Thursday 21 April 2016

TOKOH PERUBATAN : AL - TABARI

Kami ingin memperkenalkan tokoh perubatan Islam yang telah menabur jasa di dalam dunia perubatan pada hari ini, beliau adalah Abu al - Hasan Ali Bin Sahl Rabban Al - Tabari. Beliau telah dilahirkan sebelum 838 Masehi dari keluarga Yahudi yang dihormati ketika itu. Beliau masyhur dengan gelaran Rabban yang bermaksud pemimpin.

Beliau secara profesionalnya adalah seorang pakar perubatan yang berjaya sebagai penulis kaligraf serta beliau telah mendalami bidang astronomi, falsafah, matematik dan kesusasteraan. Beliau telah menerima pendidikan di dalam bidang Sains Perubatan dan kaligraf daripada ayahnya, Sahl.

Selepas beliau memeluk Islam, beliau digolongkan sebagai saintis Muslim yang berjaya di zamannya. Karya agung beliau adalah Firdous al-Hikmat yang terbahagi kepada 7 bahagian dan merupakan ensiklopedia pertama pada zaman itu yang menggabungkan semua cabang bidang perubatan.


Dr. Mohammed Zubair Siddiqui bertanggungjawab membanding, menyunting semula manuskrip tokoh perubatan ini. Siddiqui menyediakan maklumat berguna mengenai buku dan penulisnya serta menyelitkan banyak perkara berguna seperti nota penjelasan untuk memudahkan pembacaan pembaca.

Apakah tujuh bahagian yang terdapat di dalam ensiklopedia perubatan Al - Tabari ini? Mari kita kupas secara ringkas bahagian-bahagian tersebut.

Bahagian 1 : Kuliyyah -e-Tibb
Menerangkan ideologi kotemporari sains perubatan. Dalam era berkenaan prinsip berkenaan membentuk asas sains perubatan.

Bahagian 2 : Penerangan mengenai organ manusia, rahsia kekal sihat dan beberapa jenis penyakit  otot.

Bahagian 3 : Penerangan berkenaan diet untuk kekal sihat dan mencegah penyakit

Bahagian 4 : Penerangan berkenaan semua penyakit dari hujung rambut hingga hujung kaki yang terdiri dari 12 kertas kerja:
  1. Sebab biasa yang berkaitan kepada sesuatu wabak penyakit
  2. Penyakit berkaitan dengan kepala dan otak
  3. Penyakit berkaitan mata, hidung, telinga, mulut dan gigi
  4. Penyakit otot (lumpuh dan kekejangan otot)
  5. Penyakit di bahagian dada, tekak dan paru-paru
  6. Penyakit bahagian abdomen
  7. Penyakit hati
  8. Penyakit pundi hempedu dan limpa
  9. Penyakit usus
  10. Pelbagai jenis demam
  11. Pelbagai jenis penyakit - penjelasan mengenai organ badan
  12. Pemeriksaan nadi dan air kensing . Bahagian ini diceritakan dengan terperinci dan hampir separuh buku ini adalah berkaitan topik ini.
Bahagian 5 : Penjelasan mengenai perisa, perasa dan warna

Bahagian 6 : Ubat dan racun

Bahagian 7 : Perbincangan topik berbeza seperti cuaca dan astronomi. Ia juga menerangkan mengenai perubatan India.

Untuk anda tahu lebih lanjut berkenaan latar belakang beliau dapatkannya di Amazon book. http://amzn.to/1MJwWJ1


....
May Allah bless you at 
Amazon/books

No comments:

Post a Comment