Thursday 14 April 2016

UBAT HOMEOPATHY MACAM HERBA KE?

Kredit kepada https://pixabay.com/

Soalan ini selalu kami dengari dan dapati setiap kali ada pesakit baru yang ingin mencuba rawatan Homeopathy. Malah mereka yang sudah pun beberapa kali menerima rawatan, masih juga bertanyakan soalan yang serupa. Mungkin mereka keliru dengan posisi Homeopathy yang diletakkan di bawah perubatan tradisional dan komplimentari, dan membuat andaian bahawa ubat Homeopathy ini sama sahaja seperti herba-herba dan terdapat pelbagai akar kayu digunakan di dalam ubatnya. Sebenarnya, perubatan Homeopathy ini lebih lengkap sebagai satu sistem perubatan yang holistik. Di dalam sistem perubatan Homeopathy, farmasi Homeopathy adalah salah satu komponen penting di dalam penghasilan ubat-ubatannya dan ia mempunyai piawaian yang perlu diikuti agar ubat terhasil menepati keperluan penyakit pesakit.

Ubat-ubat Homeopathy bukan sahaja berasaskan sumber herba, malah ia lebih meluas lagi. Sumber-sumber ubat Homeopathy boleh di dapati dari:

+ kepelbagaian tumbuh-tumbuhan (termasuk herba)
+ binatang
+ garam mineral
+ nosod
+ sarcod
+ imponderabilia
+ sumber sintetik

Jika tuan melihat kepada sumber-sumber ini, sudah pastinya ubat Homeopathy tidak sahaja di hasilkan dari satu sumber sahaja. Sebagai pengguna apabila, ia melibatkan bahan binatang di dalam  penghasilan ubat-ubatnya pasti timbul kerisauan melampau di dalam mengkonsumsi ubat-ubatan ini. Mana tidaknya, tuan puan akan risau isu halal di dalam ubat-ubat Homeoapthy.  Bagi pesakit yang menerima rawatan di pusat rawatan kami, jaminan 100%, ubat-ubat dispensari kami adalah bebas dari bahan-bahan yang tidak halal. Usah gusar dengan perkara ini.

Jadi, herba adalah salah satu sumber untuk menghasilkan ubat Homeopathy ini. Tapi penyediaannya tidaklah di dalam bentuk ekstrak herba, atau akar atau batangnya untuk di jadikan ubat. Farmasi Homeopathy telah menggariskan panduan dan langkah-langkah menjadikan ia sebagai bahan di dalam ubat Homeopathy. Percaya atau tidak, anda tidak dapat rasa kewujudan herba itu sama sekali, jika mengambil ubat Homeopathy yang memiliki sumber dari herba terpilih itu. Inilah yang dikatakan proses pencairan yang kami jelaskan di dalam entri lepas (rujuk http://bit.ly/1VXk03C ).  Ya! ia sangat tidak merbahaya kepada buah pinggan dan hati anda.

Di dalam entri ini kami, akan memaklumkan secara ringkas sumber - sumber ubat Homeopathy, dari mana datangnya ubat-ubat tersebut, berdasarkan buku rujukan yang kami rujuk, Augmented Textbook of Homeopathic Pharmacy, 2nd Edition tulisan D.D Banerjee's. Jika kami berkesempatan lagi, kami akan jelaskan berkenaan konsep "vehicle", cara pemilihan sumber-sumber yang menjadikan ia nilai perubatan dan hubungan dengan cara penyediaan ubat Homeopathy pada entri sebelumnya (rujuk http://bit.ly/1VXk03C ).

Jumpa di entri seterusnya.

Tag:
Homeopathy Malaysia
Homeopathy Cheras

No comments:

Post a Comment