Tuesday 19 April 2016

KARNIVAL JUBLI EMAS SMKTD


Karnival Jubli Emas akan berlangsung bermula Jumaat, 22 April 2016 sehingga Sabtu, 23 April 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk, Pengerang.

Sambutan kesyukuran ini adalah yang pertama kalinya diadakan sempena 50 tahun pembukaan sesi persekolahan bagi sekolah menengah ini. Tidak dinafikan, bahawa sekolah ini berjaya melahirkan ramai anak didiknya yang berjaya menempa nama di dalam pelbagai bidang kerjaya. Mereka yang pernah bersekolah di sekolah ini, pastinya teringat dengan kenangan pemandangan pantai menemani perjalanan mereka ke sekolah. Guru-gurunya yang dedikasi dan berkhidmat dengan penuh bersemangat seringkali terimbau oleh setiap anak didik mereka.

Sebagai meraikan kejayaan sekolah yang penuh berjasa ini kepada anak bangsa khususnya anak bangsa di Pengerang, Johor, pihak pengurusan Klinikal Perunding (HOM) Sg. Rengit Sdn Bhd (ibu pejabat) berbesar hati menaja program Malam Bicara Nurani pada Jumaat, 22 April 2016, jam 8:00 malam.

Malam Bicara Nurani ini bercorak forum bicara islamik yang akan di warnai oleh penceramah dan pendakwah hebat seperti Tuan Ustaz Muliadee Bin Umat, penceramah bebas, Tuan Ustaz Sahriful Anam Bin Arshad, Personaliti dakwah, Tuan Mohamad Khairulazam, Kounselor Penjara dan Tuan Ustaz Mahadir Bin Md Salleh sebagai moderator forum. Tajuk forum boleh tahan menarik untuk dibincangkan iaitu "Cinta Remaja : Antara Hukum & Budaya". Persembahan nasyid yang menghiburkan pastinya menjadi halwa telinga yang sedap didengar bersama keluarga tercinta. Apalagi, mari berkunjung ke karnival Jubli Emas SMKTD ini!!!

Selain forum, ada terdapat aktiviti menarik lain yang pastinya dapat menambah pengetahuan dan menambat hati bakal-bakal pengunjung. Siap semuanya? Pihak kami juga ada membuka "booth" untuk informasi dan sesi bersama pelanggan.

Datanglah berama-ramai ke KARNIVAL JUBLI EMAS SMKTD PADA 22 APRIL 2016 DAN 23 APRIL 2016 ini.

No comments:

Post a Comment