Setiap orang pasti tidak lari dari diserang penyakit sama ada ianya
kronik atau tidak kronik. Jika penyakit yang dihidapi itu tidak kronik,
bersyukurlah kerana masa rawatan adalah pendek dan pesakit cepat sembuh.
Jika penyakit yang dihidapi itu kronik, bertabahlah dengan ujian tuhan,
sesungguhnya Dia juga yang menyembuhkan.
Tuhan
menurunkan penyakit beserta dengan ubatnya, dan yakinlah pasti ada
penawarnya. Di dalam memberikan rawatan kepada pesakit, kami sangat
percaya dan yakin dengan prinsip ini, sememangnya ianya tidak boleh
disangkal. Pasti ada ubatnya, cuma manusia mesti berusaha mencari solusi
kepada penyakitnya. Bukan satu jaminan untuk menyatakan bahawa dengan
Homeopathy semua penyakit boleh sembuh, tetapi ianya satu harapan
merawat dan mungkin juga boleh menyembuhkan. Semua itu hanya dengan izin
tuhan yang Maha Kuasa. Cakap mudah, harapan, sembuh, usaha, tuhan dan
lain-lain, mengapa harus selalu mengaitkan itu semua di dalam rawatan
ini? Fikiran dan tanggapan inilah yang memusnahkan masa hadapan mereka
yang sering mengambil perkara ini remeh temeh. Ini kerana perasaan tidak
percaya dan sangsi memakan diri serta menjadi barah perasaan yang
semakin susah untuk dibuang dari minda. Tidak bercakap tentang sihat
jika tidak berpandukan syariat, kerana Islam menuntut setiap umatnya
menjadi sihat dan kuat. Sedang di dalam Al Quran ada mengkhabarkan,
untuk mencari pekerja, carilah yang kuat dan jujur. Jadi agama sangat
menuntut untuk menjadi sihat dan badan akan kuat.
Homeopathy
mementingkan rawatan yang bebas dari kimia dan racun. Dadah adalah
bahan kimia yang diproses dan ubat Homeopathy tidak mengandungi dadah.
Ubat Homeopathy yang sudah sedia untuk dimakan oleh pesakit telah
melalui "potentization". Satu proses yang berulang kali pencairan
ubatnya sehingga tidak mendapati sebarang zarah berkenaan dengan cairan
asal ubat (mother tincture) tersebut. Sehingga ada mereka diluar sana
sering melabelkan rawatan ini adalah "placebo" sahaja. Tidak perlu
diwujudkan jurnal-jurnal perubatan Homeopathy seperti di
elsevier.com/homeopathy/, homeopathy.org/the-american-homeopath-journal/,
dan lain-lain, jika rawatan ini adalah placebo, kerana ianya suatu
perkara yang membazir masa sahaja, jika ia benar "placebo".
Untuk
mengkhabarkan tentang Homeopathy, adalah menjadi tanggungjawab
ahli-ahlinya mengwar-warkan peranan Homeopathy di dalam merawat pesakit.
Mereka yang berpengalaman luas di dalam bidang Homeopathy, boleh
dilabelkan pakar perubatan Homeopathy, mereka adalah insan-insan yang
telah melalui fasa permulaan yang panjang semasa Homeopathy mula
diperkenalkan di Malaysia. Bintang-bintang Homeopathy ini telah
mengharungi jerih payah menabur bakti untuk merawat pesakit. Lumrah
alam, ada pesakit sembuh dan ada pesakit tidak sembuh, mereka tetap
berkorban sehabisnya untuk menempatkan Homeopathy di Malaysia. Kita
tidak boleh pandang sebelah mata kepada mereka berbanding mereka yang
pakar di dalam bidang perubatan konvensional. Pengalaman mereka merawat
pesakit dengan serba kekurangan di fasa awal telah membuahkan hasil yang
baik di masa sekarang, kerana kerajaan di dalam proses mengiktiraf
badan pengamal perubatan altrenatif ini. Homeopathy bukan komplimentari,
ia adalah sebuah sistem perubatan alternatif, kerana pesakit boleh
memilih secara total, mahukan ubat Allopathy atau ubat Homeopathy tanpa
perlu saling melengkapi.
Mendapatkan
khidmat nasihat secara terus dari pakar perubatan Homeopathy dapat
memberikan gambaran jelas tentang status kesihatan anda serta
mencerahkan suasana selubung kegelisahan tentang penyakit anda. Ayuh,
aturkan temujanji anda untuk setiap hari Selasa bersama kami di
mana-masa pusat rawatan Klinikal Perunding (HOM) Sg. Rengit Sdn Bhd.
Untuk cawangan Cheras, Selangor, hubungi pengurus cawangan di talian +603 9081 3825 untuk jadual temujanji.
No comments:
Post a Comment