Sunday 17 April 2016

MOLEKUL BERBAHAYA DI DALAM MAKANAN.

Makan adalah rutin harian yang diperlukan untuk memastikan kelangsungan hidup setiap makhluk dimuka bumi. Memilih makanan yang berkhasiat dan sihat adalah aktiviti harian yang diperlukan untuk memastikan kelangsungan kesihatan pada badan manusia. Sering pakar-pakar kesihatan dan pemakanan menasihatkan agar sentiasa memantau dan membuat keputusan yang bijak dengan jadual pemakanan kita sehari-hari. 

Kami ingin kongsikan kepada tuan/puan, bahawa terdapatnya molekul bakteria berbahaya di dalam makanan diproses. Ianya dikenali sebagai "corak molekul patogen" (PAMP) dan boleh meningkatkan risiko sakit jantung dan diabetes tahap dua. Untuk makanan segar, memang terdapat PAMP, ianya di tahap yang tidak dapat dikesan. Maka, biasakan anda memilih makanan yang segar untuk terus di masak.

Makanan proses yang dicincang mengandungi PAMP yang lebih tinggi walaupun ianya disimpan di dalam suhu sejuk. Bakteria ini membesar di dalam makanan semasa proses pembuatan, apabila ia dicincang dan ia disejuk beku. Penyelidik mendapati tinggi kandungan PAMP ini pada makanan diproses seperti daging cincang, sosej, burger dan lain-lain.

Sos pasta,  sandwich dan beberapa keju, coklat dan beberapa jenis sayuran siap dicincang seperti bawang juga memiliki kandungan PAMP yang tinggi.

Sudahkah anda memikirkan apa yang perlu dimakan hari ini? Dengan panduan yang kami berikan daripada bacaan di Harian Metro, di doakan tuan puan dapat memanfaatkan di dalam rutin seharian. Kos perubatan yang semakin tinggi pastinya tuan puan dapat kurangkan dengan membuat pilihan yang tepat pada hari ini. 

.....
Homeopathy di Malaysia
Homeopathy di Cheras

No comments:

Post a Comment