Thursday 5 November 2015

CARA MUDAH UNTUK KURUS DENGAN GERAKAN YANG MUDAH-MUDAH

Gerak hati di dalam istilah Inggeris adalah common sense. Program untuk menguruskan badan ini cuma perlukan sedikit detikan gerak hati atau gerak rasa diri, dan diet yang sihat. Dengan mengamalkan pemikiran yang bijak dan dengan motivasi diri yang kuat, anda boleh menurunkan berat badan. Kami kongsikan caranya, amalkan dan semoga anda berjaya.

1. Makanlah dengan perlahan.

Kajian menunjukkan bahawa, makan dengan perlahan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan akan menyekat pemakanan berlebihan. Kunyahlah dengan banyak sehingga hampir hancur makanan di dalam mulut. Nikmati makanan dengan menghidu keenakan bau makanan, serta ambil masa untuk mengunyahnya. Pengamal mikrobiotik menasihatkan untuk kunyah makanan 30 kali bagi membenarkan enzim di dalam air liur memulakan proses penghadaman.

2. Berhenti makan sebelum kenyang

Nabi Muhammad (bacalah selawat ke atas nabi) menyarankan untuk umat manusia makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Perut memerlukan masa 20 minit untuk memberitahu otak bahawa "manusia ini sudah kenyang".

3. Jangan melangkau waktu makan

Apabila sedang menurunkan berat badan, pastikan keseimbangan paras gula dalam badan bagi mengatasi kelaparan. Apabila ada kelaparan, ianya akan menyebabkan anda ketagihan atau mengidam kepada makanan.

4. Timbang badan seminggu sekali sahaja

Janganlah kita menjadi hamba kepada penimbang berat badan, setiap hari mahu timbang, melihat berat badan. Ianya cukup anda timbang 1 kali setiap minggu.

Penurunan berat badan adalah satu proses yang panjang, bacaan timbang setelah seminggu itu sudah boleh menunjukkan perkembangan ideal bagi penurunan berat badan anda. Anda mungkin kecewa jika mendapati penurunan anda tidak mencapai berat yang diidamkan.


5. Gunakan pinggan bersaiz kecil
Perasaankah and, jika di restoran-restoran terkemuka menyediakan hidangan di atas pinggan putih yang besar. Hidangan kelihatan cantik dan menarik di atas pinggan putih besar yang di dekorasi. Kuantiti makanan sedikit di atas pinggan besar yang di dekorasikan, dari sudut psikologi mereka merasakan seperti makanan tidak cukup bagi dirinya.

Jika di rumah, hidangkan makanan anda di pinggan bersaiz kecil beserta dekorasi ringkas, menjadikan kita cepat kenyang.


6. Kurangkan pengambilan alkohol.


Untuk muslimin semua, ini tidak menjadi masalah. Bagi mereka yang mengamalkan pengambilan alkohol, ia memang tidak memiliki kalori tetapi pengurangan pengambilannya adalah langkah cemerlang menurunkan berat badan.

7. Makan makanan yang memiliki sumber fiber yang tinggi

Pengamal diet sihat, makanan berfiber tinggi adalah sahabat karibnya kerana ia bertindak sebagai karbohidrat kompleks yang menbebaskan tenaga secara perlahan dan anda akan sentiasa rasa kenyang dalam jangka masa panjang. Bubur dan mufin rendah lemak sebagai contoh penambah tenaga. Kandungan fiber yang tinggi dapat membantu dari segi penghadaman juga.

8. Kekal hidrat

Jika boleh, minum 6 ke 8 gelas air putih biasa atau minuman lain. Minum air dalam kuantitii yang banyak sangat penting untuk fungsi badan sihat dan menjadikan anda kenyang. Semasa menghampiri waktu makan tengahari dan anda sudah  mula lapar, cuba ini, minum satu gelas besar air masak/putih, dan perhatikan adakah anda masih lapar lagi?

9. Elak godaan

Eh, godaan? Godaan snek-snek dan gula-gula. Gantikan ianya dengan buah-buahan dan kekacang. Letakkan snek-snek, gula-gula dan makanan segera terselindung dari pandangan mata, harap-harapnnya, kita terlupa tentang snek itu.

Kita boleh sahaja untuk makan snek, gula-gula atau cokelat, tetapi kawallah pengambilannya. Makan snek memang melazatkan, had pengambilannya, dengan hanya masukkan sedikit sahaja di dalam bekas kemudian selebihnya simpan. Beritahu hati, hari ini saya hanya mahu makan 2 biji gula-gula sahaja. Cuba, keraskan hati, (",)

 
10. Senaman.

Sedar atau tidak, mana-mana tips yang diberikan senaman adalah sesuatu yang sentiasa diulang-ulang.  Hendak atau tidak, memang ia penting sebagai senjata penurunan berat badan. Senaman paling mudah, berjalan di dalam rumah untuk 10 kali pusing x 100 langkah = 1000 langkah untuk 1 hari, bayangkan jika anda lakukan 10 hari, 10,000 langkah. Mudahkan? tak perlu ke gim, anda boleh lakukan dengan berbaju tidur sekalipun. Saranan untuk menjadi sihat anda memerlukan 10, 000 langkah setiap hari. Tidak mengapa kita mulakan dengan 1,000 langkah sehari.

Anda perlu tahu berat badan yang bagaimana ingin anda capai? Adakah sesuai dengan BMI anda? Adakah saya mahu "tone up" badan saya sahaja? Adakah saya mahu kurus kering? Adakah saya mahu kurus sedikit sahaja, sekadar turun 2,3,5 kg?

Pilihan di tangan anda, walaubagaimanapun, anda perlu jadi orang yang sihat dan slim. Tidak mengapa jika, badan agak berisi tetapi tidak mengalami keletihan melampau, sakit lutut, masih kuat dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian, masih dapat membuang air besar dan kecil dengan baik.

Hargai diri anda untuk menjadi lebih sihat dan sihat sampai bila-bila.

#KPHCheras
#iamhealthy
#obesity
#homeopathy

Kredit gambar : Bing
Kredit rujukan : webmd.boots








No comments:

Post a Comment