Sunday 1 November 2015

OBESITI, APA PUNCANYA?

OBESITI..ooh obes.
 
Obes atau gemuk, status yang mengerikan bagi sesetengah manusia. Kadang-kadang status obes sudah biasa dan seolah-olah ianya seperti tidak dipedulikan, ini terbukti apabila statistik obesiti dikalangan masyarakat Malaysia semakin tinggi. Ianya dijangka meningkat apabila negara mahu mensasarkan sebagai negara berpendapatan tinggi.
 
Apa itu obesiti? Obesiti adalah individu itu memiliki paras lemak badan yang tidak sihat. "Overweight" bermaksud individu itu memiliki berat badan yang berlebihan daripada paras berat badan yang boleh diterima. Kayu ukur yang biasa digunakan di dalam mengukur kesesuaian berat badan seseorang adalah dengan menggunakan BMI, Body Mass Index. BMI mengukur berat badan berdasarkan ketinggian individu itu. Apabila menggunakan kaedah ukuran ini, seseorang boleh dikatakan memiliki berat badan walaupun tidak memiliki lemak yang berlebihan, contohnya atlet sukan, memiliki otot-otot yang kental walaupun tidak memiliki lemak badan yang lebih.

BAGAIMANAKAN SENARIO OBESITI TERJADI?
 
Terdapat dua senario lemak-lemak ini terbentuk di dalam badan.
 
1. Obesiti yang dibentuk/dibina (developmental obesity)
Sedar atau tidak, kejadian obesiti boleh terbentuk sejak dari usia kanak-kanak lagi, dan secara berterusan sehingga dewasa. Asas pembentukan obesiti sudah boleh berlaku seawal usia empat tahun. Pembentukan sel menjadi tepu bersama dengan lemak, semakin meningkat dewasa, pengumpulan  lemak-lemak badan ini akan bertambah.

2. Obesiti yang terbentuk berpunca dari reaksi (reactionary obesity)
Pembentukan lemak jenis ini terjadi dari keadaan di mana pernah berlakunya suatu jangka masa stress ketika zaman kanak-kanak mereka. Pada ketika itu, kanak-kanak ini makan dengan berlebihan, atau makan makanan tidak berkhasiat menyebabkan berat badan mereka naik. Walaubagaimanapun , keadan stress ini berlaku sekejap-sekejap sahaja, akibatnya berat badan turun naik dengan tidak teratur.

PENYEBAB OBESITI
 
1. Diet 
2. Aktiviti fizikal
3. Pendedahan kepada persekitaran
4. Genetik


TANDA-TANDA OBESITI

Tanda paling mudah, 
1. Lihat di cermin dan berkata-kata di dalam hati "eh, badan aku macam naik lagi je, muka macam tembam, leher dah berlipat-lipat , dagu dah ada dua bila pakai tudung ni," macam-macam lagi omelannya. Jika ini berlaku, pastinya berat badan anda sudah terlebih dari sepatutnya.
2. Bila mengenakan pakaian, sudah terasa ketat dari biasa.

Tanda-tanda di atas adalah tanda-tanda yang difikirkan sendiri penulis. 

Akan tetapi tidak semestinya, terlebih berat badan berhubung kait dengan obesiti. Sebenarnya obesiti ini adalah satu simptom kepada beberapa risiko kesihatan yang lain.
 
Diantaranya simptom obesiti pada jangka masa panjang adalah, 
 
1. penyakit pulmonari
2. gangguan kesihatan tulang dan sendi
3. peningkatan kolesterol berpunca dari gangguan di bahagian hempedu
4. masalah psikologi kegemukan
5. darah tinggi
6. kencing manis (jenis II)
7. dan lain-lain.
 
KEADAAN YANG MENYEBABKAN OBESITI TERJADI

Periksalah tahap kesihatan lebih awal untuk mengelakkan dari terlewat menerima rawatan sewajarnya. Situasi dibawah boleh menyebabkan kegemukan yang tidak disedari oleh kita.
 
1. Hypothyroidism
2. Ketagihan arak
3. Kemurungan
4. Sakit kronik
5. Gangguan tidur (sleep apnea)
6. Kurang bergerak (Immobility)
7. Ibu berlapar ketika mengandung mengakibatkan bayi gemuk
8. Cushing syndrome
9. Sindrom keletihan melampau
10. Bardet-beidi syndrome
11. Prader-willi syndrome

Sumber rujukan : hpathy.com

#KPHCheras
#homeopathy
#iamhealthy

No comments:

Post a Comment