : tutup

#KPHCheras
#homeopathy
#WeAreHealthy

Tuesday 17 November 2015

PERTEMUAN BERSAMA PAKAR HOMEOPATHY KAMI

Setiap orang pasti tidak lari dari diserang penyakit sama ada ianya kronik atau tidak kronik. Jika penyakit yang dihidapi itu tidak kronik, bersyukurlah kerana masa rawatan adalah pendek dan pesakit cepat sembuh. Jika penyakit yang dihidapi itu kronik, bertabahlah dengan ujian tuhan, sesungguhnya Dia juga yang menyembuhkan.

Tuhan menurunkan penyakit beserta dengan ubatnya, dan yakinlah pasti ada penawarnya. Di dalam memberikan rawatan kepada pesakit, kami sangat percaya dan yakin dengan prinsip ini, sememangnya ianya tidak boleh disangkal. Pasti ada ubatnya, cuma manusia mesti berusaha mencari solusi kepada penyakitnya. Bukan satu jaminan untuk menyatakan bahawa dengan Homeopathy semua penyakit boleh sembuh, tetapi ianya satu harapan merawat dan mungkin juga boleh menyembuhkan. Semua itu hanya dengan izin tuhan yang Maha Kuasa. Cakap mudah, harapan, sembuh, usaha, tuhan dan lain-lain, mengapa harus selalu mengaitkan itu semua di dalam rawatan ini? Fikiran dan tanggapan inilah yang memusnahkan masa hadapan mereka yang sering mengambil perkara ini remeh temeh. Ini kerana perasaan tidak percaya dan sangsi memakan diri serta menjadi barah perasaan yang semakin susah untuk dibuang dari minda. Tidak bercakap tentang sihat jika tidak berpandukan syariat, kerana Islam menuntut setiap umatnya menjadi sihat dan kuat. Sedang di dalam Al Quran ada mengkhabarkan, untuk mencari pekerja, carilah yang kuat dan jujur. Jadi agama sangat menuntut untuk menjadi sihat dan badan akan kuat.

Homeopathy mementingkan rawatan yang bebas dari kimia dan racun. Dadah adalah bahan kimia yang diproses dan ubat Homeopathy tidak mengandungi dadah. Ubat Homeopathy yang sudah sedia untuk dimakan oleh pesakit telah melalui "potentization". Satu proses yang berulang kali pencairan ubatnya sehingga tidak mendapati sebarang zarah berkenaan dengan cairan asal ubat (mother tincture) tersebut. Sehingga ada mereka diluar sana sering melabelkan rawatan ini adalah "placebo" sahaja. Tidak perlu diwujudkan jurnal-jurnal perubatan Homeopathy seperti di elsevier.com/homeopathy/, homeopathy.org/the-american-homeopath-journal/, dan lain-lain, jika rawatan ini adalah placebo, kerana ianya suatu perkara yang membazir masa sahaja, jika ia benar "placebo".

Untuk mengkhabarkan tentang Homeopathy, adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahlinya mengwar-warkan peranan Homeopathy di dalam merawat pesakit. Mereka yang berpengalaman luas di dalam bidang Homeopathy, boleh dilabelkan pakar perubatan Homeopathy, mereka adalah insan-insan yang telah melalui fasa permulaan yang panjang semasa Homeopathy mula diperkenalkan di Malaysia. Bintang-bintang Homeopathy ini telah mengharungi jerih payah menabur bakti untuk merawat pesakit. Lumrah alam, ada pesakit sembuh dan ada pesakit tidak sembuh, mereka tetap berkorban sehabisnya untuk menempatkan Homeopathy di Malaysia. Kita tidak boleh pandang sebelah mata kepada mereka berbanding mereka yang pakar di dalam bidang perubatan konvensional. Pengalaman mereka merawat pesakit dengan serba kekurangan di fasa awal telah membuahkan hasil yang baik di masa sekarang, kerana kerajaan di dalam proses mengiktiraf badan pengamal perubatan altrenatif ini. Homeopathy bukan komplimentari, ia adalah sebuah sistem perubatan alternatif, kerana pesakit boleh memilih secara total, mahukan ubat Allopathy atau ubat Homeopathy tanpa perlu saling melengkapi.


 Mendapatkan khidmat nasihat secara terus dari pakar perubatan Homeopathy dapat memberikan gambaran jelas tentang status kesihatan anda serta mencerahkan suasana selubung kegelisahan tentang penyakit anda. Ayuh, aturkan temujanji anda untuk setiap hari Selasa bersama kami di mana-masa pusat rawatan Klinikal Perunding (HOM) Sg. Rengit Sdn Bhd.


Untuk cawangan Cheras, Selangor, hubungi pengurus cawangan di talian +603 9081 3825 untuk jadual temujanji.

Monday 16 November 2015

TIPS UNTUK KURUS

Semalam kami bersembang dengan seorang doktor dari sebuah hospital di Johor. Sambil minum petang merangkap makan malam. Kami bertanyakan berkenaan apa yang berlaku ke atas perut buncit? Kenapa perut boleh menjadi buncit. Jawapannya adalah di kawasan itu ada banyak lemak bukan air, seperti apa yang selalu orang katakan.

Tips yang diberikan oleh doktor ortopedik ini adalah :

1) Jaga diet dengan kira kalori untuk kita peka apa yang kita makan dan apa yang badan sudah bakar.
2) Minum air masak yang secukupnya
3) Senaman
4) Jangan stress
5) Tidur yang cukup - tidur di dalam keadaan gelap, segelapnya
6) Motivasi untuk kurus. Niat yang betul untuk kurus.

Beliau juga memaklumkan bahawa tidak perlulah ambil supplemen lebih-lebih lagi jika untuk menguruskan berat badan kerana ia lagi mendatangkan kesan buruk yang lain pula.

Beliau juga memberitahu yang bahagian paling lambat untuk turun adalah >>>> PERUT. Tidak mengapa, mulalah langkah di atas 1 - 6 secara konsisten, insyaAllah anda akan dapat hasil yang cemerlang. Anda makin kurus, kurus dengan sihat bukan kurus berpenyakit.


Semoga anda berjaya!!!!
#KPHCheras #HomeopathyObesity #wearehealthy


Sunday 15 November 2015

APA YANG HOMEOPATHY PERHATIKAN UNTUK MERAWAT HYPOTHYROIDISM PENYEBAB GEMUK?

Anda semua sudah maklum bahawa Hypothyroidisme adalah satu jenis penyakit yang melibatkan kurangnya hormon T3 dan T4 terhasil dari kelenjar tiroid. Secara ringkasnya, kelenjar tiroid dirangsang oleh hormon TSH untuk mengeluarkan T3 dan T4. Kelenjar yang bertanggungjawab di dalam rembesan hormon TSH pula adalah kelenjar pituitari yang berada di dalam otak kita.  Hormon T3 dan T4 yang tidak cukup untuk mengawal kestabilan metabolisme badan mengakibatkan kegemukan. Simptom ini di panggil Hashimoto simptom.


Apabila kita merawat pesakit Hypothyroidisme, banyak perkara yang perlu pengamal perubatan Homeopathy ambil kira di dalam memberikan preskripsi ubat kepada pesakit mereka. Ubat Homeopathy yang diberikan kepada pesakit secara amnya adalah amat berbeza antara satu sama lain. Ini kerana selain dari mengambil kira simptom penyakit yang ditunjukkan pada diri pesakit, pengamal perubatan Homeopathy juga perlu menilai pesakit mereka dari segi :

#1 perkara yang pesakit suka dan tidak suka
#2 keadaan fizikal dan mental pesakit
#3 reaksi pesakit terhadap suhu (tinggi , rendah)
#4 sejarah kesihatan keluarga
#5 paten tidur
#6 mimpi pesakit
#7 keadaan dahaga      dan lain-lain.


Untuk melengkapkan satu-satu rawatan, segala simptom-simptom (symptomatology) pesakit perlu di ambil kira dengan terperinci.
Homeopathy percaya rawatan ini boleh merawat pesakit dengan holistik dan efektif. Pesakit hanya perlu ke pusat rawatan yang berhampiran dan bertemu dengan pengamal perubatan Homeopathy bertauliah dan berpengalaman luas.

Tiada yang lebih berharga selain dari kehidupan yang sihat walafiat.

#KPHCheras #iamhealthy #homeopathyobesity


Tuesday 10 November 2015

TEMUJANJI PAKAR


Jangan lepaskan peluang anda untuk temujanji pakar perubatan Homeopathy kami pada Selasa, 17 November 2015 dari pukul 5:00 ptg hingga 10:00 malam.

Anda boleh tanyakan pelbagai kemusykilan yang lebih terperinci mengenai tahap kesihatan anda atau apa-apa sahaja persoalan berkenaan kesihatan sama ada penggunaan vaksin, tempoh rawatan, keberkesanaan ubat, dan sebagainya.

Untuk pesakit - pesakit yang sedang menerima rawatan, anda juga digalakkan berjumpa beliau untuk sesi konsultasi yang lebih efektif. Dapatkan jadual temujanji anda di kaunter pusat rawatan kami (Cheras).



Monday 9 November 2015

TERBUKTI HOMEOPATHY MAMPU MERAWAT KEGEMUKAN


Apabila kita hidup, haruslah hidup dengan sihat. Jika badan tidak sihat, boleh membawa kepada perasaan yang tidak sihat, begitu juga sebaliknya.

Jika diberi pilihan di dalam mencapai cita-cita menjadi sihat sepanjang hidup ini, apakah pilihan anda untuk mencapai matlamat itu?
Obesiti, adalah salah satu tanda bahawa badan mempunyai simptom terhadap ketidaksatabilan badan, tidak kiralah ia mungkin disebabkan faktor hormon, genetik dan sebagainya. Manusia sihat memiliki berat badan yang ideal, tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus, sedang-sedang. Obesiti ibarat tiket mudah untuk menghidapi penyakit-penyakit lain. Di dalam membina badan yang sihat tanpa obesiti, anda memiliki pilihan untuk menguruskan berat badan tersebut, sama ada, dengan melakukan senaman intensif, pengaturan diet makanan seimbang, pemakanan makanan tambahan untuk kurangkan berat badan, pergi ke pusat kelangsingan untuk rawatan, minum jus-jus tertentu ATAU amalkan makan ubat Homeopathy sahaja (tiada campuran metod dengan jus-jus atau pemakanan lain).

Daripada kajian yang dilakukan oleh Seyedaghanoor Sadeghi M.D., Hom., seorang doktor perubatan di Iran yang mengamalkan rawatan Homeopathy, beliau membuktikan bahawa dengan mengambil ubat -ubatan Homeopathy sahaja mampu menurunkan berat badan.

Secara ringkasnya, beliau menjalankan kajian ke atas seorang jurutera muda berusia 27 tahun. Pemuda tersebut memiliki ketinggian 1.84 cm dan berat 140kg. Pemuda ini mengamalkan diet yang tidak sihat semenjak dari kecil, beliau juga memiliki kolesterol. Di antara simptom lain yang dimiliki pemuda tersebut adalah kurang keyakinan diri, ejakulasi awal, terlalu dalam bekerja, keletihan yang kronik dan, sakit kaki apabila menaiki tangga.

Rawatan yang diberikan kepadanya adalah bersifat holistik, disamping merawat permasalahan berat badannya, Homeopathy juga merawat emosinya yang tidak berkeyakinan itu serta masalah emosi yang lain. Rawatan ini dijalankan untuk beberapa bulan sehingga pemuda tersebut mendapat berat badan yang ideal bagi dirinya. Berat badan beliau mencecah 105.8 kg, iaitu berat badan optimum untuk dirinya.

Untuk kesimpulannya, beliau menyatakan beberapa siri ubat Homeopathy ditukar untuk sekelian kali bagi merawat setiap simptom yang muncul dan berubah. Di antara remedi yang diberikan kepada pemuda tersebut adalah Calcarea Carbonica 30c, Lachesis mutus, dan Phosphorus.

Rujukan : hpathy.com
asal : http://bit.ly/1kEUGR2

Thursday 5 November 2015

TRIVIA : FAKTA AJAIB BERKAITAN BADAN - SEL DARAH MERAH


Subhanallah.


 1. Purata sel darah merah manusia boleh hidup dalam jangkamasa 120 hari.

2. Terdapat 2.5 trillion sel darah merah di dalam badan kita sekarang ini. Untuk mendapatkan jumlah sebanyak itu, tulang sum-sum (bone marrow) kita perlu menghasilkan sebanyak 2.0 atau 0.5 juta sel dalam setiap saat. Ibarat populasi bandar Toronto.

‪#‎KPHCheras‬
‪#‎iamhealthy‬
#‎healthybyhomeopathy‬

Kredit imej : Bing
Kredit rujukan : medindia 

CARA MUDAH UNTUK KURUS DENGAN GERAKAN YANG MUDAH-MUDAH

Gerak hati di dalam istilah Inggeris adalah common sense. Program untuk menguruskan badan ini cuma perlukan sedikit detikan gerak hati atau gerak rasa diri, dan diet yang sihat. Dengan mengamalkan pemikiran yang bijak dan dengan motivasi diri yang kuat, anda boleh menurunkan berat badan. Kami kongsikan caranya, amalkan dan semoga anda berjaya.

1. Makanlah dengan perlahan.

Kajian menunjukkan bahawa, makan dengan perlahan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan akan menyekat pemakanan berlebihan. Kunyahlah dengan banyak sehingga hampir hancur makanan di dalam mulut. Nikmati makanan dengan menghidu keenakan bau makanan, serta ambil masa untuk mengunyahnya. Pengamal mikrobiotik menasihatkan untuk kunyah makanan 30 kali bagi membenarkan enzim di dalam air liur memulakan proses penghadaman.

2. Berhenti makan sebelum kenyang

Nabi Muhammad (bacalah selawat ke atas nabi) menyarankan untuk umat manusia makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Perut memerlukan masa 20 minit untuk memberitahu otak bahawa "manusia ini sudah kenyang".

3. Jangan melangkau waktu makan

Apabila sedang menurunkan berat badan, pastikan keseimbangan paras gula dalam badan bagi mengatasi kelaparan. Apabila ada kelaparan, ianya akan menyebabkan anda ketagihan atau mengidam kepada makanan.

4. Timbang badan seminggu sekali sahaja

Janganlah kita menjadi hamba kepada penimbang berat badan, setiap hari mahu timbang, melihat berat badan. Ianya cukup anda timbang 1 kali setiap minggu.

Penurunan berat badan adalah satu proses yang panjang, bacaan timbang setelah seminggu itu sudah boleh menunjukkan perkembangan ideal bagi penurunan berat badan anda. Anda mungkin kecewa jika mendapati penurunan anda tidak mencapai berat yang diidamkan.


5. Gunakan pinggan bersaiz kecil
Perasaankah and, jika di restoran-restoran terkemuka menyediakan hidangan di atas pinggan putih yang besar. Hidangan kelihatan cantik dan menarik di atas pinggan putih besar yang di dekorasi. Kuantiti makanan sedikit di atas pinggan besar yang di dekorasikan, dari sudut psikologi mereka merasakan seperti makanan tidak cukup bagi dirinya.

Jika di rumah, hidangkan makanan anda di pinggan bersaiz kecil beserta dekorasi ringkas, menjadikan kita cepat kenyang.


6. Kurangkan pengambilan alkohol.


Untuk muslimin semua, ini tidak menjadi masalah. Bagi mereka yang mengamalkan pengambilan alkohol, ia memang tidak memiliki kalori tetapi pengurangan pengambilannya adalah langkah cemerlang menurunkan berat badan.

7. Makan makanan yang memiliki sumber fiber yang tinggi

Pengamal diet sihat, makanan berfiber tinggi adalah sahabat karibnya kerana ia bertindak sebagai karbohidrat kompleks yang menbebaskan tenaga secara perlahan dan anda akan sentiasa rasa kenyang dalam jangka masa panjang. Bubur dan mufin rendah lemak sebagai contoh penambah tenaga. Kandungan fiber yang tinggi dapat membantu dari segi penghadaman juga.

8. Kekal hidrat

Jika boleh, minum 6 ke 8 gelas air putih biasa atau minuman lain. Minum air dalam kuantitii yang banyak sangat penting untuk fungsi badan sihat dan menjadikan anda kenyang. Semasa menghampiri waktu makan tengahari dan anda sudah  mula lapar, cuba ini, minum satu gelas besar air masak/putih, dan perhatikan adakah anda masih lapar lagi?

9. Elak godaan

Eh, godaan? Godaan snek-snek dan gula-gula. Gantikan ianya dengan buah-buahan dan kekacang. Letakkan snek-snek, gula-gula dan makanan segera terselindung dari pandangan mata, harap-harapnnya, kita terlupa tentang snek itu.

Kita boleh sahaja untuk makan snek, gula-gula atau cokelat, tetapi kawallah pengambilannya. Makan snek memang melazatkan, had pengambilannya, dengan hanya masukkan sedikit sahaja di dalam bekas kemudian selebihnya simpan. Beritahu hati, hari ini saya hanya mahu makan 2 biji gula-gula sahaja. Cuba, keraskan hati, (",)

 
10. Senaman.

Sedar atau tidak, mana-mana tips yang diberikan senaman adalah sesuatu yang sentiasa diulang-ulang.  Hendak atau tidak, memang ia penting sebagai senjata penurunan berat badan. Senaman paling mudah, berjalan di dalam rumah untuk 10 kali pusing x 100 langkah = 1000 langkah untuk 1 hari, bayangkan jika anda lakukan 10 hari, 10,000 langkah. Mudahkan? tak perlu ke gim, anda boleh lakukan dengan berbaju tidur sekalipun. Saranan untuk menjadi sihat anda memerlukan 10, 000 langkah setiap hari. Tidak mengapa kita mulakan dengan 1,000 langkah sehari.

Anda perlu tahu berat badan yang bagaimana ingin anda capai? Adakah sesuai dengan BMI anda? Adakah saya mahu "tone up" badan saya sahaja? Adakah saya mahu kurus kering? Adakah saya mahu kurus sedikit sahaja, sekadar turun 2,3,5 kg?

Pilihan di tangan anda, walaubagaimanapun, anda perlu jadi orang yang sihat dan slim. Tidak mengapa jika, badan agak berisi tetapi tidak mengalami keletihan melampau, sakit lutut, masih kuat dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian, masih dapat membuang air besar dan kecil dengan baik.

Hargai diri anda untuk menjadi lebih sihat dan sihat sampai bila-bila.

#KPHCheras
#iamhealthy
#obesity
#homeopathy

Kredit gambar : Bing
Kredit rujukan : webmd.boots








Wednesday 4 November 2015

Jerebu

Jerebu hanyut dengan titisan hujan.
----------------------------------------------------------------------------------------
Rasa nyaman. Kabus pemandangan sudah hilang. Hujan membasahi bumi, melenyapkan debu tebal. Lega rasanya bernafas di bumi ini. Syukur kepada yang Maha Kuasa mencurahkan hujan rahmat.



 
#‎KPHCheras‬
‪#‎iamhealthy‬
‪#‎healthybyhomeopathy‬


Kredit gambar : Thank you, Bing !

KOBIS BOLEH TURUNKAN BERAT BADAN?

Biar betul kobis boleh turunkan berat badan???  Ya, itulah yang di dapati apabila kajian diet ke atas kobis. Bukan itu sahaja, ada pelbagai manfaat yang boleh kita semua perolehi apabila makan sayur kobis ini.
1. Kaitan kobis dengan berat badan

Apabila kobis dijadikan sup kobis sebagai diet pemakanan sehari-hari, ianya dapat menyumbang kepada penurunan berat badan. Anda hanya perlu makan sup kobis ini selama seminggu dan lihat hasilnya. Makan sup ini sahaja, ya, tiada sup kambing, sup ayam dan lain-lain makanan. Ini kerana diet sup kobis dapat membataskan kalori, cara paling mudah dan efektif untuk menurunkan berat badan.
Tetapi...pastikan anda tidak mengambil sup kobis ini lebih dari 1 minggu kerana secara keseluruhannya ia tidak mempunyai nutrisi yang lengkap. Walaupun kobis tidak melakukan proses pembakaran lemak badan, tetapi ianya masih relevan untuk mendapatkan badan yang slim. Kobis adalah sayuran rendah kalori dan tinggi kandungan fibernya. Diet fiber, sangat bermanfaat untuk mengawal nafsu makan dan menstabilkan paras gula dalam darah.

Manfaat lain daripada pemakanan sayur kobis adalah:

2. Jus kobis untuk ulser

Selain ia boleh dimakan begitu sahaja, kobis boleh dijadikan jus minuman. Di dalam satu kajian tahun 1949, jus kobis sangat membantu di dalam masalah ulser peptic. Purata penyembuhan enam orang pesakit yang diberi minuman jus ini hanya selama 7.3 hari, berbanding dengan pesakit yang diberikan rawatan secara terapi standard mengambil masa 42 hari. Kobis memiliki komponen anti ulser, yang dipanggil "Vitamin U", yang kemudiannya di kenali sebagai glutamine. Glutamin ada sejenis asid amino yang berfungsi di dalam pertumbuhan garisan sel di dalam saluran pencernaan.


3. Baik untuk kesihatan otak

Sumber vitamin K dari kobis, sangat bermanfaat untuk metabolisme sphingolipids. Sphingolipids adalah kelas lipid/lemak yang yang berkepekatan tinggi pada membran sel otak. Pengubahsuaian terhadap metabolisme sphingolipids ada kena mengena dengan penyakit berkaitan kemerosotan penghasilah neuron, contohnya Alzheimer's.

Kobis juga sumber terbaik untuk vitamin B, yang berfungsi di dalam melambatkan pengecutan otak dengan mengurangkan homocystein. Peningkatan paras homocystein dalam otak adalah faktor risiko terjadinya ketidakseimbangan kognitif dan dementia (pelupa).

4. Manfaat kepada tulang

Pengambilan kobis di dalam diet pemakanan menyumbangkan kepada kesihatan tulang, disebabkan kobis memiliki sumber kalsium, magnesium dan potassium. Pembentukan tulang yang sihat memerlukan penyaluran nutrien secara konsisten. Nutrien -nutrien ini jika ianya tidak mencukupi, boleh meningkatkan risiko osteoporosis. 

Masih ingat vitamin K untuk otak?. Vitamin ini juga membantu di dalam pengubahsuaian matrik protein tulang, yang boleh mengurangkan risiko keretakan tulang pinggul.

5. Melawan kanser

Kobis kaya dengan phythochemical yang dikenali sebagai glucosinolates. Glucosinolates melindungi dari kanser.

Kobis kaya dengan kompaun anti kanser seperti sulforaphane,isothiocynates, dan indole3-carbinole(I3C). Pengambilan sayur kobis akan mengurangkan kanser berkaitan peparu, usus, payu dara dan serviks. Sudah ada kajian menunjukkan bahawa, keluarga yang mengamalkan pemakanan sayur kobis yang banyak menunjukkan kadar kanser yang rendah.


6. Memiliki hati yang sihat

Disebabkan kandungan indole3-carbinole(I3C), kobis dapat membantu di dalam proses detokssifikasi oleh hati.Detoksifikasi di dalam menyahkan hormon dan bahan kimia merbahaya di dalam badan.

7.  Stabilkan tekanan darah tinggi.

Potassium berfungsi di dalam mengawal tekanan darah. Potassium tidak bertindak seperti adalah vasodilator, yang meredakan kesan negatif sodium di dalam tekanan darah.

8. Mata yang sihat.

Kobis, terutamanya kobis merah, kaya dengan anti oksidan beta carotene. Beta carotene akan bertukar menjadi vitamin A (retinol) di dalam badan. Vitamin A berfungsi di dalam penglihatan. Pengurangan kadar vitamin A di dalam badan, boleh mengakibatkan rabun di waktu malam, mata kering dan kekaburan kornea mata.


9. Kulit menjadi lebih sihat.

Vitamin A (retinol) penting untuk nutrien kulit yang bertindak sebagai anti oksidan yang melawan radikal bebas, mengelakkan kedutan dan kekenduran kulit.

Kurangnya vitamin A akan menyebabkan kulit menjadi kasar dan kering. Begitu juga dengan vitamin C yang membantu di dalam keanjalan kulit kerana kandungan sintesis kolagen.

10. Kolestrol dan kobis.

Fiber yang boleh larut di dalam kobis membantu mengurangkan kadar kolesterol. Pengambilan 10 - 25 gram fiber boleh larut setiap hari membantu di dalam penurunan kadar kolesterol.


Sayuran ajaib yang berada di dalam keluarga sayur Brassicacea ini memiliki khazanah kesihatan yang sangat banyak manfaatnya. Saudara mara yang berkaitan dengan keluarga sayur jenis ini adalah seperti sayur brokoli, kobis bunga , dan lain-lain. Ada terdapat lebih 400 jenis kobis kesemuanya. Ianya dijumpai sekitar eropah pada 1000 BC (before century).

Semoga anda mendapat keajaiban di dalam kesihatan anda.

 
Kredit kepada sumber : aboutnutritionfacts.com


Tuesday 3 November 2015

TIROID DAN GEMUK, SATU SOLUSI SAHAJA, IAITU HOMEOPATHY

Rawatan Homeopathy boleh merangsang antibodi untuk mengurangkan berat badan bagi sesetengah orang. Eh, kenapa sesetengah orang pula? Penjelasannya begini, sistem rawatan ini memerlukan komitmen yang tinggi bagi memastikan ianya berjalan seperti yang dirancang, jika bagi sesetengah orang, mereka tidak mampu mengikuti jadual rawatan intensif, rawatan tidak dapat berjalan dengan sempurna, dan ia menganggu proses pemulihan serta membantutkan penurunan berat badan secara semulajadi.

Ubat Homeopathy yang disediakan kepada individu yang mengalami masalah berat badan ini, dipantau secara teliti bagi memastikan simptom-simptom yang terhasil dari punca utama kegemukan itu diatasi, contohnya kegemukan berpunca dari masalah tiroid. Ini bersamaan dengan konsep rawatan Homeopathy, yang merawat simptom penyakit yang serupa dengan simptom penyakit asal, Simillia Simmillibus Currentur, cure likes cure. Dengan merangsang tenaga hayat penyembuhan yang memang wujud secara semulajadi di dalam badan pesakit, ubat Homeopathy membenarkan badan sembuh dengan sendiri.

Ubat Homeopathy kaya dengan sumber-sumber khazanah alam yang boleh digunakan sebagai salah satu preskripsi ubat menyelesaikan masalah obesiti ini. Selain dari Calcarea Carbonate/Calcarea Carbonica, Graphites, Pulsatilla Nigricans seperti posting sebelum ini, ada beberapa jenis ubat Homeopathy lain yang boleh digunakan juga. Hari ini kami kongsikan ubat-ubat Homeopathy lain:

1. Fucus Vesicelosus


Berdasarkan di dalam "Materia Medica of Homeopathic Medicines", sejenis rumpai laut, yang boleh merawat ketidakseimbangan kelenjar tiroid dan membantu mengurangkan berat badan. Fucus ini kaya dengan nilai iodin. Sebagai ubat Homoepathy yang telah dilarutkan (dilute), kandungan iodin itu tidak penting, akan tetapi remedi yang telah potentais ini boleh merangsang penghasilan hormon tiroid dengan kadar yang sesuai dengan pesakit tersebut. 

Apabila kadar hormon tiroid sudah berada di paras yang sempurna, metabolisma badan akan bertindak dengan sejajar dengan pengeluaran hormon itu. Dapatkan nasihat pengamal perubatan Homeopathy yang bertauliah, jika anda mahu menggunakan ubat Homeopathy ini.

2. Iodum

 Ianya adalah iodin, yang sangat berguna untuk mengawal berat badan yang mengalami masalah tiroid, terutamanya, hyperthyroidism. Iodin ini bukanlah yang asalnya, untuk dijadikan ubat ia perlulah melalui proses potentisation, iodin sudah dilarutkan sehingga 1000 kali mungkin, tidak perlu risau tentang itu. Iodum, sesuai untuk mereka yang berpesonaliti cepat marah, gementar dan gugup. 

Ubat Homeopathy ini merangsang kelenjar tiroid menjalankan fungsinya dengan baik. Dapatkan nasihat pengamal perubatan Homeopathy yang bertauliah, jika anda mahu menggunakan ubat Homeopathy ini.

3. Antomonium Crudum


 Merujuk Holistic Online, boleh membantu di dalam meningkatkan kadar metabolisma badan dan memperbaiki sistem perkumuhan. Remedi ini dapat digunakan apabila terdapat simpton yang timbul kepada mereka yang mengalami penghadaman dan proses penyerapan yang perlahan. Simptom yang tersebut itu, sama terjadi terhadap mereka yang mengalami kadar metabolisme yang rendah. Jika mereka ini memiliki masalah penghadaman diiringi kekerapan sendawa, kembung perut atau memiliki lidah yang diselaputi warna putih yang tebal, sesuai dengan remedi ini. 

Walaubagaimanapun, dapatkan nasihat pengamal perubatan Homeopathy yang bertauliah, jika anda mahu menggunakan ubat Homeopathy ini.


4. Kali Carbonicum


Jika anda mengalami masalah berat badan, dalam masa yang sama anda sering mengalami kesejukan serta sakit belakang yang kronik. Ubat Homeopathy ini boleh membantu di dalam masalah ini metabolisme rendah ini. Mereka ini mungkin mengalami sembelit yang serius, masalah penghadaman, sendawa dan rasa masam pada mulut, demikian yang ditulis oleh pengamal perubatan Homeopathy Roger Morrison di dalam "Desktop Guide."  

Bukan setakat itu, pesakit juga mengalami jangkitan yang kronik akibat bronchitis atau sinusitis, maka ubat Homeopathy ini amat diperlukan oleh mereka.

Kredit gambar : Bing

#KPHCheras
#obesity
#iamhealthy
#homeopathyway

Monday 2 November 2015

HOMEOPATHY DAN OBESITI



Mampukah Homeopathy menyediakan rawatan untuk mengatasi masalah obesiti atau kegemukan? Jawapannya, mampu.

Ubat-ubat Homeopathy untuk merawat kegemukan terdiri dari pelbagai formulasi dan potensi remedi. Ianya mengikut kesesuaian pesakit. Ubat yang diberikan kepada pesakit-pesakit mungkin tidak sama kandungan dan potensinya. Walaupun target utama rawatan adalah untuk masalah kegemukan. Contohnya, pesakit A mengalami masalah obesiti, beliau memiliki beberapa jenis penyakit lain Personaliti pesakit adalah seorang pendiam, sukakan perkara berkaitan seni kreatif, maka ubat obesiti diberikan mengikut faktor-faktor tersebut. Berbeza formulasi ubat untuk pesakit B yang juga mengalami masalah obesiti kerana beliau merupakan seorang yang bebas dari sebarang penyakit kronik, berpersonaliti periang tetapi agak kelam kabut.  Untuk rawatan yang lebih intensif, adalah lebih baik pesakit datang ke pusat rawatan Homeopathy bertauliah berdekatan dengan pesakit bagi mendapatkan maklumat ubat yang sesuai dengan permasalahan gemuk mereka.

Masalah ter"lebih" timbangan ini menjadi perkara serius apabila hampir 2/3 populasi penduduk di United States mengalami masalah berat badan, mengikut yang dilaporkan National Institutes of Health, NIH. NIH menasihatkan untuk mengamalkan diet rendah kalori, lakukan banyak senaman, dan amalan hidup sihat. Ada juga di antara masyarakat beralih ke arah sistem rawatan Homeopathy yang lebih mementingkan asas kepada merawat simptom utama yang menyebabkan kegemukan. 

Diantara remedi Homeopathy yang biasa dijadikan ubat untuk merawat masalah obesiti adalah seperti berikut:

1.Calcarea Carbonate

Remedi ini terhasil dari cengkerang tiram. Menurut Beneforce, mother tincture (pati ubat asli) di dapati dengan mengasingkan lapisan paling dalam cengkerang yang dipanggil mother-of-pearl/nacre dengan lapisan -lapisan cengkerang untuk dikisar atau dihancurkan bersama laktos. Proses ini dipanggil trituration di dalam Homeopathy.  Kemudian, mother tincture ini akan di larutkan melalui beberapa siri penggoncangan (succussion) sehingga kepada potensi remedi yang sesuai. Di dalam hpathy.com menyenaraikan remedi ini berpotensi di dalam mengurangkan lemak dalam badan.  

Hpathy.com menyatakan bahawa mereka yang memiliki warna kulit agak cerah (fair-complexion) dan senang menghidap selsema , sesuai dengan remedi ini. Manakala di Beneforce menjelaskan bahawa pesakit yang mempunyai personaliti pemalu, lemah, tidak berdaya, letih, lembab boleh memanfaatkan remedi ini.

2. Graphites

Grafit (Graphite - english term) adalah dari sumber karbon. Herbs 2000 menyarankan ianya amat sesuai untuk ketidakstabilan metabolisme badan seperti masalah berat badan ini akibat penyerapan nutrien kedalam badan yang tidak efektif. Grafit sesuai diberikan kepada pesakit yang berpersonaliti pendiam, lembut dan menyenangkan. 


3. Pulsatilla Nigricans


Remedi yang seterusnya ini diperolehi dari rumput anemone (sejenis tumbuhan dengan bunga putih, merah dan ungu). Ianya sangat sesuai dipreskripsikan untuk pesakit yang lemah lembut dan senang di bawa berbincang. 

Anda diluar sana boleh dapatkan remedi-remedi di atas di kaunter-kaunter ubat Homeopathy yang bertauliah. Dapatkan deskripsi ubat dan tanyakan kepada pusat rawatan Homeopathy berhampiran anda. Cuma potensi yang sesuai untuk remedi itu, perlu dapatkan sedikit pandangan para pengamal Homeopathy bertauliah.

Sungguhpun, ubat-ubat Homeopathy tidak mempunyai sebarang kesan sampingan dan komplikasi, anda perlu mendapatkan pandangan dari pengamal-pengamal Homeopathy. Ini dapat membantu proses rawatan anda dengan lebih lancar dan teratur.

Rumusan ubat Homeopathy di pusat rawatan kami memiliki formulasi tersendiri untuk merawat masalah obesiti ini. Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian 03 9081 3825 (KPH, cawangan Cheras).

#KPHCheras
#Obesiti
#iamhealthy


Sunday 1 November 2015

OBESITI, APA PUNCANYA?

OBESITI..ooh obes.
 
Obes atau gemuk, status yang mengerikan bagi sesetengah manusia. Kadang-kadang status obes sudah biasa dan seolah-olah ianya seperti tidak dipedulikan, ini terbukti apabila statistik obesiti dikalangan masyarakat Malaysia semakin tinggi. Ianya dijangka meningkat apabila negara mahu mensasarkan sebagai negara berpendapatan tinggi.
 
Apa itu obesiti? Obesiti adalah individu itu memiliki paras lemak badan yang tidak sihat. "Overweight" bermaksud individu itu memiliki berat badan yang berlebihan daripada paras berat badan yang boleh diterima. Kayu ukur yang biasa digunakan di dalam mengukur kesesuaian berat badan seseorang adalah dengan menggunakan BMI, Body Mass Index. BMI mengukur berat badan berdasarkan ketinggian individu itu. Apabila menggunakan kaedah ukuran ini, seseorang boleh dikatakan memiliki berat badan walaupun tidak memiliki lemak yang berlebihan, contohnya atlet sukan, memiliki otot-otot yang kental walaupun tidak memiliki lemak badan yang lebih.

BAGAIMANAKAN SENARIO OBESITI TERJADI?
 
Terdapat dua senario lemak-lemak ini terbentuk di dalam badan.
 
1. Obesiti yang dibentuk/dibina (developmental obesity)
Sedar atau tidak, kejadian obesiti boleh terbentuk sejak dari usia kanak-kanak lagi, dan secara berterusan sehingga dewasa. Asas pembentukan obesiti sudah boleh berlaku seawal usia empat tahun. Pembentukan sel menjadi tepu bersama dengan lemak, semakin meningkat dewasa, pengumpulan  lemak-lemak badan ini akan bertambah.

2. Obesiti yang terbentuk berpunca dari reaksi (reactionary obesity)
Pembentukan lemak jenis ini terjadi dari keadaan di mana pernah berlakunya suatu jangka masa stress ketika zaman kanak-kanak mereka. Pada ketika itu, kanak-kanak ini makan dengan berlebihan, atau makan makanan tidak berkhasiat menyebabkan berat badan mereka naik. Walaubagaimanapun , keadan stress ini berlaku sekejap-sekejap sahaja, akibatnya berat badan turun naik dengan tidak teratur.

PENYEBAB OBESITI
 
1. Diet 
2. Aktiviti fizikal
3. Pendedahan kepada persekitaran
4. Genetik


TANDA-TANDA OBESITI

Tanda paling mudah, 
1. Lihat di cermin dan berkata-kata di dalam hati "eh, badan aku macam naik lagi je, muka macam tembam, leher dah berlipat-lipat , dagu dah ada dua bila pakai tudung ni," macam-macam lagi omelannya. Jika ini berlaku, pastinya berat badan anda sudah terlebih dari sepatutnya.
2. Bila mengenakan pakaian, sudah terasa ketat dari biasa.

Tanda-tanda di atas adalah tanda-tanda yang difikirkan sendiri penulis. 

Akan tetapi tidak semestinya, terlebih berat badan berhubung kait dengan obesiti. Sebenarnya obesiti ini adalah satu simptom kepada beberapa risiko kesihatan yang lain.
 
Diantaranya simptom obesiti pada jangka masa panjang adalah, 
 
1. penyakit pulmonari
2. gangguan kesihatan tulang dan sendi
3. peningkatan kolesterol berpunca dari gangguan di bahagian hempedu
4. masalah psikologi kegemukan
5. darah tinggi
6. kencing manis (jenis II)
7. dan lain-lain.
 
KEADAAN YANG MENYEBABKAN OBESITI TERJADI

Periksalah tahap kesihatan lebih awal untuk mengelakkan dari terlewat menerima rawatan sewajarnya. Situasi dibawah boleh menyebabkan kegemukan yang tidak disedari oleh kita.
 
1. Hypothyroidism
2. Ketagihan arak
3. Kemurungan
4. Sakit kronik
5. Gangguan tidur (sleep apnea)
6. Kurang bergerak (Immobility)
7. Ibu berlapar ketika mengandung mengakibatkan bayi gemuk
8. Cushing syndrome
9. Sindrom keletihan melampau
10. Bardet-beidi syndrome
11. Prader-willi syndrome

Sumber rujukan : hpathy.com

#KPHCheras
#homeopathy
#iamhealthy