Monday 25 April 2016

DUNIA DIABETES DAN HOMEOPATHY


Bagaimanakah caranya Homeopathy memberikan rawatan kepada pesakit Diabetes? Secara amnya, Homeopathy merawat pesakit Diabetes adalah melalui displin pemakanan ubatnya dan juga penjagaan kebersihan luka pesakit secara antiseptik, jika ada. Kami bersependapat dengan India Express menerangkan bagaimana Homoepathy mengaplikasikan rawatan ini kepada pesakit-pesakit Diabetes.

Sesiapa sahaja boleh menghidapi penyakit diabetes jenis II, jika pengamalan gaya hidup yang tidak sihat sudah dipraktiskan dari awal usia lagi. Oleh yang demikian, Homeopathy juga berpendapat, penyakit ini boleh dirawat dengan baik jika pesakit konsisten dan berdisplin menjalani rawatan Homeopathy serta mengamalkan gaya hidup sihat. Pendekatan di mana, jika kadar gula tinggi, ada ubat Homeopathy yang digunakan bagi mengurangkan kadar gula. Selain pendekatan ini, Homeopathy juga boleh mengambil pendekatan pesakit secara menyeluruh dengan memahami diri pesakit dengan lebih terperinci melalui "case taking", memerhati dengan teliti keadaan fizikal dan mental serta mengamati personaliti pesakit dan kemudian itu memilih remedi Homeopathy yang bersesuaian dengan dapatan "case taking" yang dilakukan. Pengamal perubatan Homeopathy ini, perlu membuat keputusan memilih pendekatan yang sesuai kepada pesakit berdasarkan tahap kesihatan secara keseluruhan

Hasil pembacaan kami di Indian Express, terdapat 4 pendekatan di mana Homeopathy dapat merawat pesakit diabetes. 

1. Pengurusan paras gula dalam darah
Di dalam mengawal paras gula dalam darah, ubat-ubat Homeopathy yang biasa digunakan adalah Uranium Nitricum, Phosphoric Acid, Syzygium Jambolanum, Cephalandra Indica dan lain-lain. Senarai nama ubat tadi adalah terdiri dari senarai remedi klasik Homeopathy yang disesuaikan dengan potensi ubat berdasarkan keperluan simptom pesakit dan paras gula pesakit.
Ada di antara penggunaan di dalam rawatan Homeopathy ini, menggunakan kombinasi ubat-ubat Homeopathy kepada pesakit atau kombinasi bersama remedi biokimia seperti Natrium Phos. 3x, Silicea 6x, dan lain-lain.

2. Rawatan secara menyeluruh seorang pesakit.
Rawatan Homeopathy adalah holistik. Apabila pesakit diabetes menerima rawatan diabetesnya, Homeopathy mengambil kira tindak balas rawatan dari segi mental, emosi dan fizikal pesakit. Makanya, pesakit perlu berasa gembira, selesa, tenang dan positif apabila selesai menerima rawatan Homeopathy. Homeopathy sangat mengambil berat isu emosi di dalam rawatan mereka. Tidak bermakna pesakit berasa gembira setelah mendapati paras gula terkawal , mungkin mereka ada menyimpan perasaan sedih kerana risau bahawa penyakitnya tidak dapat sembuh. Homeopathy tidak mahu pesakitnya berasa sedih, malah rawatan Homeopathy mementingkan rasa gembira itu dan paras gula terkawal. Ada juga situasi di mana, paras gula masih belum stabil, tetapi pesakit sudah berasa lega dan gembira serta positif, percaya bahawa dirinya akan sihat. Perasaan ini akan merangsang hormon yang baik di dalam badan serta membantu proses rawatan pesakit.
Homeopathy juga boleh dikenali sebagai "perubatan berdasarkan pengalaman" kerana semua ubat-ubat yang diberikan kepada pesakit telah pun diuji kepada manusia sendiri untuk memastikan bahawa ianya selamat dimakan hatta kepada bayi. 

3. Pendekatan promotif
Pengubahsuaian gaya hidup yang lebih tepat dengan pesakit diabetes. Contohnya adalah dengan : 
+ pengambilan makanan di dalam kuantiti yang sedikit setiap 2- 3 jam selain dari makanan berat pada satu masa tertentu.
+ pengambilan makanan berunsur fiber yang tinggi dan kurang pengambilan makanan berminyak.
+ kekerapan bersenam, sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Gunakan tangga berbanding lif. Jangan duduk terlalu lama pada satu posisi, ambil masa untuk bangun dan berjalan-jalan sebentar

4. Perubatan perlembagaan (Constitutional Medicine)
Hannehman telah menemukan penawar bagi penyakit-penyakit kronik pada zamannya, dan beliau menasihatkan agar menekankan tentang sejarah penyakit pesakit, sejarah perubatan keluarga pesakit, asal usul penyakit supaya dapat memberikan preskripsi ubat yang tepat kepada pesakit diabetets tersebut, inilah "constitutional medicine". Pengamal perubatan Homeopathy perlu memahami keadaan perubahan pesakit di zaman ini yang mungkin mendapat penyakit ini akibat dari cara gaya hidupnya. Penilitian dan pemerhatian ini memerlukan masa dan unik. Ia juga memerlukan kemahiran yang tinggi, ketekunan, ilmu dan pengalaman yang meluas. Ubat yang dipreskripsi secara kaedah ini, adalah baik untuk kesihatan secara keseluruhan, malah mengurangkan paras gula dengan kawalan proses metabolik gula yang terkawal oleh aktiviti tubuh sendiri.


Harapan kami agar anda dapat memahami bahawa rawatan Homeopathy, apabila di bantu dengan aktiviti-aktiviti beriadah, pengambilan diet yang tepat, mampu memberikan rawatan yang baik dan berkesan kepada pesakit-pesakit diabetes.

Sayangi diri kita supaya hidup kita lebih sihat dan bahagia.

.....
Homeopathy cheras
Homeopathy malaysia
.....
May Allah bless you at :
Indian Express

Saturday 23 April 2016

JOHOR, KARNIVAL KITA, !

Kemana lagi hujung minggu ini? Apa kata kita berkunjung ke KARNIVAL JUBLI EMAS SMKTD yang sedang berlangsung bermula Jumaat, 22 April 2016, semalam.

Kami kongsikan di sini aktiviti -aktiviti menarik mereka di sana. Meriah dan ceria suasana mereka meraikan kejayaan jubli emas sekolah bertuah ini.

 Anda juga boleh berkunjung ke sana untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan konsultasi berkenaan kesihatan bersama tim Klinikal Perunding di "booth" kami.

Peminat-peminat motorsikal dan kereta, di sana akan di adakan pameran motor dan kereta. Pameran yang bagaimana? Haaa, itu kena berkunjung ke karnival ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Di sana disediakan juga "Photo Booth". Apakah dia "Photo Booth" ? Di sana anda boleh mengabdikan kenangan 50 tahun SMKTD bersama anda. Sekolah ini banyak berjasa kepada anak bangsa tidak kira lapisan kaum dan masyarakat.  Mungkin peluang bergambar berlatarbelakangkan SMKTD akan berlaku lagi 50 tahun, jubli emas ke 2 pula. Jadi jangan lepaskan peluang bersama karnival jubli emas melakar sejarah.

Sesiapa yang rasanya memiliki bakat terpendam yang ingin dicungkilkan, berani-beranikanlah diri untuk memasuki pertandingan Karaoke SMKTD Terbuka 2016. Siapa yang tahu anda juara dan membawa pulang piala dan hamper.

Tertakluk kepada syarat-syarat penyertaan Karnival Jubli Emas SMKTD.


Tentatif program kami sertakan untuk rujukan anda jika berkesempatan bersama-sama karnival ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak Klinikal Perunding (HOM) Sg. Rengit Sdn Bhd, tim karnival di talian 07 83000 10.

Aktiviti pada hari ini, Sabtu, 23 April 2016 tidak kurang hebatnya. Persembahan kebudayaan yang hebat dari masyarakat kaum Cina dengan Persembahan Kebudayaan Cina mendendangkan paluan gendang Cina. Dekati budaya ini untuk anda fahami masyarakat kedua terbesar negara.

Di sana ada juga persembahan pancaragam dari PULADA (Pusat Latihan Angakatan Tentera Darat). Gemuruhya pancaragam dan rentak seragam penuh displin meraka pasti menghiburkan pengunjung, walaupun cuaca terik mentari.

Pihak Bomba, tidak ketinggalan di dalam mendemontrasikan keberanian mereka memadam kebakaran pada pukul 2.00 sehingga 3.00 petang.

Di susuli pula dengan persembahan pancaragam dari TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) sekitar jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang.

Bagi peminat seni bunyi-bunyian, anda pula akan dihidangkan dengan persembahan angklung, di jangka berlangsung pada jam 4.00 petang dan diakhiri dengan senamrobik.

Semasa anda mengikuti aktivit-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak karnival, booth jualan ada banyak dibuka untuk kunjungan anda, termasuk booth rawatan kami.

Selamat beriadah semua.

.....
homeopathy cheras
homeopathy malaysia





Thursday 21 April 2016

TOKOH PERUBATAN : AL - TABARI

Kami ingin memperkenalkan tokoh perubatan Islam yang telah menabur jasa di dalam dunia perubatan pada hari ini, beliau adalah Abu al - Hasan Ali Bin Sahl Rabban Al - Tabari. Beliau telah dilahirkan sebelum 838 Masehi dari keluarga Yahudi yang dihormati ketika itu. Beliau masyhur dengan gelaran Rabban yang bermaksud pemimpin.

Beliau secara profesionalnya adalah seorang pakar perubatan yang berjaya sebagai penulis kaligraf serta beliau telah mendalami bidang astronomi, falsafah, matematik dan kesusasteraan. Beliau telah menerima pendidikan di dalam bidang Sains Perubatan dan kaligraf daripada ayahnya, Sahl.

Selepas beliau memeluk Islam, beliau digolongkan sebagai saintis Muslim yang berjaya di zamannya. Karya agung beliau adalah Firdous al-Hikmat yang terbahagi kepada 7 bahagian dan merupakan ensiklopedia pertama pada zaman itu yang menggabungkan semua cabang bidang perubatan.


Dr. Mohammed Zubair Siddiqui bertanggungjawab membanding, menyunting semula manuskrip tokoh perubatan ini. Siddiqui menyediakan maklumat berguna mengenai buku dan penulisnya serta menyelitkan banyak perkara berguna seperti nota penjelasan untuk memudahkan pembacaan pembaca.

Apakah tujuh bahagian yang terdapat di dalam ensiklopedia perubatan Al - Tabari ini? Mari kita kupas secara ringkas bahagian-bahagian tersebut.

Bahagian 1 : Kuliyyah -e-Tibb
Menerangkan ideologi kotemporari sains perubatan. Dalam era berkenaan prinsip berkenaan membentuk asas sains perubatan.

Bahagian 2 : Penerangan mengenai organ manusia, rahsia kekal sihat dan beberapa jenis penyakit  otot.

Bahagian 3 : Penerangan berkenaan diet untuk kekal sihat dan mencegah penyakit

Bahagian 4 : Penerangan berkenaan semua penyakit dari hujung rambut hingga hujung kaki yang terdiri dari 12 kertas kerja:
  1. Sebab biasa yang berkaitan kepada sesuatu wabak penyakit
  2. Penyakit berkaitan dengan kepala dan otak
  3. Penyakit berkaitan mata, hidung, telinga, mulut dan gigi
  4. Penyakit otot (lumpuh dan kekejangan otot)
  5. Penyakit di bahagian dada, tekak dan paru-paru
  6. Penyakit bahagian abdomen
  7. Penyakit hati
  8. Penyakit pundi hempedu dan limpa
  9. Penyakit usus
  10. Pelbagai jenis demam
  11. Pelbagai jenis penyakit - penjelasan mengenai organ badan
  12. Pemeriksaan nadi dan air kensing . Bahagian ini diceritakan dengan terperinci dan hampir separuh buku ini adalah berkaitan topik ini.
Bahagian 5 : Penjelasan mengenai perisa, perasa dan warna

Bahagian 6 : Ubat dan racun

Bahagian 7 : Perbincangan topik berbeza seperti cuaca dan astronomi. Ia juga menerangkan mengenai perubatan India.

Untuk anda tahu lebih lanjut berkenaan latar belakang beliau dapatkannya di Amazon book. http://amzn.to/1MJwWJ1


....
May Allah bless you at 
Amazon/books

Wednesday 20 April 2016

HARI KESIHATAN SEDUNIA


Apakah tuan-tuan dan puan-puan tahu bahawa Hari Kesihatan Sedunia di sambut tanggal 7 April setiap tahun? Ya, pada tarikh itulah seluruh dunia meraikan penduduk dunia yang kekal sihat pada ketika umur mereka ini. Setiap ciptaan pasti akan musnah begitulah juga dengan dunia, dunia semakin lama semakin dia berusia dan semakin hari semakin ia bertahan untuk menjadikan tempat tinggal untuk manusia meneruskan kehidupan. Hari yang dijanjikan pasti tiba, dan dunia juga akan musnah. Selagi hayat dikandung badan, wajib setiap penduduk dunia menjaga kesihatan supaya diri masing-masing mampu melaksanakan amal ibadat dengan selesa sehingga ke akhir hayat.

Tema Hari Kesihatan Sedunia tahun ini menekankan berkaitan "Diabetes".  WHO menjangkakan bahawa diabetes berada pada tanggah ke 7 bagi punca utama kematian paling tinggi menjelang 2030. Bayangkan, sekarang ini, manusia sekalian sedang mengumpul angka-angka bagi mencapai target itu tanpa disedari. Makanya, wajiblah kita berusaha habis-habisan untuk menjaga kesihatan agar diri kita tidak menghidapi penyakit ini.  Pada tahun 2012, terdapat 1.5 juta jumlah kematian akibat diabetes seluruh negara yang terdiri 80% adalah dari negara berpendapatan rendah dan sederhana. Malaysia termasukkah? (sumber WHO)

Poin penting pada Kongres Hari Kesihatan Sedunia, yang menyebabkan WHO menekan tentang kepada diabetes adalah:

1. Terdapat peningkatan yang pantas bagi setiap negara terhadap bagi penyakit epidemic, diabetes ini, terutamanya  bagi negara yang berpendapatan rendah dan sederhana.

2. WHO menekankan bahawa gaya hidup yang ringkas dan sihat dapat membantu mengelakkan dan mengurangkan penyakit ini dihidapi. Dengan mengawal berat badan, melakukan aktiviti fizikal yang konsisten dan mengamalkan diet pemakanan yang sihat.

3. Diabetes boleh dirawat, boleh dikawal dan juga dapat dikurangkan komplikasinya. Caranya adalah dengan memberikan laluan diagnosis penyakit kepada penghidap diabetes dengan lebih mudah dan pantas, tingkatkan ilmu pendidikan pengurusan diabetes dan rawatan yang dengan kos yang berkemampuan bagi mereka.

4. Pelbagai pihak dari pelbagai sekor termasuk pihak kerajaan, majikan, pendidikan, pengilangan, masyarakat awam, swasta, media dan individu diperlukan untuk membantu merealisasikan usaha untuk mencegah dan merawat diabetes bagi mencapai target "Sustainable Development Goal 3" untuk mengurangkan kadar kematian sebelum waktunya berpunca dari penyakit yang tidak berjangkit (noncommunicable diseases- NCDs).

sumber : WHO

. Homeopathy Cheras
. Homeopathy Malaysia

Tuesday 19 April 2016

KARNIVAL JUBLI EMAS SMKTD


Karnival Jubli Emas akan berlangsung bermula Jumaat, 22 April 2016 sehingga Sabtu, 23 April 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk, Pengerang.

Sambutan kesyukuran ini adalah yang pertama kalinya diadakan sempena 50 tahun pembukaan sesi persekolahan bagi sekolah menengah ini. Tidak dinafikan, bahawa sekolah ini berjaya melahirkan ramai anak didiknya yang berjaya menempa nama di dalam pelbagai bidang kerjaya. Mereka yang pernah bersekolah di sekolah ini, pastinya teringat dengan kenangan pemandangan pantai menemani perjalanan mereka ke sekolah. Guru-gurunya yang dedikasi dan berkhidmat dengan penuh bersemangat seringkali terimbau oleh setiap anak didik mereka.

Sebagai meraikan kejayaan sekolah yang penuh berjasa ini kepada anak bangsa khususnya anak bangsa di Pengerang, Johor, pihak pengurusan Klinikal Perunding (HOM) Sg. Rengit Sdn Bhd (ibu pejabat) berbesar hati menaja program Malam Bicara Nurani pada Jumaat, 22 April 2016, jam 8:00 malam.

Malam Bicara Nurani ini bercorak forum bicara islamik yang akan di warnai oleh penceramah dan pendakwah hebat seperti Tuan Ustaz Muliadee Bin Umat, penceramah bebas, Tuan Ustaz Sahriful Anam Bin Arshad, Personaliti dakwah, Tuan Mohamad Khairulazam, Kounselor Penjara dan Tuan Ustaz Mahadir Bin Md Salleh sebagai moderator forum. Tajuk forum boleh tahan menarik untuk dibincangkan iaitu "Cinta Remaja : Antara Hukum & Budaya". Persembahan nasyid yang menghiburkan pastinya menjadi halwa telinga yang sedap didengar bersama keluarga tercinta. Apalagi, mari berkunjung ke karnival Jubli Emas SMKTD ini!!!

Selain forum, ada terdapat aktiviti menarik lain yang pastinya dapat menambah pengetahuan dan menambat hati bakal-bakal pengunjung. Siap semuanya? Pihak kami juga ada membuka "booth" untuk informasi dan sesi bersama pelanggan.

Datanglah berama-ramai ke KARNIVAL JUBLI EMAS SMKTD PADA 22 APRIL 2016 DAN 23 APRIL 2016 ini.

Monday 18 April 2016

MEMO CUTI : HARI PEKERJA, 1 MEI 2016 (NOTIS AWAL)


Salam sejahtera, 

Pelanggan yang kami hargai, 

Tuan-tuan/Puan-puan/Dato'/Datin,

Kami akan bercuti pada Ahad, 1 Mei 2016 bersempena Hari Pekerja. 

Mohon untuk pesakit-pesakit membuat rancangan awal untuk mengunjugi pusat rawatan Homeopathy kami. Kami akan beroperasi semula ada Isnin, 2 Mei 2016, bermula jam 10 pagi sehingga 7:00 malam. 

Untuk sebarang pertanyaan, mohon hubungi kami di talian 03 9081 3825 pada waktu pejabat (10:00 pagi - 7:00 malam)


Sunday 17 April 2016

MOLEKUL BERBAHAYA DI DALAM MAKANAN.

Makan adalah rutin harian yang diperlukan untuk memastikan kelangsungan hidup setiap makhluk dimuka bumi. Memilih makanan yang berkhasiat dan sihat adalah aktiviti harian yang diperlukan untuk memastikan kelangsungan kesihatan pada badan manusia. Sering pakar-pakar kesihatan dan pemakanan menasihatkan agar sentiasa memantau dan membuat keputusan yang bijak dengan jadual pemakanan kita sehari-hari. 

Kami ingin kongsikan kepada tuan/puan, bahawa terdapatnya molekul bakteria berbahaya di dalam makanan diproses. Ianya dikenali sebagai "corak molekul patogen" (PAMP) dan boleh meningkatkan risiko sakit jantung dan diabetes tahap dua. Untuk makanan segar, memang terdapat PAMP, ianya di tahap yang tidak dapat dikesan. Maka, biasakan anda memilih makanan yang segar untuk terus di masak.

Makanan proses yang dicincang mengandungi PAMP yang lebih tinggi walaupun ianya disimpan di dalam suhu sejuk. Bakteria ini membesar di dalam makanan semasa proses pembuatan, apabila ia dicincang dan ia disejuk beku. Penyelidik mendapati tinggi kandungan PAMP ini pada makanan diproses seperti daging cincang, sosej, burger dan lain-lain.

Sos pasta,  sandwich dan beberapa keju, coklat dan beberapa jenis sayuran siap dicincang seperti bawang juga memiliki kandungan PAMP yang tinggi.

Sudahkah anda memikirkan apa yang perlu dimakan hari ini? Dengan panduan yang kami berikan daripada bacaan di Harian Metro, di doakan tuan puan dapat memanfaatkan di dalam rutin seharian. Kos perubatan yang semakin tinggi pastinya tuan puan dapat kurangkan dengan membuat pilihan yang tepat pada hari ini. 

.....
Homeopathy di Malaysia
Homeopathy di Cheras

Saturday 16 April 2016

ANDA SUDAH CUKUP KENAL DENGAN HOMEOPATHY?

Credit to pixabay.

Tak kenal makanya, tidak cinta. Peribahasa yang selalu diucapkan tatkala diri seseorang itu belum mengenali orang yang baru di dalam kehidupan mereka. Samalah juga dengan Homeopathy ini, jika mereka tidak pernah mengamalkan makan ubat Homeopathy di dalam kehidupan kita, pastinya tidak dapat mencintai rawatan ini, dan sekaligus tidak dapat memiliki kebaikan dan manfaat hasil rawatan ini.

Kenali terma-terma ini secara ringkas sebelum anda bersetuju untuk meneruskan rawatan Homeopathy di pusat rawatan berhampiran anda. Pastikan diri anda faham bahasa-bahasa asas di dalam rawatan ini supaya anda dapat berkongsi maklumat ini kepada mereka yang berminat meneruskan rawatan yang bebas dari bahan kimia merbahaya. Kami kongsikan di bawah terma-terma Homeopathy yang biasa digunakan di dalam komunikasi perawat Homeopathy.

1. Tincture
Sejenis larutan, cecair campuran pepejal yang telah larut, yang di sediakan dengan bantuan alkohol iaitu dengan merawat atau memulihara sumber bahan ubat sama ada ianya dari sumber sayur-sayuran, haiwan atau mineral. Ia hanya mengandungi bahan ubat sahaja.

2. Mother Tincture
Larutan asal dari sumber bahan mentah yang dihasilkan dengan bantuan alkohol. Larutan ini dihasilkan dengan mematuhi teknik-teknik persediaan ubat Homeopathy yang telah standad, dengan mengekalkan segala nilai-nilai perubatan pada sumber bahan mentah itu.

3. Solution
Campuran bahan boleh larut di dalam air, atau campuran beberapa "solution".

4. Mother Solution
Campuran air dengan bahan boleh larut dari sumber bahan mentah yang asal yang tidak boleh larut dengan alkohol.

5. Dilution
Metod di mana mencampurkan sesuatu cecair dengan cecair. Proses pencairan.

Mohon rujuk farmasi Homeopathy yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

Friday 15 April 2016

BERJUMPA KEMBALI...JUMAAT

Sekejap rasanya kita berjumpa Jumaat yang penuh mulia. Selawatlah sebanyak-banyaknya kepada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad saw.



Dan berdoalah banyak-banyak, supaya salah satu doa yang banyak-banyak itu mungkin dikabulkan Allah.

........
Homeopathy di Malaysia
Homeopathy di Cheras
Rawatan sihat dan selamat.


Thursday 14 April 2016

UBAT HOMEOPATHY MACAM HERBA KE?

Kredit kepada https://pixabay.com/

Soalan ini selalu kami dengari dan dapati setiap kali ada pesakit baru yang ingin mencuba rawatan Homeopathy. Malah mereka yang sudah pun beberapa kali menerima rawatan, masih juga bertanyakan soalan yang serupa. Mungkin mereka keliru dengan posisi Homeopathy yang diletakkan di bawah perubatan tradisional dan komplimentari, dan membuat andaian bahawa ubat Homeopathy ini sama sahaja seperti herba-herba dan terdapat pelbagai akar kayu digunakan di dalam ubatnya. Sebenarnya, perubatan Homeopathy ini lebih lengkap sebagai satu sistem perubatan yang holistik. Di dalam sistem perubatan Homeopathy, farmasi Homeopathy adalah salah satu komponen penting di dalam penghasilan ubat-ubatannya dan ia mempunyai piawaian yang perlu diikuti agar ubat terhasil menepati keperluan penyakit pesakit.

Ubat-ubat Homeopathy bukan sahaja berasaskan sumber herba, malah ia lebih meluas lagi. Sumber-sumber ubat Homeopathy boleh di dapati dari:

+ kepelbagaian tumbuh-tumbuhan (termasuk herba)
+ binatang
+ garam mineral
+ nosod
+ sarcod
+ imponderabilia
+ sumber sintetik

Jika tuan melihat kepada sumber-sumber ini, sudah pastinya ubat Homeopathy tidak sahaja di hasilkan dari satu sumber sahaja. Sebagai pengguna apabila, ia melibatkan bahan binatang di dalam  penghasilan ubat-ubatnya pasti timbul kerisauan melampau di dalam mengkonsumsi ubat-ubatan ini. Mana tidaknya, tuan puan akan risau isu halal di dalam ubat-ubat Homeoapthy.  Bagi pesakit yang menerima rawatan di pusat rawatan kami, jaminan 100%, ubat-ubat dispensari kami adalah bebas dari bahan-bahan yang tidak halal. Usah gusar dengan perkara ini.

Jadi, herba adalah salah satu sumber untuk menghasilkan ubat Homeopathy ini. Tapi penyediaannya tidaklah di dalam bentuk ekstrak herba, atau akar atau batangnya untuk di jadikan ubat. Farmasi Homeopathy telah menggariskan panduan dan langkah-langkah menjadikan ia sebagai bahan di dalam ubat Homeopathy. Percaya atau tidak, anda tidak dapat rasa kewujudan herba itu sama sekali, jika mengambil ubat Homeopathy yang memiliki sumber dari herba terpilih itu. Inilah yang dikatakan proses pencairan yang kami jelaskan di dalam entri lepas (rujuk http://bit.ly/1VXk03C ).  Ya! ia sangat tidak merbahaya kepada buah pinggan dan hati anda.

Di dalam entri ini kami, akan memaklumkan secara ringkas sumber - sumber ubat Homeopathy, dari mana datangnya ubat-ubat tersebut, berdasarkan buku rujukan yang kami rujuk, Augmented Textbook of Homeopathic Pharmacy, 2nd Edition tulisan D.D Banerjee's. Jika kami berkesempatan lagi, kami akan jelaskan berkenaan konsep "vehicle", cara pemilihan sumber-sumber yang menjadikan ia nilai perubatan dan hubungan dengan cara penyediaan ubat Homeopathy pada entri sebelumnya (rujuk http://bit.ly/1VXk03C ).

Jumpa di entri seterusnya.

Tag:
Homeopathy Malaysia
Homeopathy Cheras

Monday 11 April 2016

GOLONGAN BERUSIA LEBIH RISIKO

Risiko apa? Risiko menghidapi penyakit kronik adalah lebih tinggi di kalangan mereka berusia. Tetapi ada sahaja mereka yang lanjut usia ini sihat sehingga ke akhir hayat. Jad amatlah penting untuk setiap individu yang rasa dirinya masih mudah, eh!!, untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Anda mungkin dapat mengurangkan peratus kerosakan fungsi-fungsi organ badan anda.

Apakah yang menyebabkan mereka yang berusia ini mengalami penyakit-penyakit kronik? Berikut akan kami kongsikan, berdasarkan bacaan kami di iSihat. 

Mereka menjelaskan bahawa apabila meningkat usia;

√ Faktor fisiologi badan lemah menyebabkan rabun dan katarak kerap berlaku

√ salur darah hilang kekenyalan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi

√ pergerakan usus semakin perlahan mengakibatkan kerap sembelit dan kurang selera makan.

√ proses penyembuhan mengambil masa

 Untuk pembaca di luar sana, ingat anda masih berlum terlambat untuk menggayakan kehidupan yang sihat dari segi mental dan fizikal.

Terima kasih.
Homeopathy Cheras
Klinikal Perunding (HOM) Sg. Rengit Sdn Bhd

Rawatan Sihat dan Selamat


Friday 8 April 2016

SALAM JUMAAT

Hari yang penuh barakah dan mulia.



Wahai anda semua, berdoa banyak-banyak di dalam hati pada hari ini. Doakan yang baik-baik, kita tidak tahu mungkin sekarang ini Allah sedang memakbulkan doa-doa anda. Teruskan berdoa yang baik-baik.

Jika tidak tahu apa yang ingin di doakan, beristighfar sahajalah - "Astaghfirullah", ucapkan dalam hati beratus-ratus kali. Jika diri sudah bersih dari dosa, saat itu anda minta, insyaAllah, Allah kabulkan.

Paling best, jika sudah kehabisan idea berdoa, selawatlah banyak-banyak di dalam hati, tiada siapa yang tahu bahawa secara tidak langsung kita sedang merindui junjungan mulia nabi Muhammad. Dengan rahmat Allah, kita masuk syurga dengan syafaat Rasulullah, insyaAllah, Allah mudahkan kita di Mahkamah Allah.

Jika kita merayu-rayu depan manusia, terasa mengada-ngada orang lain melihat, tetapi apabila merayu-rayu dengan Allah, tiada siapa yang tahu dan Allah suka melihat kita, kerana pergantungan kita hanya pada Allah yang Maha Hebat. Percayalah dan cuba buat dulu.


. Homeopathy Malaysia
. Homeopathy Cheras
. Rawatan sihat dan selamat.





Thursday 7 April 2016

POTENSI UBAT HOMEOPATHY BERBEZA MENGIKUT INDIVIDU

Entri apa yang ingin kami kongsikan kepada anda hari ini? Ya, berkenaan dengan potensi ubat Homeopathy yang diberikan kepada pesakit. Sesunguhnya, Homeopathy ini sangat "memilih". Maksud kami memilih dari segi ubat-ubat Homeopathy yang ingin diberikan dan juga memilih dari segi potensi ubat itu. Pernah di entri sebelum ini kami menerangkan tentang bagaimana ubat Homeopathy dihasilkan (klik http://bit.ly/1VyGtnt.) Maka kali ini kami ingin berkongsi bagaimana pula memilih potensi ubat yang sesuai kepada pesakit.


 Berdasarkan kepada buku rujukan Select Your Dose and Potency, Dr. P.S Rawat, ada beberapa panduan digunakan di dalam pemilihan potensi yang sesuai kepada pesakit. Setelah ubat apakah yang patut diberikan kepada pesakit, pemilihan potensi yang tepat juga memainkan peranan yang penting di dalam memberikan rawatan kepada pesakit.

Di antara panduan-panduan beliau adalah :

1. Tahap kesakitan pesakit.

Jika mengalami tahap akut, dan pesakit tidak menunjukkan simptoms karakter (characteristic), hanya simptom patologi sahaja kelihatan, maka potensi yang rendah perlu diberikan kepada pesakit, cadangan potensi dari 6c sehingga 30c. Potensi rendah, juga boleh diberikan kepada penyakit kronik yang mengalami simptom patologi ini.

Potensi tinggi seperti 200 sehingga 1M, boleh diberikan kepada pesakit jika kelihatan simptom karakter (characteristic) yang ketara dan simptom patologi kurang.

2. Resam tubuh yang semulajadi

Potensi rendah diberikan kepada pesakit yang mengalami sedikit kekurangan dari segi mental; seperti kurang cerdik. Mereka yang kurang responsif dengan kejadian sekeliling yang berlaku. Kemungkinan pesakit adalah dikalangan orang-orang pedalaman, buruh-buruh kasar atau am, kanak-kanak kurang pintar.

Potensi tinggi diberikan kepada mereka yang memiliki pembangunan intelektual yang baik dan seorang yang sangat responsif terhadap perkara alami, contohnya jika ada orang tua/buta melintas jalan, individu itu sensitif dengan keperluan orang tua/buta itu sukar melintas jalan, maka dia merespon untuk membantu orang tua/buta itu untuk melintas jalan pada masa itu.

3. Sifat remedi itu sendiri

Jika remedi itu bertindak untuk melenyapkan simptom penyakit yang mudah contoh suhu meningkat, selsema, cirit birit kurang dari 2 hari dan sebagainya, sebaiknya diberikan dos yang berpotensi rendah dahulu.

Jika jenis remedi itu memerlukan tindakan rawatan yang lama dan pemerhatian yang mendalam terhadap simptom penyakit, maka potensi yang dicadangkan adalah potensi tinggi. Contohnya, simptom pendarahan banyak dan berpanjangan semasa haid dan sebagainya


Untuk rawatan pesakit-pesakit kami, ketiga-tiga faktor di atas ada diaplikasikan dan kebanyakkannya kami melihat kepada faktor ke 3, sifat remedi itu sendiri.



. Homeopathy di Malaysia
. Homeopathy Cheras
. Rawatan menyihatkan dan selamat

Wednesday 6 April 2016

KATA PUJANGGA

Hari ini kami ingin kongsikan berkenaan kata-kata bijak pandai berkenaan Homeopathy ini.

      " The physician's high and only mission is to restore the sick to health, to cure, as it is termed"
                                                                                                   ...Organon of Medicine. §1.

      "The highest ideal of cure is rapid, gentle and permanent restoration of health, or removal and annihilation of the disease in its whole extent, in the shortest, most reliable, and most harmless way, on easily comprehensible priciples." ..... Organon of Medicine. § 2.





KPH, Rawatan sihat dan selamat.

Tuesday 5 April 2016

RAHSIA CUKA, BAHAN ALAMI


Berahsia-rahsia pula si cuka ini, walau pun selalu masam tapi ada banyak kelebihannya yang dapat diambil manfaatnya.


Hari ini kami kongsikan manfaat cuka -- cuka yang digunakan untuk memasak itu.

+ Untuk kegunaan di dalam peti ais/peti sejuk. Jika ada bau yang kurang menyenangkan anda ketika membuka pintu peti ais, apa kata cuba dahulu dengan mencampurkan 1/2 mangkuk cuka dengan 1/2 mangkuk air. Ambil kain bersih, celup ke dalam campuran cecair itu, perah, dan lap kawasan - kawasan di dalam peti sejuk itu.

+ Pernah atau tidak anda melihat keadaan mulut atau bibir cawan anda berkarat/berdaki. Sebenarnya ia bukan isu cawan masih kotor, tinggalan bekas minuman menghasilkan tindakan kimia yang menyebabkan sisa tidak dapat dihilangkan dengan mudah.  Caranya, campurkan cuka dengan garam atau serbuk penaik, ambil berus gigi yang jenis keras, celupkan kepada campuran tadi dan gosok bekas tinggalan yang melekat pada bibir cawan dalam masa 5 minit.

+ Selain menggunakan "clorox", cuka juga boleh menjadi agen penyental yang bagus, terutama kerak-kerak degil di bahagian celahan dinding dan lantai.

+ Tertumpah kopi pada bahagian karpet atau baju anda, apa lagi gunakan cuka untuk digosok-gosok pada bahagian yang tertumpah. Kotoran dapat ditanggalkan. Jika anda menggunakan "clorox", ya , ia sangat berkesan menanggalkan kesan degil, cuka pula lebih murah dan selamat.

Harap info "masam" ini dapat memaniskan tugasan anda setiap hari.


Monday 4 April 2016

PERUBAHAN WAKTU OPERASI PUSAT RAWATAN

Assalamualaikum dan hai semua,


Pejam celik, pejam celik , ooh sudah masuk kita ke bulan ke empat kalendar Masihi. Sedar atau tidak anda akan menjalani ibadah puasa dalam masa 2 bulan sahaja lagi. Terasa tidak sabar untuk merasai suasana Ramadhan yang begitu syahdu dan hening. Di harap anda semua dapat mengharungi bulan Ramadhan dengan tabah dan sabar, memandangkan bulan Ramadhan kita mungkin berada di musim kering dan panas.

Bermula Isnin, 4 April 2016,  pusat rawatan kami akan beroperasi dari pukul 10.00 pagi sehingga 07:00 malam, dari hari Ahad sehingga hari Khamis. Jumaat bekerja seperti biasa.

Dengan perubahan waktu operasi ini, di harap semua pihak dapat menberi manfaat kepada pelbagai pihak. Pesakit-pesakit yang menerima rawatan di pusat rawatan, ini sudah dimaklumkan secara hebahan mulut setiap kali mereka berkunjung hampir sebulan sebelum perlaksaanaanya.

"... Allah menjadikan malam untuk beristirehat dan menjadikan siang untuk berusaha (bekerja).." itulah yang kami praktiskan di dalam perubahan waktu operasi ini. Semoga ia diberkatiNya.

Waktu rehat kami adalah dari pukul 1.00 petang sehingga 2.00 petang, dan tutup sebentar sekitar 20 minit untuk Asar. Dua waktu ini, adalah untuk memberikan ruang waktu yang selesa kepada pihak staf lelaki mengerjakan solat berjemaah di masjid atau surau berdekatan. Mohon pesakit-pesakit yang ingin membuat rawatan susulan, memaklumkan lebih awal agar staf bekerja di sana dapat menguruskan masa yang terbaik untuk pesakit.

Satu keistimewaan yang kami ingin berikan kepada pesakit-pesakit di luar sana. Jika anda tidak dapat hadir pada waktu diantara 10.00 pagi  sehingga 07.00 malam, aturkan temujanji bersama kami di waktu malam. Kami sedia menerima temujanji rawatan pada waktu malam tersebut, jadi maklumkan lebih awal supaya pengamal perubatan kami dapat memberikan blok masanya.

Untuk pesakit yang ingin membuat temujanji pakar perubatan Homeopathy, mohon aturkan bersama staf khidmat pelanggan kami bagi menempah slot masa bersama beliau dari pukul 5.00 petang dan 10.00 malam pada hari Selasa terpilih.

Ringkasan waktu operasi :
  • Ahad : 10:00 pagi sehingga 07:00 malam 
  • Isnin : 10:00 pagi sehingga 07:00 malam 
  • Selasa : 10:00 pagi sehingga 07:00 malam (Hari rawatan pakar, jika ada)
  • Rabu : 10:00 pagi sehingga 07:00 malam 
  • Khamis : 10:00 pagi sehingga 07:00 malam 
  • Jumaat : cuti
Nota :
Hari Selasa terpilih, waktu rawatan bersama pakar perubatan Homeopathy bermula 5.00 petang sehingga 10.00 malam.